"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau Yakin Menang, Kenapa Menipu Dan Belagak Samseng?

Angkasanuri
Sehingga saat ini Umno begitu sombong dan bongkak dengan mendabik dada akan mengekalkan DUN Kerdau dan Merlimau. Macam mana Umno boleh tahu sedangkan hari mengundi hanya bermula esok? Ada apa-apa 'silap mata' yang akan dilakukan ? Memang betul Pas kalah dalam PRU lalu tetapi tak bermakna Pas tak boleh menang dalam PRK kali ini.

Umno makin goyah, penyelewengan dan skandal berluasa serta kehidupan rakyat makin terhimpit tidak mustahil akan berlaku kejutan kepada Umno. Sambutan kempen PAS sungguh menggalakkan memberi isyarat yang positif kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Jadi mungkin sebab itu lah agaknya Umno/BN terus menyerang dan melakukan pembohongan kepada PAS. Sama ada di Merlimau dan juga di Kerdau. Tak cukup dengan tokoh dalam Umno, habis pelawak dan pelakon handalan seperti Ibrahim Ali, Umi Hafilda dan Ezam Md. Nor diheret kesana kemari untuk memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat. Insyaallah, rakyat Malaysia cukup kenal siapa mereka ini. Maklumat di hujung jari!

Terkini Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakub yang terkenal dengan 'trade mark' isyarat lucah di PRK Sanggang dulu memfitnah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya menjadi lintah darat kerana memeras peneroka di Jengka dengan membeli tanah peneroka berkenaan. Segala pembohongan media dan pencacai Umno terdedah apabila pemilik tanah sebenar tampil menafikannya. Tak perlu saya ulas panjang layari Harakah Daily untuk maklumat lanjut. Bila asyik baca Utusan Malaysia itu yang jadi tak berapa cerdik.

Ini baru kecil banyak lagi pembohongan dan putar belit Umno/BN setiap kali pilihanraya. Semua jentera PAS di Merlimau dan Kerdau diminta tingkatkan kewaspadaan menjelang esok. Setakat ini perkembangan petugas PAS dan Pakatan Rakyat di Merlimau cukup menyakinkan. Umno pasti terkejut dengan strategi dan persediaan PAS . Tunggu sahaja .

Ismail Kerbau Lebih Hebat Dari Ezam Sesumpah

wfauzdin_ns
AKU terbaca komen dari rakan FB memberi komen tentang pendekatan Ezam sesumpah mengampu Umno sepanjang kempen PRK di Dun Merlimau dan Kerdau. Jadi aku minta izin untuk gunakan modal komen rakan aku tu untuk aku tulis di sini.

Sememangnya Ezam sesumpah sentiasa mendabik dada kununnya beliaulah seorang pejuang yang berani sehingga masuk penjara. Kununnya beliau lebih kenal gari dan jeriji penjara dari rakan-rakan lamanya yang masih kekal di dalam PKR sekarang. Betul ke Ezam sesumpah je yang pernah masuk penjara? Betul ke yang kerap masuk penjara itu adalah orang yang berani dan pejuang? 

Mana lebih hebat DS Anwar atau Ezam sesumpah dari segi ujian dan cabaran? Azmin Ali, Us Dr Badrul Amin, Tian Chua, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi yang masih kekal berjuang di dalam PR juga pernah masuk penjara. Adakah mereka masuk penjara kemudiannya melutut mencari makan dengan pihak yang memenjarakannya? 

Tentu kita masih ingat nama Ismail Kerbau yang lebih kenal banyak pintu penjara. Dia lebih hebat dari Ezam sesumpah tentang penjara, makanya Ismail Kerbau itu berani dan pejuang? Tian Chua bukan sahaja pernah masuk penjara, beliau pernah berada di bawah trak FRU ketika gelombang reformasi dulu. Darah Tian Chua pernah mengalir dimuka dan tubuhnya sama juga dengan DS Anwar yang lebam biji mata. Berapa titik darah Ezam sesumpah yang mengalir? Berapa banyak Ezam sesumpah kena cubit?

