"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibrahim Ali akan dibedah jantung Isnin ini

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung.

Beliau yang juga adalah presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) dijadual jalani bedah jantung Isnin ini.


Pada 13 Oktober lalu, Ibrahim ketika dibidas pelbagai pihak kerana didakwa gagal berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mendakwa tindakannya itu kerana kakinya kebas.

Katnya, ia akibat penyakit kencing manisnya dan rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.

"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."
Tidak dapat dipastikan sama ada tekanan yang dihadapinya sejak akhir-akhir termasuk tindakan Istana Kelantan Rabu lalu yang melucutkan gelaran 'Datuk Paduka' ke atasnya itu menyumbang kepada masalah kesihatannya.

Pingat Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

Walaupun pingatnya ditarik balik oleh Sultan Kelantan sekarang, namun Ibrahim masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

500 sertai demo bantah roboh surau, Pasti

Sofi Wahab
BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan.
Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.

Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.

Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan.

Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.
“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat.

Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.

Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

Ribuan Saksikan RoadShow Gelombang Selamatkan Selangor 2

Image Hosted by ImageShack.usCeramah ini membuktikan UMNO perlu di selamatkan. Walaupon di sebut VIP sebagai para Pahlawan umno yang hadir pada malam itu namun, kehadiran penonton membuktikan UMNO masih sakit , dan perlu di selamatkan . Walaupon bajet Najib di sifat kan gerombolan amat 'kenyangkan tembolok' dan 'Istimewa' namun masih dipandang sinis sebahagian warga Subang.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Lokasi Padang Subang Perdana.

RoadShow Gelombang Selamatkan Selangor .

Datuk Satim Diman
Lokman Adam
Mohd Ezam
Ketua Wira Perkasa.
Datok Mat Bushro

Kehadiran para gerombolan dengan jentera berpasukan bukan lah penduduk Subang secara sahnya. :wink:

Jangkaan kehadiran 150 orang termasuk yang menyorok di celah-celah pokok, dan di depan pentas lori .

 P/S Respon kepada Noh Omar 
Selamatkan S'gor 2 jawab 'sodomy tour' Anwar
Umno Selangor akan mengadakan siri jelajah Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) untuk pusingan kedua, antaranya bagi menjawab kenyataan Datuk Seri Anwar di luar negara yang didakwa mencerca sistem pemerintahan negara.

Timbalan Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar berkata antara perkara yang akan diketengahkan, antaranya berhubung "isu peribadi dan moral" pemimpin Pakatan Rakyat, dakwaan penyelewengan wakil rakyatnya serta urus tadbir anak syarikat kerajaan negeri.

"Antara itu yang mutakhir yang jelas mengguris perasaan rakyat Selangor ialah isu Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan 'sodomy tour' hingga ke Eropah baru-baru (ini) yang menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat Selangor.

"Penghinaan dan cercaan ketua pembangkang ini di media-media antarabangsa terhadap sistem pemerintahan di negara ini juga akan merugikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling maju di negara ini," kata Noh (
kiri).

Kenyataan Anwar mengenai Malaysia di luar negara sering dianggap memburukkan imej negara, tertamanya oleh oleh pemimpin BN.

Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam dilaporkan berkata beliau kesal dengan hasil wanwacara Anwar dengan 
TVOne di Indonesia kelmarin.

Menurut 
Bernama, semasa diwancara stesen televisyen republik itu, Anwar didakwa berkata bahawa pertikaian Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan dalam beberapa minggu sekiranya beliau menjadi perdana menteri.

Sebelum ini, Umno negeri itu melancarkan SSDE kali
 
pertama yang melibatkan 19 program di 19 bahagian Umno di negeri itu bermula 23 Julai lalu, antaranya berkisar isu perlombongan pasir.

Dalam satu kenyataan hari ini, Noh berkata program itu akan bermula esok di Subang Perdana dengan disertai Setiausaha Umno negeri Datuk Satim Diman, dua bekas pemimpin Pemuda PKR (AMK) - Senator Ezam Mohd Nor dan Lokman Nor Adam - dan seorang ustaz Ahmad Najib.

Sementara pada 16 Oktober (Sabtu) pula, majlis penerangan berlangsung di Dewan Bunga Kertas di TTDI Jaya Shah Alam, kata Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani.

Menurutnya lagi, selain Satim dan Ezam, diketengahkan juga exco Pemuda Umno Datuk Suhaimi Sahadan dan seorang ustaz Rosdi Long.

Kedua-dua majlis tersebut bermula jam 9 malam.

Sehubungan itu, Noh yang juga ahli parlimen Tanjong Karang berkata Umno yakin siri jelajah ini dapat memperjelaskan isu-isu terkini yang sangat rapat dengan kepentingan rakyat negeri itu.

"Umno Selangor komited melaksanakan roadshow SSDE 2 secara berterusan bagi membongkar penyelewengan, kelemahan serta kepincangan Pakatan Rakyat selama hampir tiga tahun memerintah negeri Selangor," kata Noh lagi.

-tko-