"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peguam Negara terlalu sibuk pikir Liwat-2 menyebabkan...

Sportlight
Oleh Frederick Luccas
KUALA LUMPUR 9 Julai: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mempersoalkan tindakan lembab pejabat Peguam Negara (AG) yang mengarahkan satu inkues menyiasat dijalankan terhadap kes kematian Norhayati Awang, seorang jururawat yang mati dibunuh lima tahun lalu.

Norhayati, 28, yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dijumpai mati dibunuh pada 13 Ogos, 2005 di dalam kereta Kancil milik adiknya yang diletak di dalam kawasan hospital.

Menurut keterangan saksi mangsa yang merupakan anak sulung daripada 10 beradik dilihat bertengkar dengan seorang individu di dalam kereta sebelum itu.

Individu tersebut yang dipercayai teman lelakinya ditahan dan walaupun semua bukti dan kenyataan saksi menunjukkan kemungkinan Norhayati dibunuh oleh individu tersebut tetapi polis telah membebaskannya tidak lama kemudian.

"Kenapa baru hendak menubuhkan inkues? Kalau baru beberapa minggu tidak apa lagi sebab apa-apa bukti organik seperti mayat, kesan darah dan sebagainya masih lagi boleh disiasat tetapi ini sudah lima tahun, tiada apa-apa yang tinggal untuk disiasat," tegas Gobind pada sidang media di parlimen Rabu lalu.

Beliau menjelaskan pada 1 Oktober 2007 polis telah mengumumkan satu pasukan khas akan ditubuh untuk menyiasat perkara ini tetapi malangnya selepas tiga tahun, baru pejabat Peguam Negara mula bertindak menubuhkan inkues.

"Saya ingin bertanya, kenapa adakan inkues hanya selepas New Straits Times memaparkan isu ini? Adakah AG terlepas kes ini untuk lima tahun lalu?," tanya Gobind yang tidak dapat menerima logik menunggu tempoh selama lima tahun untuk dijalankan inkues punca kematian Norhayati.

Jelas Gobind lagi, Seksyen 339 Kanun Keseksaan memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk mengarahkan majistret untuk mengadakan penyiasatan berhubung punca dan sebab terhadap mana-mana kes kematian yang disyaki pembunuhan.

"Ini cukup untuk memberi AG kuasa pada masa itu juga, tetapi tidak digunakan.

"Saya mengalu-alukan tindakan AG mengarahkan satu inkues tetapi perlu ditegaskan bahawa kelewatan sepert ini, lima tahun, tidak boleh diterima. AG perlu menjawab kepada rakyat Malaysia, apa sebab mendiamkan diri selama ini?

"Adakah inkues ini hanya untuk memuaskan hati rakyat dan memberikan polis satu lagi alasan untuk menjustifikasikan polis yang gagal bertindak?" tanya beliau.

Shafie Apdal jangan jadi BEBAL

PAS Sepanggar

Kenyataan Shafie Apdal baru-baru ini yang mendakwa PAS parti ajaran sesat di lihat seolah-olah kenyataan orang yang tidak bertamadun. Beliau seperti diibaratkan 'katak di bawah tempurung' kerana seolah-olah baru mengenali perjuangan PAS.

Kenyataan yang sangat memalukan ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf menteri dan juga dikatakan bakal Ketua Menteri Sabah. Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar menyeru dan meminta agar beliau kembali menyemak perlembagaan PAS serta sila nyatakan dimanakah sesat yang dimaksudkan oleh beliau.

Sekiranya sesat yang dimaksudkan oleh beliau itu ialah PAS membawa perpecahan, maka sepatutnya beliau juga perlu menuduh Nabi Muhammad s.a.w juga sesat, kerana Rasulullah seperti kita sedia maklum, juga membawa perpecahan dikalangan bani Quriash. Oleh yang demikian beritahulah kepada rakyat, dimanakah sesat yang dimaksudkan oleh beliau itu. Jangan hanya berani lempar batu sembunyi tangan.

Sekiranya tiada apa-apa maklum balas dari beliau dalam masa terdekat ini, bermakna DPP Sepanggar menganggap beliau sebenarnya adalah seorang menteri yang BEBAL.

http://passepanggar.blogspot.com/

Siapa Lebih Berhajat Hantar Chegubard Ke Kamunting ???

ulitmayang
Najib Kes nya sudah diketahui 1dunia, kalau dia nak tutup pun hanya untuk pasaran 1malaysia saja. Di luar negara dia tidak boleh berbuat apa–apa. Siapa yang dia nak rasuah kat luar negara, sepertimana ia boleh merasuah semua kepala kat 1Malaysia, samada Ketua Polis ke Ketua SPRM ke, Ketua Mufti ke, Ketua SPR ke, Ketua parti dia dan komponen BN ke , dan semua ketua–ketua lain kat negara 1Malaysia ni? Adakah Najib mampu rasuah Presiden Peranchis, Nicholas Sarkoy? atau Presiden US Barack Obama?

Kes Altantuyanya di luar negara hanya tunggu masa untuk meletup saja. Hanya Mahathir sahaja mungkin kini yang boleh menyelamatnya, dengan cara merasuah pemimpin–pemimpin tadi. Betul ke begitu???

Dalam hal di atas, oleh kerana kes Najib yang berkaitan dengan altantuya serta lain–lain kes berkaitan rasanya tidak lah membimbangkannya sangat. Semua orang dah tahu. Cuma yang mampu dilakukannya selepas ini ialah memekakkan telinga, membutakan mata dan menutup mulut, mungkin dengan falsafah Mahathir lama–lama orang akan lupa, itu sahaja yang mampu dilakukannya.

Tapi dengan menghantarkan Chegubard ke Kamunting, rasanya Najib tidak akan tergamak untuk arahkan sepupunya iaitu Hishamuddin untuk berikan signal kepada KPN supaya tangkap dan heretnya ke Kamunting dalam masa terdekat ini. Kesannya sangat buruk. Tidaklah elok kalau–kalau Najib dengan bantuan kumpulan pemikirnya, tersalah nasihat dan beri arahan kat Najib supaya tahan Chegubard kat Kamunting, jangan dijolok sarang tebuan!!!

KJ

Beliau dirasakan mempunyai kepentingan yang amat besar ke atas Chegubard ni. Nyawa, maruah, miss, visi dan segala–galanya ada di Rembau. Buat masa ini, dan untuk sekurang–kurangnya 3–4 kali PRU lagi, Rembau sangat penting dan bermakna untuknya. Kata orang mati dan hidupnya di sini.

Jadi sekiranya ada tindakan Najib untuk mengarahkan Hishamuddin melalui KDN menghantar Chegubard ke Kamunting, dikira bonus berganda bagi KJ. “Shukur Alhamdulillah kerana Najib ‘terpaksa’ menyelamatkan aku lebih daripada untuk menyelamatkan dirinya “ mungkin begitu kata KJ. Tahniah Najib!!!

Akan diikhtiarkan walau dengan apa cara sekali pun untuk beliau menyelamatkan kubu terakhirnya di Rembau. Penahanan dan penyiasatan berterusan pihak polis bagi pihak Najib, UMNO dan BN ke atas Chegubard adakah merupakan permulaan kepada siri-siri penahanan ke atas pemimpin–pemimpin Pakatan Rakyat, menjelang PRU-13 sebagai langkah–langkah terakhir menyelamat Putrajaya, sebagaimana tindakan penahanan dan menyekat ke atas akhbar Suara Keadilan, Harakah dan Roket minggu lalu. KLIK DI SINI