"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pecah Rahsia - Petua Umno Untuk Kuburkan Anwar Dalam Politik

WFAUZDIN NS

SATU cara je nak jatuhkan Anwar. Tidak payah susah-susah cari orang sanggup mengaku diliwat Anwar, tak payah pening kepala dok selongkar fail atau dokumen nak sabitkan Anwar dengan dana RM 3 Bilion atau tidak perlu berpeluh-peluh buat kerja baling cat atau baling kasut sampai ke dalam masjid.


Aku nak bagitahu satu je petua nak jatuhkan Anwar. Petua ini aku nak ajar kat lembu-lembu yang bodohnya tak habis-habis tu. Susah apa kalau nak pastikan Anwar jatuh dari karier politiknya? Nak cari jalan jatuhkan Anwar, kena fikir dulu apa kekuatan Anwar. Apa kekuatan dia?  

Salah satu kehebatan Anwar adalah dia berani. Ertinya, kalau mahu jatuhkan Anwar kita mesti lebih berani dari Anwar. Berani bukan bermakna berani baling batu setiap kali Anwar ceramah. Berani juga bukan bererti berani baling cat atau kemekkan kenderaan Anwar. Itu bukan berani, itu bangang dan dayus.
Habis tu bagaimana? Tiada cara lain lagi untuk jatuhkan Anwar dari politik. Caranya adalah seperti yang aku sebut tadi, iaitu kena ada yang berani lebih dari Anwar. Negara kita dipimpin oleh Najib, dan Presiden Umno pun Najib. Najib juga setiap malam menyalak menuduh Anwar macam-macam kat TV dan akhbar. Oleh itu, semua ahli Umno terutamanya dan rakyat negara ini amnya, ingin sangat melihat semua kejijikan politik di negara ini berakhir segera iaitu dengan cara Najib kena lebih berani dari Anwar atau paling kurang sama berani dengan Anwar.

Najib mesti berdepan dengan Anwar di atas satu pentas, manakala rakyat akan melihat apakah Najib selama ini hanya berkokok hebat di depan TV saja atau Anwar hanya berani bercakap di dalam ceramah sahaja. Anwar telah mulakan langkah bagi membuktikan bahawa beliau memang dilahirkan oleh ibunya sebagai anak jantan. Anwar telah beberapa kali mencabar Najib berdepan. Kini, rakyat menunggu apakah Najib yang dilahirkan oleh ibunya itu benar-benar jantan atau tidak?

Ada teman aku bertanya, mengapa Anwar tidak mahu berdebat dengan Umi Hafilda, Ezam atau Nalla? Jawabnya mudah, Anwar pernah berkata dia selaku Ketua Pembangkang bersedia berdebat dengan PM selaku Ketua Kerajaan atas apa jua tajuk. Justeru itu, jika mahu Anwar berdebat dengan Umi Hafilda, Ezam sesumpah atau Nalla, ahli-ahli Umno perlu pilih salah seekor dari mereka untuk menjadi Presiden Umno, kemudiannya berusahalah untuk tabalkan mereka jadi PM. Ketika itu, barulah kita boleh melihat Ketua Pembangkang berdebat dengan Ketua Kerajaan. Selagi ketiga-tiga mereka itu berada di kelas pencacai, mereka hanya layak berdebat di kedai kopi dengan budak-budak atau petugas pasang bendera dari PKR saja.

Sehubungan itu, Umno mesti berusaha memujuk dan merayu agar Najib untuk kali pertamanya cubalah bersikap jantan. Pujuklah dia untuk berdebat dengan Anwar. Ini semua penting untuk menentukan Anwar jatuh dari persada politik. Sampai bila mahu baling kasut dan cat?/wfauzdin.blogspot.com

Anggota polis sahkan pengawal peribadi Anwar tak acu pistol

Aedi Asri
JASIN 9 September: Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka.
Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin.

“Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng). Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu,” katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, Melaka.

Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin.

Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung.

Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah.

“Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng),” katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu.

Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat.

Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video.

Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama.

Mufti di M’sia: Bekerja untuk Umno atau Tuhan?

Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle
Mufti di M’sia: Bekerja untuk Umno atau Tuhan?
Mendiamkan diri dan tidak ambil peduli bagi mufti UMNO-BN adalah suatu kebiasaan di negara ini. Mereka hanya akan menerima arahan dari ketua politik sahaja.


Namun, merekalah yang arif dan sepatutnya menegakkan apa yang hak dan memainkan peranan dalam menjauhi kemungkaran dalam masyarakat. Tetapi, hanya segelintir sahaja yang pernah meluahkan kebimbangan terhadap masalah sosial dan rasuah yang berlaku di depan mata mereka. Setiap hari, penipuan dilaporkan dalam berita. Kes-kes yang melibatkan menteri tertinggi telah dibongkar dan menjadi rahsia yang terbuka.

Walaupun begitu, mufti yang dilantik UMNO ini tetap berdiam diri. Mereka malah menahan diri dari menegur. Namun, mereka tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan ketua mereka dan memberi penjelasan yang diperlukan-walaupun ia tidak logik dan masuk akal-bagi perbuatan korup dan kesalahan ketua mereka.

Kehilangan penghormatan dan kredibiliti

Contohnya, dalam kes dimana Mufti Wilayah Persekutuan mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom kerana meggunakan wang zakat yang disepatutnya diberi kepada golongan miskin untuk membayar yuran guamannya. Ketua ulama UMNO Ustaz Mohd. Fathul Bari merupakan satu contoh ulama yang sering mempertahankan bos-bosnya walaupun sebenarnya dia perlu menegur mereka.

