"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Minyak Pula Tersimpan Di Bawah Pasar Siti Khadijah?

Mohd Sayuti Omar
Kebergantugan negeri Kelantan kepada royalti petroleum untuk pembangunan Kelantan mungkin tidak akan wujud lagi sekiranya Kelantan didapati mempunyai rezeb minyak di daratan seperti mana yang dijelaskan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa hari ini.
Najib meninjau aktiviti peniagaan di pinggir pasar Khadijah.
Sudah parti nilai rezab di darat itu lebih senang untuk diuruskan daripada mengharap royaliti petroleum 5% yang terikat dengan perjanjian Petroleum 1975 yang sengaja telah disalah tafirkan oleh Petronas dan kerajaan Pusat bagi menafikan hak rakyat Kelantan.

Sekiranya apa yang dinyatakan Husam hari ini satu kebenaran ia merupakan satu lagi anugerah Allah kepada Kelantan yang tidak ada nilainya. Apakah ini juga termasuk dalam 'maunah' dan 'keramah' Tokguruku Nik Aziz sebagai pemimpin utama kerajaan Kelantan kini?

Sebelum ini Kelantan telah dianugerahkan Allah selain minyak, berbagai bahan mineral termasuk emas dan biji besi yang sedikit sebanyak kini menjana pendapatan kerajaan Kelantan.

Kemungkinan ada tersimpan rezeb minyak di bawah Pasar Siti Khadijah ini ini sudah dimaklumkan kepada mesyuarat Exco hari ini serta cadangan untuk membawa pakar mengenali pasti bahan berkenaan.

Adalah wajar untuk kerajaan Kelantan memastikan segera berhubung simpanan atau rezab minyak di daratan itu. Kerana sekiranya dalam kajian itu menunjukkan tanda-tanda kewujudan bahan itu, rakyat Kelantan tidak perlu bimbang dan cemas dengan peruntukan pembangunan ekonomi dan sosial di Kelantan untuk 20 atau 30 tahun akan datang.

Sudah pasti rezab itu akan dijadikan cagaran besar oleh kerajaan Kelatan untuk pembangunan masa depan Kelantan. Sudah pasti selepas ini Kelantan akan menjadi destinasi para pelombong minyak dari seluruh dunia. Mungkin juga Kota Bharu akan dikenali seagai Bandaraya Petroleum terunggul di rantau ini.

Seperti mana dijelaskan Husam kawasan yang dikatakan mempunyai simpanan atau rezab minyak itu di sekitar Pasar Siti Khadijah yang melibatkan keluasan 1km. Ini bermakna hampir 1/3 bandar Kota Bharu mempunyai rezab minyak.

Hendaknya cadangan untuk membawa pakar cari gali Petroleum itu dipercepatkan. Dalam pada itu saya difahamkan sebuah syarkat cari gali minyak yang bergabung dengan Pertamina di Indoensia telah menyatakan persetujuan untuk membuat penyelidikan berhubung perkara itu.

Katanya salah seorang jurutera syaikat berkenaan semasa lawatan tidak rasmi ke Kota Bharu pernah membayangkan dengan kata-kata negeri Kelantan adalah istimewaan kerana Allah membawa "emas hitam" (minyak) ke depan tanggan setiap orang dari penduduknya.

Sehubungan pengumuman Husam hari ini baru tertangkap kepada minda saya kenapa Anwar Ibrahim dan Najib Razak ketika berkunjung ke Kelantan kelmarin ikut sama menjejak kaki ke pasar Siti Khadijah dan beramah mesra dengan peniaga.

Apakah Najib telah menghidu simpanan minyak bawah tanah ini lebih awal. Tidak mustahil!

FIKIRKAN : Ada sesuatu yang tidak kena Najib di Gaza.

tokpepijat

Cuba anda perhatikan wajah dan gaya berpakaian PMNajib semasa lawatan ke Gaza.

Berbanding dengan lawatan PMNajib ke London, New York, Davos tentunya kita dapati ada perbezaan yang ketara.

Lihat cara berpakaian dan penampilan PMNajib semasa bertemu Ratu Elizabeth atau Obama.

Wajah Najib juga tidak begitu ceria. Barangkali dia terlalu fikirkan PRU 13 dan ancaman team Muhyiddin. Bertambah dengan rungutan Presiden Mahmud Abbas yang marah kerana tidak melawat Tebing Barat.

