"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Awas Propaganda Polis di TV

PenorehGetah
Anwar Ibrahim di cederakan di kepala dan lututnya luka dan terpaksa ke hospital. Sebahagian peserta perhimpunan Aman dikasari oleh pihak polis. A. Samad Said menyebut dan melihat bagaimana wanita di tolak hingga jatuh.
Mereka akan menyiarkan kononnya Polis begitu baik bagi makan kepada peserta yang ditangkap.
Rawatan juga diberikan kepada yang cedera.
Tempat solat juga disediakan. Malah kalau nak tahajud pun tak apa.. he he
Rakyat seluruh Malaysia akan menonton pembohongan dan lakonan hebat polis ini. Najib pengarah utama skrip 'celaka' ini!!

Presiden PAS dibebaskan. Takut terkencing juga Hishamudin

Penoreh Getah

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

Selain Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Nurul Iman - dan dua yang lain.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua semua tahanan akan dibebaskan oleh malam ini.

Seramai 1,667 ditahan sewaktu perarakan BERSIH di ibunegara hari ini. - Malaysiakini

http://penorehgetah.blogspot.com

Jangan sangka gari, peluru boleh takutkan orang - TGNA

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 Julai: “Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru hati beliau cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis semasa menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 di sekitar ibu negara petang tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap penangkapan beberapa pemimpin PAS termasuk presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pakatan Rakyat semasa menyertai perhimpunan itu.

“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno.

“Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno,” kata beliau yang kini berada di Mekah kerana menunaikan umrah dalam kenyataan kepada Harakahdaily, petang ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat Zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya Allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.

Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?

Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?

Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali