Sungguhpun Datuk Seri S Samy Vellu enggan menerima jawatan penasihat parti selepas menyerahkan jawatan presiden kepada timbalannya, Datuk G Palanivel, tetapi dipercayai beliau akan memantau dengan rapat keadaan dalam MIC, kata pembantunya, lapor Bernama.
Cadangan supaya Samy Vellu menjadi penasihat MIC selepas melepaskan jawatan presiden dibuat oleh sesetengah pemimpin parti itu.
Menurut pembantunya, Samy Vellu akan “masuk” sekiranya ada perebutan kuasa atau sebarang percubaan untuk menggugat kestabilan parti itu yang Samy Vellu bina sejak mengambil alih pucuk pimpinan pada 1979 daripada mendiang Tan Sri V Manickavasagam.
“Samy Vellu masih lagi dihormati dan disokong oleh ramai pengerusi cawangan dan bahagian MIC, dan pada pemilihan parti 2012, beliau masih boleh menggunakan kuasanya,” kata pembantunya itu.
Sementara itu, akan memberi pesanan terakhirnya sebagai presiden MIC supaya dikekalkan perpaduan dan kestabilan parti di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu 6 Disember ini.
Dalam ditemuramah oleh stesen radio RTM, Minnal FM Tamil hari ini, Samy Vellu berkata, beliau akan menekankan perlunya parti itu mengekalkan satu kepimpinan berkesan dan memelihara perpaduan bagi memastikan survival MIC.
“Saya mahu mereka (anggota CWC) untuk mengekalkan satu hubungan kerja yang kuat agar parti itu boleh berfungsi secara berkesan,” kata Samy Vellu yang dijangka menyerahkan kepimpinan parti Palanivel tidak lama lagi selepas mesyuarat CWC 6 Disember ini.
Samy Vellu yang sebelum ini mengumumkan beliau akan mempengerusikan mesyuarat CWC kali terakhir pada 6 Disember, juga berkata beliau akan menggesa semua anggota parti memberikan sokongan sepenuhnya kepada Palanivel untuk memimpin parti tersebut.
Bekas Menteri Kerja Raya itu menyifatkan Palanivel, bekas setiausaha akhbarnya sebagai seorang yang dedikasi dan kuat agama.
"Beliau mungkin tidak sekuat seperti saya memimpin parti, tetapi ada kalanya beliau boleh kuat. Saya percaya beliau boleh menjalankan tugas itu (memimpin parti), dan saya mahu semua anggota memberikan sokongan penuh mereka kepada beliau," katanya.
Samy Vellu berkata perpaduan hendaklah dikekalkan oleh semua pihak dalam parti untuk memastikan MIC terus mewakili masyarakat India untuk memberikan undi kaum India kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Adalah penting bahawa MIC kekal kuat, gigih dan berkesan untuk terus berjuang bagi hak-hak masyarakat itu. Ini hanya boleh berlaku jika ada
kepimpinan yang berkesan dan stabil,” katanya.
Pemerhati berkata kenyataan Samy Vellu boleh dianggap sebagai memberikan ingatan kepada pemimpin pemimpin agar tidak terbabit dengan perebutan kuasa khasnya menjelang pemilihan MIC pada 2012.
-Bernama-
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Pendendamnya Mahathir... Menangis pulak Mat Said?
Ustaz Saiful Bahri
Ketika mengulas kelmaren dalam isu jambatan baru dari Johor ke Sing
apura yang disebut semula oleh Sultan Johor, Tun Mahathir berkata: “Tidak ada sebab kita tidak boleh meneruskan projek ini, cuma apa yang berlaku ialah (bekas Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan untuk menghentikan pembinaan jambatan ini. “Kononnya supaya dapat dirunding semula dengan Singapura, selama dua tahun berlalu namun rundingan tidak berjaya,” katanya.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraannya yang ke-52 pada 22 November lalu mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan cadangan pembinaan jambatan baru itu perlu dikaji secara terperinci kerana ia memberi banyak implikasi dalam beberapa aspek termasuk perundangan dan kos. Model ‘jambatan bengkok’ yang dicadangkan sewaktu pemerintahan Dr. Mahathir ialah jambatan yang dibina secara bersendirian oleh Malaysia dan bersambung semula di atas Tambak Johor kira-kira 20 meter daripada sempadan Singapura selain membolehkan kapal melalui Selat Tebrau.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, rundingan yang dilakukan oleh Abdullah adalah berkaitan sama ada Singapura mahu membina sebuah jambatan yang lurus dan bukannya berkaitan ‘jambatan bengkok’.
