"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

EKSKLUSIF: ‘BN abai keselamatan mangsa banjir dorong saya tinggalkan Umno’

Nazli Ibrahim
SHAH ALAM: Kesengsaraan meredah banjir ketika isteri demam panas tanpa bantuan mana-mana agensi kerajaan, antara punca seorang warga emas menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dengan kudrat tahap usia 60 tahun, Rashid Daud terpaksa mengharungi banjir hampir paras pinggang sejauh 200 meter bersama isterinya, kemudian terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer.

Sekalipun mengidap penyakit gout dan darah tinggi manakala isterinya pula kebetulan demam panas, mereka tiada pilihan selain meneruskan perjalanan bagi menyelamatkan nyawa dari ancaman banjir.

Dalam hujan lebat pula, beliau yang sebelum ini menetap di Kampung Tanah Putih, Kuantan, terpaksa meminta belas pengguna jalan raya untuk menumpang ke pusat pemindahan banjir di sebuah sekolah berhampiran.

Belumpun hilang penat meredah rintangan, kesengsaraan mereka belum berakhir berikutan pusat pemindahan tidak menyediakan makanan dan keperluan asas secukupnya.

“Bila sudah sampai tempat selamat, makanan dan keperluan asas pula tak cukup, kalau tunggu terpaksalah berlapar,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Selain mereka, katanya, seorang penduduk kampung sama yang lumpuh juga tidak mendapat bantuan dari agensi kerajaan untuk berpindah ke tempat selamat.

“Nasib baik ada penduduk yang mempunyai bot membantu memindahkan pesakit ‘stroke’ itu ke tempat selamat,” katanya.

Rashid kesal kerana kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan Pahang tidak peduli akan derita penduduk hingga mendorong beliau bersama hampir 100 penduduk meninggalkan Umno.

“Keputusan ini diambil kerana kecewa dengan kerajaan BN yang tidak pedulikan keselamatan kami.

“Sedangkan kami lihat, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bukan sahaja cuba usulkan isytihar darurat di Kuantan, malah dengan sumber terhad menolong apa yang termampu,” katanya.

Beliau kecewa kerana tiada operasi menyelamat dilakukan agensi kerajaan sama ada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA), polis atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walaupun memiliki kelengkapan mencukupi.

“Tiada satu pun bantuan menyelamat dari agensi kerajaan sedangkan mereka mempunyai bot, trak dan sebagainya yang lengkap tetapi tidak digerakkan,” katanya.

Sebelum ini, usul ‘kecemasan’ supaya Kuantan diisytihar sebagai kawasan darurat ditolak Speaker Dewan Rakyat dari BN untuk dibahas dengan alasan permohonan itu memerlukan notis dua hari.

Tanda-Tanda Ada Gangguan JIN Dalam Rumah

Tranungkite

Masakan selalu dan cepat basi (rosak). Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

Selain itu, ini juga 13 tanda-tanda lain terdapatnya gangguan jin di dalam rumah:

1.Anda selalu rasa tak tenteram bila berada dalam rumah...dan anda sendiri tak tahu apa sebabnya...

2.Bagi orang yang lemah semangat... ia merasa takut berseorangan dalam rumah... tanpa sebab yang munasabah...

3.Selalu terjadi pertengkaran... pergaduhan... atau perasaan benci membenci dalam kalangan serumah...... perkara kecil pun boleh membawa kepada pertengkaran besar... malah mungkin juga dendam kesumat...

4.Selalu ada orang sakit dalam rumah... samada orang yang sama atau berganti-ganti... samada orang tua... dewasa... atau kanak-kanak...... dan penyakitnya ada gejala yang boleh mengaitkan ia dengan gangguan jin...

5.Rumah itu cepat 'berhantu' jika ditinggalkan kosong ... iaitu mungkin ada bunyi-bunyi ganjil atau kegiatan seperti ada manusia di dalam rumah itu... malah mungkin suara memanggil orang yang lalu di depan rumah...... atau jelmaan-jelmaan jin samada secara jelas... atau bayang serta kelibat-kelibat makhluk aneh...... atau mungkin orang yang melintas akan nampak 'seseorang' yang berdiri di jendela... dan sebagainya...

