"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Biri-biri lahirkan anak anjing



ANAK anjing dan induk biri-biri yang melahirkan mamalia itu di wilayah Shaanxi, China. Anak anjing milik Naiying berbulu seperti biri-biri.
XIAN, China: Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.
Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.
Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.
"Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.
Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.
Mengulas mengenai kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza.
"Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil," katanya
-Agensi-

Bayi tanpa tempurung kepala


KEADAAN bayi perempuan yang lahir tanpa tempurung kepala di Hospital Medan, Sumatera Utara.
MEDAN, Indonesia: Seorang bayi perempuan anak Rudi Kusmawanti, 27 dan isterinya yang berusia 17 tahun, Sari Rianti lahir tanpa tempurung kepala, lapor akhbar Sumut Pos semalam.
Bayi tersebut yang dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah klinik di Serdang dekat sini dibawa ke hospital besar di sini untuk menerima rawatan lanjut.
"Saya diberitahu tentang keadaan anak saya daripada bidan. Saya sangat terkejut," kata Sari.
Namun, katanya, di sebalik keganjilan itu bayinya yang seberat 2.1 kilogram berada dalam keadaan baik.
Menurutnya, dia tidak menyangka bayinya akan lahir dengan 'kekurangan' tersebut kerana semasa hamil, dia banyak minum susu dan kerap mengambil jamu untuk menjaga kesihatannya.
Mengulas mengenai keadaan bayi yang masih belum diberi nama itu, ketua hospital besar berkenaan, Dr. Masdulhaq berkata, tiada pembedahan akan dilakukan terhadapnya.
"Biasanya, bagi kes seperti ini, kami hanya akan melakukan rawatan sahaja," kata Masdulhaq.
-Agensi-

Titik gempa hampiri Malaysia

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
-kosmo-