Tidak hairanlah jika orang Islam di Negara ini marah dan berpaling kepada PAS dan PKR untuk mencari penyelesaian yang lebih bersih. Setelah 5 dekad mendiamkan diri, Mufti yang dilantik oleh UMNO tidak pernah menyerlah. Masa hadapannya tidak menentu dan mungkin juga akan menjadi seperti Greece jika UMNO-BN masih membazirkan dana Negara dengan projek mega yang terlampau mahal.

Islam tidak menganjurkan kesombongan

Satu lagi contoh diman UMNO-BN telah menggunakan alim ulama adalah dalam kes terbaru melibatkan Mufti Kedah Muhamad Baderudin Ahmad. Setelah beberapa tahun mendiamkan diri, dia telah membuka mulutnya baru-baru ini dengan bercakap demi Islam, dia telah meminta Karpal Singh untuk “memberhentikan semua kritikan dan fitnah” terhadap implimentasi hudud “kerana ini telah menyebabkan kekeliruan terhadap beberapa parti.”

Betapa bodohnya Baderudin? Karpal berhak untuk mengkritik dan menyuarakan pendapatnya terhadap Islam kerana dia prihatin akan kebajikan orang bukan Islam. Bolehkah Baderudin mengemukakan bukti bahawa Islam tidak membenarkan bukan Islam mengkritik Islam? Baderudin sebagai seorang tokoh agama sudah pasti tahu bahawa Islam adalah untuk semua dan semua berhak untuk menyoal, mendapat tahu, memberi pendapat dan mengkritik kerana ia adalah hak mereka dan ini mencerminkan diri mereka yang tidak tahu dan mahukan pemahaman.

Ia adalah tanggungjawab ilmuwan Agama seperti Baderudin untuk menerangkan dan tidak meminta orang bukan Islam untuk menutup mulut mereka! Islam tidak memerintahkan umatnya untuk menjadi sombong, jadi, janganlah memberi malu kepada Islam.

Pengkritik bertanya dengan menyuruh Karpal diam, Baderudin telah mengambil jalan mudah keluar. Ia, memang ia berkaitan dengan wang. Bilakah sikap ini dikalangan alim ulama dan mufti akan berubah? Dimanakah keikhlasan dan iman mereka? Mereka patut berubah sebelum rakyat mengubah mereka.

PAS tidak mampu lakukan seorang diri

Baderudin juga berkata Karpal mesti menghormati Islam sebagai agama rasmi. Dia berkata hanya Sultan Melayu sahaja yang mempunyai hak keatas hal berkaitan Islam.

Namun, Baderudin juga mesti sedar bahawa Sultan juga memberi kenyataan dan titah berdasarkan nasihat mufti. Dengan adanya orang seperti Baderudin, yang takut untuk menjalankan tugas dengan tekun dan bertanggungjawab, tidak hairanlah kebanyakkan orang Islam di Malaysia tidak mengamalkan Islam dengan sepenuh hati.

Patutlah pemimpin UMNO yang mengaku melakukan sesuatu untuk “Ugama, Bangsa dan Negara” begitu korup dan berterusan begitu.

Bagi hukum hudud pula, Baderudin harus faham bahawa ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempertahankan Islam dan PAS tidak boleh melakukannya sendirian. Seperti yang dikatakan oleh bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri, enakmen hudud Kelantan juga tidak komprehensif dan perlu penambahbaikan.

Malah, ia akan memakan masa bertahun-tahun dan melibatkan ramai lagi untuk betul-betul mengimplimentasikan hudud- jika ia akan dapat dilaksanakan. Dengan ketakutan yang sedia ada pada hukum hudud seperti pancung dan pemotongan tangan dan kaki, sikap sombong alim ulama seperti Baderudin tidak akan membantu orang bukan Islam dan orang Islam itu sendiri untuk memahami hukum yang kontroversi ini.

Rahmat pada semua

Hudud tidak sepatutnya dilaksanakan ke atas bukan Islam dan tidak patut mempunyai implikasi negatif terhadap hidup mereka. Hudud sepatutnya menjadi rahmat kepada semua- dan bukan untuk orang Islam yang alim sahaja. Bagaimanakah kita sebagai Negara pelbagai agama dan bangsa mencapai matlamat dimana semua pihak boleh berpuas hati dan kemahuan mereka dituruti.

Sudah pasti, ia akan dapat dicapai melalui kebijaksanaan dan perbincangan yang jujur. Dan bagi itu, mereka yang tidak mahukan hudud sepatutnya faham dan turun ke bawah untuk memahami dengan lanjut. Kita semua mempunyai hak-begitu juga dengan sayap agama- mereka juga berhak.

Kerana ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk amal maaruf nahi mungkar, mereka seperti Baderudin- kerana dia tidak ada memberi sumbangan agar persefahaman diantara orang Islam dan bukan Islam wujud, sepatutnya menutup mulut sahaja. Jangan bangga akan kelayakan agama anda jika tidak boleh mengikut ajaran Islam yang mahukan umatnya berani, adil dan menentang korupsi.

Mufti dan ulama patut ingat bahawa mereka bekerja kerana Tuhan dan bukan UMNO-BN.