"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dato Beli Nombor Ekor Kena Cekup ?

rozmal
Datuk ke Dato yang kena cekup ni ? Buat demo judi bolasepak, mereka beli judi ekor. Serbu judi laga ayam, mereka beli Sport Toto berlesen tapi tetap haram sampai bila-bila. Melayu yang ketagih judi, sama teruk dengan Melayu ketagih arak, seks, dadah dan rasuah. Banyakkanlah usaha dakwah kita, seimbangkan dengan usaha siasah.

Sebelum itu baca juga kisah Judi Bolasepak , Hipokritnya kita ? pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/judi-bolasepak-hipokritnya-kita.html

***********************

DATUK BELI NOMBOR EKOR KENA CEKUP

Harian Metro 22 Mei 2010

MELAKA: Usianya menjangkau 61 tahun dan layak digelar datuk, tetapi masih meneruskan tabiat buruknya iaitu membeli nombor ekor.

Warga emas terbabit antara tujuh lelaki yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana didapati membeli serta berada di dalam premis menjual nombor ekor di bandar ini, petang kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata semua mereka yang berusia 29 tahun hingga 61 tahun ditahan di lapan premis nombor ekor yang diserbu pihaknya.

“Kebanyakan pesalah syariah yang ditahan itu tidak melawan sebaliknya akur kesalahan dilakukan kecuali seorang lelaki berusia 40-an yang cuba lari ketika diminta pengenalan dirinya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit dicekup Jaim selepas melarikan diri beberapa meter,” katanya di sini, semalam.

Umno BN hendak jadikan negara ini negara kafir?

Penarik Beca

Dalam berita bertajuk "Batalkan saja!", myMetro hari ini melaporkan pahlawan kesiangan mencabar Pakatan Rakyat (PR) terutama PAS dengan sokongan DAP untuk membahas bantahan pelaksanaan pemberian lesen judi terbabit di Parlimen. Menurutnya, sebelum ini DAP pernah difahamkan turut tidak bersetuju pemberian lesen judi itu.

“Jika mereka tidak bersetuju, gunakan saluran betul dan sekiranya benar mereka membangkang pemberian lesen judi itu, ini bermakna mereka mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya (berita itu dicopy and paste oleh Mat Hashim
di sini).

Saya tak akan bantah hak demokratik orang untuk bersuara. Tapi kalau ya pun, biarlah nampak cerdik sikit.

Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang bagi lesen konsesi berbilion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010, apa cerdiknya PAS dengan DAP pulak yang hang cabar? Setau saya, puak PAS dan DAP dah lama bersuara menentang judi itu, jauh lebih lama sebelum pahlawan kesiangan bersuara.

Yang nak tergelaknya, pahlawan kesiangan itu juga menjerat parti dia sendiri, Umno, bila dia berkata, sekiranya benar PAS dan DAP membangkang pemberian lesen judi itu, ini bermakna mereka mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Soalnya, bila kerajaan Umno BN memberi lesen judi itu kepada tuan besarnya, Vincent Tan, adakah ia bermakna Umno BN hendak menjadikan negara ini negara kafir?

Kalau kita kata bodoh, mesti dia marah. Malangnya, tidak kelihatan cerdik.

Apa pun, saya bersetuju bila seorang lagi pahlawan kesiangan dalam isu judi ini berkata (hebat sungguh adab Melayu dia!):

Selaku Presiden Perkasa saya mencabar Pemuda PAS desak kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk haramkan penjualan Nombor Ekor (Empat Digit) Magnum, Toto, Damachai dan Loteri saperti yang dibuat oleh kerajaan Kelantan.

Bukankah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Gajah didepan mata yang di langgar sedang mata melihat kuman di seberang.

Saya Cabar jika mereka ada Telor dan Anak Jantan, Desak Kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua bentuk judi di negeri dibawah Pakatan Rakyat (lihat "
Lesen Judi PERKASA cabar Pemuda PAS" dalam laman kumpulan yang saya tengok ramai yang sebut Perkosa itu).