Jika di lihat pakaian PM Ismail Haniyeh, tidak menjadi hal. Ini kerana itulah pakaian beliau(tanpa tali leher) semasa acara rasmi, lawatan luar negara dan upacara rasmi.

Berbanding PMNajib. Mengapakah Najib tidak berpakaian seperti semasa berjumpa Obama atau program rasmi? Biasanya Najib akan memakai tali leher dan kot yang kemas.

Adakah bagi Najib ini sekadar program santai-santai sedang pihak Palestin menyediakan satu perbarisan hormat untuknya ?

Adakah pihak Wisma Putra menganggap ini satu lawatan seperti NGO kerana takutkan kemurkaan Amerika yang menganggp HAMAS sebagai pengganas?

Untuk politik dalaman pula, Najib gunakan lawatan ini untuk menunjukkan betapa UMNO amat prihatin dengan nasib Palestin berbanding PAS. Pada hal, tangan kanan Najib bersalam dengan Palestin manakala tangan kirinya menjual sawit kepada Zionis !

Atau adakah lawatan PMNajib ini untuk selesaikan satu "skandal " besar yang melibatkan orang besar Putera UMNO yang dikatakan cuba pikul guni lebihan derma Palestin?

PRU13: Pakatan bernasib malang di Kedah?

Ahmad Lutfi Othman 
Semasa banyak pihak bercakap tentang kemungkinan besar Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya dalam PRU13, seorang veteran politik yang berpengalaman luas sejak 50 tahun lalu mengingatkan saya agar tidak terlalu "overconfident".

"Tak takut ke Lutfi?" tanyanya. "Takut apa pula?" balas saya, memang tidak dapat memahami maksud sebenar pertanyaannya.

Sebelum itu kami bersembang panjang tentang peluang, potensi dan cabaran Pakatan, khususnya PAS, berdepan dengan bermacam-macam taktik jahat Umno-BN. Jelas dia risau dengan persiapan pembangkang; baginya, masih longgar.

Kebetulan, jalur pemikirannya agak selari dengan tema yang selalu saya bangkitkan dalam tulisan, agar aktivis Pakatan lebih berhati-hati dan tidak "syok sendiri. AJK PAS Pusat, Khalid Samad semasa wacana buku "Detik Utopia" juga menyebut kekhuatiran saya terhadap kesepaduan dan kemantapan Pakatan, terutama di peringkat atas.

"Saya risau bila melihat ada rakan-rakan kita yang nampaknya bersikap terlalu yakin menang," jawab veteran politik itu. "Bagi saya, lebih elok kita menjangkakan situasi terburuk, worst scenario, dan dari situ kita merancang strategi bagi mengatasinya," tambahnya. Saya perhati ada kerutan di dahinya, petanda beliau serius dengan pandangannya.

"Benar, saya bersetuju," pintas saya. Bukankah selama ini banyak catatan saya menekankan agar pemimpin Pakatan dan aktivis oposisi tidak memandang rendah keupayaan pemimpin Umno untuk meraih kembali sokongan, khususnya melalui manipulasi 3M (media, wang dan jentera kerajaan)?

Memang banyak kaji selidik dan tinjauan di lapangan turut mengesahkan bahawa populariti BN dan Perdana Menteri Najib Razak sendiri semakin merosot, namun langkah berhati-hati dan berwaspada, serta mengurangkan seminimum mungkin kesilapan dan kesalahan -- walaupun kecil -- tidak boleh dipandang ringan.

Ini termasuk persepsi masyarakat terhadap persefahaman di antara parti-parti dalam Pakatan. Keyakinan dan kepercayaan rakyat pelbagai kaum terhadap barisan pemimpin peneraju perubahan tidak boleh disangsikan dengan beberapa "pertikaian" berterusan yang mereka saksikan melalui media.

"Malah ramai di antara kita turut meremehkan kekuatan pengaruh Utusan Malaysia dan TV3," saya cuba memancing pandangannya memandangkan beliau pernah menerajui media di bawah kawalan Umno.

"Ya, saya suka dengan istilah 'meremehkan' itu. Bahaya memandang rendah keupayaan lawan. Walaupun minda masyarakat sudah berubah, lebih progresif, serta makin ramai kelas menengah dan mudah akses dengan maklumat, tetapi masih terdapat mereka yang senang dipengaruhi, termasuk dengan hujah-hujah rasis yang tak masuk akal," tambahnya.