Bagaimanapun kerana Singapura meminta hak penerbangan jet pejuang di ruang angkasa Johor di samping bekalan pasir sebanyak 1 bilion kubik meter dalam tempoh 20 tahun, Malaysia terpaksa menarik diri.

Katanya, yang memelikkan adalah projek ‘jambatan bengkok’ turut dihentikan dengan alasan ia tidak dipersetujui oleh rakyat Johor sehingga membangkitkan kemarahan mereka dan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan enam kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada pilihan raya umum 2008.
“Kerana marah itu sokongan mereka kepada BN merosot, ada kawasan yang dulu menang majoriti 13,000 tinggal 2,000 undi dan ada kawasan yang kalah terus. “Saya yakin kalau jambatan ini dibangunkan ia akan mengembalikan sokongan rakyat Johor kepada BN,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mahathir berkata, beliau telah bertemu dengan Sultan Ibrahim dan baginda menunjukkan kesungguhannya untuk merealisasikan pembinaan jambatan baru itu. “Baginda akan menulis (surat), saya fikir kepada kerajaan untuk membuat cadangan bagaimana nak membina jambatan itu jika Kerajaan Pusat tidak ada duit,” katanya.
Sekali tengok begitulah sikap Dr Mahathir yang amat pendendam terhadap pembantunya sendiri. Ketika beliau menganyang Anwar Ibrahim tanpa ampun dan dapat disaksikan sikap beliau sehingga kini. Apabila beliau membenci Pak Lah, begitu sekali serangannya meskipun Pak Lah sudah tidak menjadi PM. Macam si penjual daging. Dah sembelih, lapah kulit, siat daging, ketuk tulang biar sampai boleh buat sop!!!....
Nak kata nyanyuk, kan berasa hati puak-puak UMNO. Atau mungkin Mahathir pernah menghadapi apa-apa krisis jiwa atau trauma semasa kecilnya? Kalau dilihat kepada nafsu ammarahnya amat tidak munasabah dengan faktor umurnya. Dan kalau kita bertanya dengan mereka yang biasa berurusan dengan Tun Mahathir semasa beliau ditampuk kuasa khususnya dibalik tabir, mereka cukup mengenali sifat dan sikap Mahathir. Mungkin juga itulah sebab beliau menjadi PM yang paling lama berkuasa.
Dengan umur dan usia beliau itu sepatutnya.. menyibukkanlah diri beliau dengan ibadah dan bertaubat. Serahlah kepimpinan muda UMNO untuk meneruskan perjuangan mereka. Atau beliau tidak percaya pula dengan kepimpinan Najib? Atau beliau nak memastikan supaya legasi beliau diteruskan pula kepada anak-anak beliau pula.
Dilihat kini beliau kembali ligat semula diarena politik dan kuasa. Tiada istilah pencen buat beliau. Bahkan kini beliau dilihat berkempen ke seluruh Negara. Nampak macam beliau nak jadi PM semula aje lagaknya. Atau ingin berlumba dengan Rosmah?
Mungkin beliau masih lagi kemaruk kuasa. Nak menunjukkan kepada mereka yang pernah menghinanya dulu diawal beliau meletak jawatan sebagai PM. Yelah… dalam UMNO ni kalau kamu tiada kuasa… siapalah nak hormat kamu? Mahathir taknak jadi macam Wan Mokhtar di Terengganu. Bekas MB tetapi dilupakan oleh orang UMNO sendiri. Kalau tak takkan lah Mat Said menangis ketika program Mahathir ke Kemaman baru-baru ini... biasalah air mata boye agar Mahathir nasihatlah Najib tu agar kekalkan beliau sebagai MB Terengganu...??? Kenapa??? ye memang ada isu terkini... MB Terengganu di hujung tanduk!!! Mungkin kalau ada yang menangis menagihkan simpati... itu menyegarkan emosi politikus seperti Mahathir? Adakah Anwar dan Pak Lah tak pernah menangis atau merayu kepada Mahathir??? Sebab itu kah Mahathir yang dendan sangat kepada Anwar dan Pak Lah ini? Sepatutnya tanyakah MP Pasir Mas. Ibrahim Ali amat pakar dalam bidang ini.