Bayangkan, Ezam sesumpah dulu masuk penjara kerana dedahkan fail rahsia berkenaan Rafidah Aziz sewaktu Rafidah menjadi Menteri Perdagangan. Akibat beliau dedahkan rasuah Rafidah, belia masuk penjara. Ketika itu kita sokong Ezam sesumpah kerana keberaniannya. Tetapi, tiba-tiba beliau kini berada 'satu kelambu' dengan parti Rafidah Aziz. Lojik ke? Ertinya, Ezam sesumpah sudah 'melutut' dengan Rafidah. Rafidah pun berkata, "Tengok, siapa yang kenaaaa..."

Jika dahulu Ezam sesumpah tidak pernah lekang sebut pasal rasuah. Beliau keluar PKR dan tubuhkan Gerak kununnya untuk membasmi rasuah hingga ke akar umbi. Akhirnya, beliau masuk Umno, dan soal rasuah tidak lagi menjadi agendanya. Cuba dengar ceramahnya selepas menyertai Umno, beliau hanya menjaja kisah peribadi DS Anwar yang satu pun tidak terbukti di mahkamah. Ceramahnya sudah setaraf dengan Mak Cik Umi yang tidak diakui oleh ayahnya sebagai anak itu. Begitu lah nasib Ezam sesumpah menjadi hina sehina-hinanya.

Apa pun beliau sudah menjadi Senatak (Senator Katak). Kita lihat di dalam PRU ke 13 nanti, di mana Ezam sesumpah ini mahu bertanding. YB Khalid Samad MP Shah Alam sebelum ini pernah mencabar Ezam sesumpah bertanding di Shah Alam iaitu kawasan Ezam sesumpah sendiri. Saya nasihatkan Ezam sesumpah, jika mahu menang jangan bertanding di Shah Alam, tetapi carilah tempat yang mana banyak kawasan felda atau ramai pengundi pos. Atau, Ezam sesumpah rasa selesa jadi Senatak melalui pintu belakang tanpa berani berjuang? 

Amacam Ismail Sabri, Lelong RM7.5 juta, Jadi Tak Tanah Tu!!

laniismaa

Jadi Menteri namun haprak.

Menteri Tiga Suku, Ismail Sabri Yaakob berkata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.

Kesempatan 'hotak' kau! Bekas peneroka Felda Jengka 13 di sini, Mahmud Abdul Rahman, 54, mengesahkan dia telah menjual tanah seluas empat hektar miliknya di tanah rancangan itu kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 1994. Ulang Tahun 1994.

Tanah itu dijual kepada isteri Tuan Ibrahim pada harga RM75,000 dan dibayar tiga kali yang dibayar oleh Tuan Ibrahim. Ikut suka dia, siapa yang ingin bayar, janji tuan tanah menerima haknya.

Tanah yang dibeli secara sah oleh Tuan Ibrahim, nak bubuh nama bini dia ke, nenek dia ke, yang itu pun menjadi isu.

Tuan yang menjual berkata dia mengalami masalah kewangan akibat kemelesetan ekonomi dan dia mahu keluar daripada tanah rancangan berkenaan. Apa yang salahnya, harga telah dipersetujui dan bukan Tuan Ibrahim meletakkan pisau di tengkuk tuan tanah itu.

Amacam Ismail Sabri, lelong RM7.5 juta, jadi tak tanah tu. Promosi untuk tahun 2011. Dengar cerita Adnan Yaakob pun berminat. Dia nak 'up' sedikit. Amacam jadi??

Berita pertama berkenaan perkara ini di Utusan Malaysia ada ayatnya "telah menyebabkan tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan". Berita kedua rintihan Menteri Tiga Suku. Berita Ketiga ada ayat "katanya ketika ditemui di ladang sawitnya di sini hari ini".

Woii...Utusan Malaysia, nak menipu pun patut-patutlah woii, ada ladang sawit hidup dengan penuh kedaifan. Bang!! ladang sawit bang!! sawit mahal sekarang bang!! Patut pun menjadi Utusan Penipu!!