"Ada rakan saya, mempunyai kelulusan tinggi, profesional yang berjaya, tapi mengakui kepada saya baru-baru ini, dia akan menyokong BN dalam PRU13.

"Sdr tahu apa puncanya? Dia marah kerana kerajaan Pakatan di Pulai Pinang menindas orang Melayu. Jelas, dia termakan dengan dakyah Utusan dan TV3. Dia tidak pernah pun turun melihat sendiri keadaan di sana, dan saya rasa mungkin ramai lagi bertanggapan sepertinya." katanya sambil menjelaskan pertarungan merebut undi Melayu begitu kritikal sekali.

Dapat dikesan dengan jelas daripada intonasi suaranya bahawa veteran politik ini benar-benar mahu mengingatkan seluruh pendokong Pakatan agar segera "perketatkan apa yang longgar" dan "perkemaskan apa yang berserabut" serta tidak membiarkan salah faham masyarakat menganggu keputusan mereka semasa hari mengundi nanti.

"Bayangkan, ketika kita nampak overconfident menang Putrajaya dan menguasai banyak negeri-negeri lain, termasuk Johor dan Negeri Sembilan, tiba-tiba kita boleh kalah di Kedah," tegasnya dengan wajah serius.

Beliau menyebut Kedah kerana mengetahui saya berasal dari negeri Jelapang Padi itu. Malah veteran politik ini sendiri pernah aktif lama dalam politik di Kedah. Saya agak terkejut bagaimana dia boleh membuat kesimpulan atau jangkaan seperti itu.

(Apa pun, menurut seorang teman, bekas pemimpin belia, yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno Kedah, isu-isu yang ditimbulkan untuk menjejaskan imej kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan Abd Razak, sengaja diperbesarkan dan mudah disanggah. "Semua isu itu dapat dijawab dengan baik, cuma saya kurang jelas dengan sikap politik masyarakat Cina, adakah mereka terpengaruh dengan beberapa kontroversi, saya dengar mereka kurang puas hati," katanya).

"Ingat, kita pernah menang hanya sepenggal di Terengganu. Saya malu jika rekod itu diulangi di Kedah, ramai kenalan lama saya dari 'sebelah sana' tunggu untuk bersorak saja," katanya sambil ketawa. Meskipun gelaknya besar dan kedengaran menyenangkan sekali, tetapi saya kira beliau hanya mahu menutup rasa bimbangnya.


"Saya mahu melihat PAS menjadi parti teras dalam Pakatan dan menang besar dalam PRU13," sambungnya. "Tapi janganlah terlalu ghairah mengejar undi Melayu hinggakan sokongan sedia ada daripada bukan Melayu terlepas pula. Asas sokongan tradisi PAS mesti diperteguh, tetapi penyokong baru jangan dibiar kecewa."

"Masalahnya," kata saya, "PAS sekarang berdepan Umno selaku parti tunjang dalam BN, yang menguasai segala sumber kekuatan. Tidak mudah tugas ini. Berbeda dengan DAP yang menghadapi komponen BN paling lemah."

"Sebab itu," pintasnya cepat, "persiapan PAS mesti juga luar biasa, termasuk mengemukakan calon-calon hebat dan berwibawa, bukan sahaja "winnable candidite" tapi selepas memang nanti mampu memberikan servis terbaik dan berketrampilan semasa berbahas dan berdebat dalam sidang Dun atau Parlimen."


Segera saya teringat cadangan seorang pembentang dalam program permukiman (retreat) Jabatan Pengarang Harakah Ahad lalu: "Selalunya kita buat post-mortem selepas pilihan raya, dengan mencari punca-punca kekalahan, tapi kaedah ini tidak banyak manfaatnya sebab selepas empat atau lima tahun, situasi sudah banyak berubah.

"Lebih praktikal jika letakkan posisi kita sekarang sebagai pihak yang bakal kalah dengan mengandaikan punca kekalahan dan berusaha mengelaknya atau mencari formula penyelesaian lain."

Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli, yang turut diundang, turut mengingatkan: "Nampak dari mood dan sambutan rakyat, kita seperti boleh menang tetapi saya bimbang jika kita boleh kalah disebabkan faktor-faktor teknikal. Oleh itu, saya cukup tertarik dengan inisiatif Bersih untuk merekrut puluhan ribu pemantau PRU13. Dalam waktu singkat, berupayakah kita menyediakan pemantau terlatih itu, dalam jumlah yang cukup besar?"