Kalau judi berlesen bersepah di Pulau Pinang dan Selangor, saya tak nak kata apa la. Tapi adakah Pemuda PAS takut sangat kepada Datuk Seri Azizan Abdul Razak (biasanya saya tak panggil pemimpin PAS dengan gelaran istana) bila di Kedah pun judi berlesen lebih bersepah lagi?

Kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR, jangan sampai orang kata tak berapa reti nak berlawan. Kalau hampa tarik balik lesen premis kepada pusat-pusat judi itu, tentulah akan berkurangan sumbangan tauke-tauke judi tu kepada dana politik Umno dan BN.

Apa pun, sebagai rakyat biasa, saya akan tetap memberitahu rakyat Malaysia sampai depa sedar bahawa poster-poster, banner-banner, markas-markas serta apa saja yang hampa nampak hebat sangat yang ada pada Umno BN, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan tauke-tauke judi seperti tuan besar mereka, Vincent Tan - sebahagian besarnya adalah sumbangan hasil perjudian seperti Empat Nombor Ekor Magnum, Toto, Damachai dan loteri. Yang tu hampa jangan lupa.

People, wake up!

Umno BN guna wang lesen judi untuk operasi politik

Yusri Amin
KOTA BHARU, 23 Mei
: Umno akan menggunakan wang yang diperolehi daripada hasil cukai lesen perjudian bagi menjalankan operasi politiknya, justeru adalah menjadi perangai pemimpin Umno apabila mengenal pasti wang diperolehi menerusi perjudian, maka mereka akan meluluskan lesennya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa
(gambar) berkata, orang Kelantan yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan, yang pertama di Dewan Negara, mengisytiharkan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN meluluskan lesen judi bola sepak.

Beliau berkata, semasa Datuk Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila menjawab soalan Parlimen ketika itu bahawa judi baru sudah ditambah 12 lesen.

“Kini apabila menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia, tiba-tiba kerajaan mengumumkan memberi lesen perjudian kepada Berjaya Gorup,” katanya.

Beliau menambah bahawa pemilik syarikat judi yang sama pernah pada 2008 menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan sebaik saja selepas tiga bulan PAS memerintah, namun permohonannya untuk lesen Empat Nombor Ekor itu tidak dilayan dan tidak diluluskan.

“Nasib baik kita menang Pilihan Raya Umum 2008, tetapi kalau timbalan menteri itu yang pada suatu masa didakwa bakal menjadi Menteri Besar Kelantan dari Umno itu menang dan menjadi Menteri Besar Kelantan, tentu sah hidup semula judi tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri bercakap pada Majlis Cakno Rakyat anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri di Kampung Kedai Buloh dekat sini malam tadi.

Menurutnya, sekiranya Umno BN hendak menunjuk cerdik di hadapan Allah SWT, tetapi janganlah melanggar larangan Allah yang terang disebut larangan judi di dalam Al-Quran.

“Orang kampung mengerti hukum judi itu, tetapi kalau menteri tidak mengerti ayat Al-Quran (maka) ‘gong benarlah’, dan itulah menyebabkan berlaku kemurkaan dan bala banyak di negara ini oleh banyaknya maksiat dilakukan.

“Sedangkan Ketua Pemuda DAP dari Pakatan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook sendiri menyatakan tidak bersetuju lesen judi bola itu diluluskan, diikuti tidak bersetuju ialah anak Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin, bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menyatakan tidak bersetuju.

“Pak Lah berkata, persoalan lesen judi bola sepak itu mestilah kerajaan mendengar apa rakyat mahu,” katanya.

Husam berkata, pemimpin Umno mestilah menarik balik lesen judi bola itu dan kalau Umno tidak mahu mendengar kenyataan bekas presiden mereka, maka apatah lagi hendak mendengar ayat Al-Quran.