"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bercakap pasal iklan harakahdaily, rasannya macam bodoh

PolisPencen

Saya sudah muak dan loya bila bercakap pasal HarakahDaily. Tapi kali ini terjebak untuk menulis lagi bila isu ini dipanas semula oleh beberapa penulisan di laman TranungKite. Semalam semasa minum dan bersembang dengan beberapa orang rakan penulis dalam media banyak luah-luah yang tak puas hati disebut dan diungkap.

Banyak juga maklumat-maklumat sulit dan keputusan mesyuarat menjadi tajuk perbualan. Tidak lari daripada kutuk mengutuk kepada kepincangan yang berlaku yang 'seolah-olah sengaja tidak mahu diselasaikan' oleh kepimpinan dalam organasasi.

Harakahdaily ini dah lama saya sakit kepala kalau bercakap masalah dalamannya. Sakitnya seperti "busuk sehingga ke usus" daripada yang atas sehingga kepada yang paling bawah.

Saya tak berniat nak mengutuk beberapa orang rakan saya. Saya tahu mereka ikhlas untuk berkerja dengan parti sedang mereka ada peluang untuk bekerja dengan organasasi lain. Saya menulis kepada mereka yang mengambil kesempatan untuk kepentingan. Macam-macam kepentingan. Ada yang nak kaya, ada nak kuasa politik dan ada juga nak nama.

Tulisan saya 14 Jun 2009 lebih daripada setahun yang lalu dipetik oleh seorang blogger bernama BatuApi dalam tulisannya yang membongkar krisis penyelewengan dalam HarakahDaily bertajuk Pasal Red Rebana dan Iklan di Harakahdaily.

Untuk pengetahuan BatuApi, tulisan saya pada masa itu adalah lemparan kepada masalah bibit-bibit penyelewengan yang berlaku. Saya berharap pada masa itu ada manusia dalam PAS yang prihatin kepada masalah itu membetulkan masalah yang sedang berlaku. Tapi malang ahli PAS dan kepimpinannya sudah 'bernafsu' dan roh keislaman sudah mular pudar.

Kalau BatuAPi sebut sekarang sudah parah, memang dah patut setahun mengaut keuntungan daripada penat lelah HarakahDaily akibat kebodohan pengurusan membuat keputusan dahulu. Kalau hutang RM200 ribu itu kira sedikitlah!! BatuApi tahu berapa juta hutang Harakah cetak?

Saya setuju tidak ada mana-mana syarikat dalam dunia ini yang sub-kontrak menguasai kewangan dan tidak ada sistempemantau pula. Ini satu kebodohan yang amat nyata pada pengurusan HarakahDaily. Sepatutnya perkara ini menjadi isu utama dalam mesyuarat PAS Pusat, tapi oleh kerana Cikgu Pa adalah Pengerusinya manakalah Zulkifli Sulong pula pemberi info maka jangan harap perkara ini akan sampai. Kalau sampaipun semuanya telah di 'cuci' dengan gambaran baik sahaja.

Saya kagum juga dengan beberapa info yang dimaklumkan oleh BatuApi termasuk wang hutang Siasah RM600 ribu adalah maklumat 'terhad'. Dato' KJ sahaja yang ada maklumat ini.

Tapi saya tak hairan, kalau hari ini dalam mesyuarat Dato' KJ mengeluarkan arahan minta Siasah ditutup. Entah esok atau lusa, atas apa-apa sebab Cikgu Pa boleh buka semula Siasah ini.Kepimpinan PAS Pusat akan menjadi tunggul sahaja dengan keputusan yang dibuat. Pimpinan PAS Pusat lebih bersifat meraikan pandangan orang lama. Baik kita jangan berbalah sesama sendiri. Biar buruk dan rosak Harakah sekalipun!!!

Bila saya sebut Cikgu Pa nanti akan ada isu dibangkitkan berkenaan dengan UG dan sebagaimana. Itu saya nampak daripada komen-komen pembaca di TranungKite. Saya minta tolong ketepikan, sebab Islam mengajar kita jangan terburu-buru dalam membuat rumusan. Nanti orang akan nampak komen kita bodoh tidak terfokus kepada isu sebenar yang dibangkitkan!

