"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah: Tuan Ibrahim saman Utusan, TV3

Harakahdaily
TEMERLOH, 6 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 kerana didakwa memfitnah beliau membeli tanah peneroka Felda yang sebenarnya dibeli oleh pihak lain.

Berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.

Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.

Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam.

(Gambar: Ibrahim Osman menunjukkan bukti bahawa tanah itu adalah milik beliau melalui syarikatnya)

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak Mara atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd,” katanya sambil menambah bahawa soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan Tuan Ibrahim akan berbincang dengan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 serta beberapa pihak lain dalam masa terdekat.

Tudung Di Akhir Zaman

 selatanonline 

Artikel ini aku dapat dari sosial network posting dan emel. Ingin aku kongsikan sebagai tatapan dan sebagai peringatan kepada diri dan taulan. Tudung fesyen sekarang memang bermacam-macam. So kita kena pandai nilaikan sendiri.
 Kita secara tidak langsung mungkin ada memiliki tudung begini. Betul tak?


Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!
Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka. Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam, setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen
Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta

Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

p/s: Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian. Boleh dikatakan, ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas. Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini, kita pula akan ditanya di akhirat nanti, adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Firman Allah s.w.t, "Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat ." (Surah asy-Syu'ara': 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir. Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak. Ingatlah, Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan, SALAM PERINGATAN.
Pendapat Miss Farah ,
Bertudung? Anda bertudung sebab apa? Kalau sebab kewajipan dan kerana Allah Taala anda tahu sendiri cara menutup aurat. Kalau sebab tuntutan sosial itulah yang dinamakan hipokrit. Tapi apa2 pun tak semestinya bertudung sampai had lutut itu seseorang yang baik. Seelok-eloknya ubahlah dalaman anda dahulu dan diikuti luaran. Dalam dan luar biar sama2 ikhlas. Tak guna juga kalau kat luar sahaja nampak baik tapi dalaman berhati busuk dan berhasad dengki, alim2 kucing je orang macam ini.Ditekankan sekali lagi tentang tafsir al Quran ini..
Ibubapa wajib mendidik anak berpakaian yang menutup aurat. Selain itu ia juga melatih dan mendidik anak-anak menjaga mata dan penglihatan daripada melihat yang haram dan maksiat.
Firman Allah Taala dalam surah An-Nur ayat 30-31 :
  • Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pendangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.
Tujuan aku post semula artikel ini kerana tanggungjawab  sebagai seorang muslim. Peringatan untuk diri sendiri dan kalian. Jika anda bersedia dengan teguran ini ambil la inisiatif untuk berubah tapi kalau tidak, sendiri tanggung ya...tepuk dada tanya iman!/BHB

Apa pentingnya Umi Halfida kepada UMNO-BN dalam Kempen PRK

anak_muar
Kelibat Umi Halfida saksi Penting dalam kes prbicaraan Liwat 1 13 tahun lepas kini dilihat semakin kerap kelihatan terutamanya sejak sebelum dan selepas kempen PRK Merlimau dan Kerdau bermula lagi.Umi sudah tentunya berucap bagi pihak UMNO-BN dalam sebagai usaha meraih sokongan dari rakyat dalam mendedahkah pelbagai cerita yang mengaibkan Anwar Ibrahim dan Abang Kandungnya sendiri iaitu Azmin.Dalam ceramahnya Umi bercerita mengenai salah laku Anwar dengan begitu transparent dan cukup jijik dan berat untuk mendengarnya.

.Namun alasan Umi adalah semata-mata untuk menegakkan kebenaran demi Agama dan Bangsa.umunya tahu beliau bukan seorang ahli politik inilah pula pejuang.

Dalam ceramah Umi beliau tidak berucap soal perjuangan UMNO atau kepentingan rakyat bawahan atau soal Islam,namun Umi lebih bercerita tentang keburukan dan aib orang lain yang sudah tentunya Anwar dan Azmin. Perkataan-perkataan yang tidak elok bagi seorang perempuan seperti Umi disebutnya berulangkali dalam menyerang Anwar dan Azmin.Umi seolah-olah hilang kawalan perasaan dalam menceritakan perihal Anwar dan abangnya Azmin.Samada benar atau fitnah ia sudah menjadi perkara nombor dua. Sedangkan dalam Islam menjaja perihal aib dan keburukan orang di khalayak ramai adalah ditegah dan amat berdosa.Adakah Umi lupa akan perkara tersebut?

Sepatutnya Umi bercerita tentang agenda-agenda UMNO-Bn dalam usaha memberi keselesaan dan kebajikan kepada rakyat bawahan ataupun perkara yang lebih membawa faedah kepada rakyat.Ini tidak amat jelas ceramahnya tiada kaitan dengan isu nasional dan ia lebih kepada serangan peribadi yang akhirnya mengelirukan umat Islam Melayu dengan segala cerita beliau.Sedang kan yang bertanding adalah PAS mengapa pula Anwar dan Azmin diserang sedemikian rupa.UMNO-BN sendiri dalam media-media menjelaskan jangan menyerang peribadi namun tidakan Umi yang berceramah di pentas BN amat bertentangan sekali dengan etika politik sebenar dan memalukan kerana Umi seorang perempuan.

Amat menjadi tanda tanya mengapa khususnya UMNO menjadikan Umi sebagai penceramah utama dalam siir-siri kempen sedangkan tiada kepentingan langsung perkara yang disampaikan oleh Umi dengan agenda kepentingan rakyat.Isu Anwar adalah isu peribadi dan tidak perlu diperbesarkan kerana tiada manfaat di situ.Adakah mungkin sebenarnya UMNO yang tiada isu atau ketandusan penceramah dalam usaha menarik minat pendengar kerana diketahui biasanya ceramah pihak pembangkang lebih ramai yang datang dari ceramah di pihak UMNO-BN.

Mungkin Umi dapat manarik perhatian umum dengan pendedahan beliau namun rata-rata pendengar sebenarnya mengutuk Umi apabila mereka berbisik sesama sendiri sesama mendengar cerita pendedahan mengenai Anwar dan Azmin.Riak wajah penontonpun boleh dibaca ada yang asyik menggeling kepala.Rumusannya mungkin sejumlah penonton yang datang cuma hanya hendak mendengar cerita Umi tetapi hanya segelintir sahaja yang percaya dan fanatik akan pendedahan tersebut.Adakah Umi sedar akan perkara ini?Jika ada PRK lagi pastikan UMNO-BN jangan mengulangi pendekatan yang sebagini kerana ia tidak elok didengar kerana jijik hendak mendengarnya samada cerita tersebut benar ataupun salah.