"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bajet Permata Rosmah 2011

Afrar Yunus
Belanjawan negara atau bajet 2011 selesai dibentangkan oleh Najib Bangsawan petang tadi.

Kadar tol empat lebuhraya milik PLUS tidak akan dinaikkan selama lima tahun berkuatkuasa serta merta. Sepatutnya kadarnya diturunkan terlebih dulu sebanyak 30%-40%. Ia mencekik darah rakyat Malaysia.

Pinjaman 100% untuk membeli rumah pertama bagi golongan muda. Sesuatu yang baik.

Cukai jualan telefon mudah alih dimansuhkan. Baik untuk penduduk supaya dapat mengakses maklumat dan perubahan dunia dalam sekelip mata.

Peperiksaan PTK kakitangan kerajaan dimansuhkan. Malangnya akan diwujudkan satu penilaian baru pada Jun 2011. Wajar pandangan CUEPACS diambil kira.

Imbuhan RM500.00 untuk kakitangan kerajaan. Lebih baik di zaman Mahathir dan Abdullah Badawi - penjawat awam diberi bonus sebulan gaji.

Elaun Imam dinaikkan sepertimana telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Sesuatu yang wajar.

Peruntukan untuk Orang Asli dipertingkatkan. Sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

Potongan cukai LHDN kepada anak-anak yang memberikan jagaan kepada ibubapa diperluaskan. Langkah yang baik.

Gaji pokok minima Pengawal Keselamatan dinaikkan - wajar.

Peruntukan Taska Permata tajaan Rosmah Mansor melebihi RM100 juta. Kenapa perlu bertindan dengan Taska Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

'Laut biru Umno bunuh kawan-kawan'

Strategi 'laut biru' Umno yang mahu mengkaji semula sistem kuota dalam BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang disambut sinis oleh lawan politiknya daripada PAS.



Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir, strategi itu sebenarnya "bermain-main" untuk merampas kerusi MCA, MIC dan GERAKAN, khasnya di kawasan-kawasan campuran.


Bekas setiausaha akhbar kepada presiden PAS Datuk Seri Abdull Hadi Awang itu berkata, berkata, pendekatan "rampas-merampas" itu kemudiannya akan mencetuskan ketegangan yang mengakibatkan "retak semakin membelah" dan hancur berkecai.

Bagaimanapun, tambahnya, Umno sudah lupa bahawa parti itu juga kecundang di beberapa kerusi campuran, termasuk kerusi majoriti Melayu di Selangor seperti di Hulu Kelang (81 peratus) dan Gombak Setia (80 peratus).

"Hakikatnya bukan MCA, MIC dan GERAKAN silap, Umno lebih 'dajal' lagi. Mereka pun kalah dan kecundang tetapi yang mereka nampak adalah keburukan dan kelemahan kawan-kawan," coretnya dalam blog terbarunya pagi ini.

"Laut biru yang mahu dijadikan strategi itu membawa maksud lautan dalam, barangkali selain kita membuang tayar-tayar buruk untuk dijadikan tukun-tukun tiruan, maka sudah sampai masanya, lautan biru yang besar dan dalam itu dijadikan sekali tempat persemadian, Umno dan rakan-rakannya MCA, MIC dan Gerakan bersekali.

Rogol dan bunuh: Pelajar tidak pulang mati

TELUK INTAN: Kebimbangan seorang bapa terjawab apabila anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah sebaik ke sekolah pagi kelmarin ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, pagi semalam.
SIASAT... mayat mangsa ditemui di ladang.
SIASAT... mayat mangsa ditemui di ladang.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya tidak menemui sebarang senjata tajam di lokasi kejadian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, bapa mangsa, K Murali, 43, yang juga pengawal keselamatan di ladang berkenaan membuat satu laporan polis kelmarin bagi memaklumkan kehilangan gadis terbabit.

“Mengikut laporan itu, mangsa keluar ke sekolah kira-kira jam 7.30 pagi semalam (kelmarin) sebelum ke kelas tambahan di pekan Teluk Intan dan tidak pulang ke rumah seperti biasa sehingga membimbangkan bapanya,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Katanya, bapa mangsa mendakwa melihat Divya memasuki ladang berkenaan selepas turun dari bas menuju ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari pondok pengawal tempatnya bekerja.

Saksi kejadian memaklumkan menemui beg dan pakaian mangsa terlebih dalu sebelum menemui mayat mangsa dalam parit.

Katanya, beg mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat mayat mangsa ditemui, manakala sebahagian pakaiannya ditemui di tepi parit tidak jauh dari situ. “Pihak Jabatan Forensik dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) turut dikerah ke tempat kejadian bagi mengesan sebarang bukti yang boleh mengaitkan kematian mangsa. Mayat sudah di hantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat, namun seorang remaja yang juga rakan sekelas mangsa dipercayai bekas teman lelakinya dipanggil untuk membantu siasatan.
-hmetro-