Saya juga setuju dengan pendapat BatuApi bahawa HarakahDaily adalah peluang terbaik untuk Harakah mendapat sumber kewangan. Bagi saya nama Mokhtar yang disebut oleh BatuApi tidak memberikan apa-apa kesan kepada pengurusan Harakah. Apa yang disebut atau dicakap oleh Mokhtar semuanya akan menjadi 'hukum' kepada pengurusan Harakah.

Iklan memerlukan satu pengurusan yang cekap. Kalau tak ada pakaran dalam bidang ini boleh dibaik tambah dengan kursus dan peningkatan ilmu. Kalau semata bercakap dalammetting kita tak ada kepakaran itu hanyalah jawapan bodoh kepada orang bodoh yang mendengar sahaja. Memang tak akan ada satu pembaikan masalah ini.

Saya dah bangkitkan isu ini pada Jun 2009. Ini bermakna isu ini telah menjadi nanah dan kudis kepada HarakahDaily sebelum Jun 2009 lagi. Tapi semuanya buta dan tuli. 

Kalau ada yang sebut "management board meetings" dalam harakah sekadar lakonan sahaja. Bukan penyelesaian masalah. Semua pencaturannya telah dibuat diluar mesyuarat. Sumpah saya tak hairan pun!!!
Maaf kepada pimpinan PAS yang saya kagum, yang turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Tak ada orang nak ambil peduli pun pada masalah HarakahDaily. BatuApi boleh mengapi-api perasaan pembaca, yang bersalah bermaharaja lela. Mereka semua dulunya papa kedana, makan di warung-warung terpencil tapi sekarang di restoran-restoran Arab.

Hanya berdoa kepada Allah, mereka yang mengkhianati akan mendapat balasannya. Tapi saya lebih suka masalah ini diselesaikan oleh kepimpinan agar mana-mana yang silap kita bertaubat sesungguhnya Allah Maha Pengampun. 

http://polispencen.blogspot.com/

Asri: PAS banyak berubah agar kekal relevan banding Umno

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin muncul pada forum anjuran Umno malam tadi sambil berkata, PAS seolah-olah memperlihatkan ia banyak berubah berbanding dengan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu sepanjang dua dekad yang lalu.
Kata beliau perubahan mengikut peredaran masa itu dapat dilihat dengan ketara khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12.

Sehubungan itu menurut beliau, Umno yang ada sekarang dilihat tidak lagi menjaga dan mengangkat hal-hal berkaitan agama Islam.

Malah kata beliau, Umno tidak boleh jadi parti yang membawa sentimen perkauman, sebaliknya perlu menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.
“Umno tidak boleh jadi (parti membawa sentimen) perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” katanya.

“Kalau dulu Umno boleh dikatakan mendahului dalam banyak perkara termasuk dalam hal-hal agama.

“Tetapi sejak kebelakangan ini selepas pilihan raya umum ke-12, saya lihat isu yang dibawa Umno gagal mengangkat Umno di peringkat global.

“Isu yang dibawa Umno hanya setempat, saya tidak tahu macam mana Umno menyusun ulama-ulama mereka,” katanya.

Sebagai contoh kata beliau, dalam isu bukan Islam masuk masjid, doa untuk bukan Islam dalam khutbah dan juga isu wang ihsan, ia tidak menunjukkan identiti Umno yang sebenarnya.

“Saya dukacita dengan apa yang berlaku dalam isu-isu tersebut, apabila pemimpin-pemimpin Umno (kata) tidak boleh sedangkan banyak bukti mengatakan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara di bawah tajuk “Menjana Modal Insan Ulul-Albab di Peringkat Global” di sini malam malam tadi.

Beberapa jam sebelum pandangan Asri itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.

“Bukan sahaja kita perlu Model Ekonomi Baru, kita mungkin perlu Model Politik Baru,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata strategi seperti “politik pembangunan” tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

“Saya kira mengapa orang menolak parti-parti yang banyak berjasa dahulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa.

“Tetapi sebaliknya kalau kita berubah dan kita dilihat sebagai parti yang dinamik dan segar, Insya-Allah sokongan rakyat pada kita akan berterusan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Asri juga menegaskan PAS yang dulu begitu menitikberatkan soal agama sudah berubah mengikut peredaran zaman, tetapi Umno dilihat kembali ke masa lalu.
“Kita lihat sekarang PAS sudah berubah dan banyak melakukan kelonggaran dalam beberapa isu tapi nampaknya Umno menjadi seperti PAS semasa tahun 80-an dulu.