Dalam kes pembinaan pakej jambatan bengkok dan jambatan kereta api sebanyak RM1.113 bilion diperuntukkan. Projek diluluskan dizaman Mahathir itu untuk menggantikan tambak Johor bagi menghubungkan Singapura dengan pembinaan jambatan yang tingginya 24 meter dari paras air. Projek Gerbang Selatan Bersepadu itu mendapat tarikh milik tapak bagi kedua-dua pakej ialah pada 1 Januari 2003, tetapi atas keputusan kerajaan, kontrak bagi Jambatan Bengkok ditamatkan pada 12 April 2006. Sebuah syarikat bernama Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB) telah diberikan projek tersebut. GPSB dilaporkan mengemukakan tuntutan berjumlah RM350 juta kepada JKR berikutan keputusan kerajaan untuk membatalkan projek "jambatan bengkok" itu April tahun lalu. dibayar pampasan RM257.4 juta berikutan tuntutannya terhadap pembatalan projek pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor dalam kawasan Malaysia.Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan. Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan.
Kini timbul desakan dari Johor agar jambatan itu dibina kembali selepas daripada ketiadaan Tun Abdullah Badawi yang membatalkan projek tersebut dan PM sekarang iaitu Najib Tun Razak mula untuk mempertimbangkan semula apatah kini Dr Mahathir mula memainkan peranannya semula dalam kerajaan. Berapakah pula kos yang akan dikeluarkan semula untuk membina kembali jambatan ini jika diluluskan semula.
Inilah sikap gluk-glik pemimpin UMNO-BN. Yang malang adalah rakyat tetapi syarikat para kroni sentiasa mengaut keuntungan hasil dari kebodohan pimpinan UMNO yang membuat keputusan berdasarkan kuasa yang mereka ada. Yang rugi bukan mereka tetapi rakyat. Rakyat menjadi lebai malang tetapi UMNO-BN tetap mengomol peluang.
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
Ini bukan perangai manusia: Mursyidul Am Pas
Beliau yang berang dengan tuduhan itu berkata, sepatutnya Kerajaan Pusat mengambil tindakan membantu Kerajaan Negeri dalam menguruskan dan membantu mangsa banjir yang mengalami beban dengan keadaan semasa.
“Pelbagai agensi turun termasuk Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) dan mengadakan pelbagai bantuan tetapi ada dari pihak Kuala Lumpur yang kata (Kerajaan Negeri) lepas tangan, ini kempen jahat hasil orang tiada modal.
“Sepatutnya mereka simpati kepada Kerajaan Negeri dan rakyat, bagi bantuan, arah polis dan bomba. Ini tidak, tiba-tiba orang yang sudah kena bala dilanyak pula, ini bukan perangai manusia,” katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecaman dari Kerajaan Persekutuan yang mendakwa kerajaan Kedah gagal membantu mangsa banjir yang dialami di negeri itu baru-baru ini.
Semasa persidangan DUN Kedah, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah dukacita dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Negeri membantu mangsa banjir besar tersebut.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta rakyat mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah yang peka terhadap isu tersebut dan bertitah seperti mana yang diketahui umum.
Dalam pada itu, Nik Mat enggan mengulas tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.
Beliau berkata, isu Zaid yang dikatakan ingin menubuhkan parti baru bersifat peribadi dan tidak sesuai diulas oleh beliau.
“Tak apa, isu Zaid soal peribadi, beliau yang selesaikan sendiri,” katanya ringkas.
Sebelum ini, Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ketika mengumumkan keputusan keluar parti berkata, beliau tidak akan menyertai Pas kerana ia sebuah parti yang besar.
Nik Aziz antara individu yang mempertahankan kemasukan Zaid ke PKR walaupun beliau pernah mengkritik pentadbiran Pas Kelantan termasuk isu hudud semasa menjadi ahli UMNO.
-sinarharian-
Langgan:
Catatan (Atom)