“Umno tidak boleh jadi perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” kata beliau yang pernah disebut-sebut akan menyertai Umno tetapi telah menegaskan tidak akan menjadi ahli mana-mana parti buat masa sekarang.

Asri juga mendakwa sikap pemimpin Umno yang ada sekarang merupakan punca rakyat terutamanya orang Melayu sudah bosan dan tidak lagi menyokong parti Melayu itu.

Beliau berkata pemimpin Umno dilihat lebih menjaga kepentingan peribadi masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

“Apa yang berlaku sekarang kita lihat Umno sudah mula hilang sokongan kerana sikap peribadi pemimpin-pemimpin mereka iaitu sikap sombong dan cara pengurusan negara yang menyebabkan rakyat mula tolak Umno.

“Rakyat terutamanya orang Melayu tidak membenci Umno atau formula yang digunakan Umno selama memajukan negara ini tetapi adalah kerana sikap pemimpin mereka.

“Umno perlu betulkan semua ini, jika tidak mereka akan kehilangan sokongan orang bukan Melayu dan juga orang Melayu,” katanya.

Dalam ucapannya itu, Asri juga menegaskan parti-parti politik di negara ini perlu melahirkan lebih ramai individu yang berpengetahuan luas ataupun Ulul-Albab.

“Ulul-Albab adalah golongan yang mempunyai pengetahuan yang matang di mana mereka bersedia mendengar dan kemudian pilihan yang terbaik cuma selama ini ia tidak diangkat oleh kepimpinan negara.

“Justeru, parti politik yang bertanggungjawab adalah parti yang menjadikan rakyat sebagai bangsa Ulul-Albab iaitu rakyat yang berpengetahuan.

“Bukan pemimpin yang hanya menyuruh rakyat mengikut telunjuk mereka walaupun apa yang diikut itu sememangnya salah,” katanya.

Kursus selama dua hari itu disertai kira-kira 200 perwakilan pelajar luar negara dan juga pemerhati.

Turut hadir anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertindak sebagai moderator, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan Timbalan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Ibrahim Ahmad.

Tukar kerajaan: Peneroka jangan takut ugutan

Hashim Abdullah
KUALA KRAU, 17 Okt: Rakyat di negara ini khususnya masyarakat luar bandar berhak memilih pemimpin yang terbaik dan tidak perlu takut dengan sebarang ugutan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, proses pilihanraya membenarkan rakyat berbuat demikian bagi memilih kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab dan mampu membela rakyat.

"Jangan takut untuk menukar kerajaan. Orang Pulau Pinang tak ada yang mati hanya kerana tukar kerajaan daripada BN kepada Pakatan Rakyat (PR). Tak ada orang Selangor yang tak cukup vitamin kerana tukar kerajaan. Jangan rungsing jangan resah untuk tukar kerajaan. Jangan terpengaruh dengan ugutan pemimpin Umno. Rakyat ada hak untuk memilih," katanya ketika berucap di Felda Jengka 20, dekat sini, malam tadi.

Beliau menggesa demikian agar masyarakat luar bandar termasuk peneroka, berani membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Tambahnya lagi, rakyat terutamanya orang Melayu pedalaman diugut dan dimomokkan dengan pelbagai tuduhan bagi tujuan untuk menakutkan rakyat agar tidak berani menukar kerajaan.

Biarpun begitu, berkata rakyat gesanya, tidak wajar melayan ugutan yang dilakukan pemimpin Umno tersebut yang hanya mahu mengekalkan pemerintahan yang diselaputi rasuah dan penyelewengan.

Menurutnya lagi, negara ini tidak akan selamat jika terus dikuasai pemimpin Umno BN, justeru beliau merayu rakyat berubah dengan memberikan peluang untuk PAS dan PR menerajui pemerintahan negara berasaskan ajaran Islam yang adil untuk semua.

"PAS membawa Islam bagi menyelamat rakyat dan negara ini. Kita bawa keadilan untuk semua, kita mahu mencorakkan pemerintahan negara yang beramanah, sebab itu rakyat mesti berani membuat perubahan," katanya.

Turut berceramah pada majlis itu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad dan Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Hashim Abdullah.