6.Malah jika lebih berat... semasa didiami manusia pun... berbagai perkara ganjil berlaku... seperti suara berbisik... berbual-bual... atau berbagai bunyi asing seperti bunyi pintu terbuka... tertutup... bunyi orang melangkah dan sebagainya terutamanya diwaktu malam...

7.Ada pada bahagian tertentu dalam rumah itu di mana anda merasa panas... terhidu bau busuk atau bau aneh... merasa seram tanpa sebab... malah kadang-kadang sakit atau merasa serangan benda halus ketika anda melintas... atau berada pada tempat berkenaan...... ia sangat jelas jika dalam rumah itu ada tempat khas seperti bilik contohnya... yang menjadi tempat pemujaan jin... walau apa pun tujuannya...... atau menjadi tempat simpanan sesuatu benda sihir iaitu apa saja benda yang didampingi atau dijaga jin... contohnya tangkal... senjata lama... batu... kayu... cincin dan sebagainya...

...kadang-kadang bilik yang berkunci tiada orang... tiba-tiba kelihatan terang benderang dari luar seolah-olah lampu dipasang dan ada bunyi atau suara ganjil...

8.Ada kanak-kanak yang selalu kencing malam... walaupun berbagai ikhtiar dibuat untuk mencegah nya... suka berbuat nakal dan selalu mimpi aneh atau mengigau... dan sebagainya...

9.Anda sukar tidur diwaktu malam... rasa resah gelisah tanpa sebab... atau selalu terjaga diwaktu malam...... atau ada juga orang yang merasa ramai 'orang' dalam bilik menumpang dan menemaninya tidur...

10.Kalau orang luar yang berdamping atau didampingi jin masuk ke dalam rumah... ia mungkin merasa pening... gelisah... takut... malah ada juga yang jatuh sakit tiba-tiba...... atau pitam... atau rasa diserang sesuatu yang tidak kelihatan...

11.Isi rumah merasa sukar mengerjakan ketaatan... terutamanya mengerjakan solat...

12.Timbul berbagai masalah antara suami isteri... seperti selalu bertengkar... cemburu buta... atau yang sering terjadi... marah tak tentu pasal pada pasangan...

13.Selalu ada kelibat bayang hitam melintas pada pandangan ekor mata... atau mungkin juga jelmaan-jelmaan aneh..
sumber: facebook, http://carigold.com

Bersedialah rakyat ikat perut, selagi umno memerintah

SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Nampaknya saya dan keluarga kenalah ikat perut. Hal ini kerana harga barangan keperluan harian semakin hari semakin membimbangkan melambung naik. Bayangkan harga ikan kembung, selar dan berjenis ikan lain yang manusia boleh makan sudah naik harganya hingga mencecah RM20 sekilogram dan udang yang kecil saja saiznya dahulunya RM10 sekilogram kini sudah RM28 sekilogram.

Adakah kita akan menghadapi inflasi atau mata wang kita sudah susut nilainya ataupun keadaan terpaksa kerana fenomena di seluruh dunia menghadapi ancaman dan turut terlibat menghadapi situasi sebegini? Ataupun adakah negara kita saja berhadapan dengan masalah kerana tidak bijak menanganinya.

Apa akan jadi nilai RM100 pada tahun 2020 nanti? Adakah dengan nilai sebegitu pada masa itu hanya mampu beli sekilo udang atau sotong? Atau dengan nilai wang kertas RM100 hanya boleh bertahan makan nasi lemak di sebelah pagi dan untuk makan tengah hari sahaja tetapi untuk makan malam sudah tidak mampu lagi?

Inilah yang merisaukan kita kalau tidak berhati-hati menangani secara bijak untuk mengatasi segala masalah yang kita hadapi sekarang ini. Perlukah dalam keadaan sebegini harga tarif eletrik, harga minyak dan bahan api yang lain serta harga tol hendak kita naikkan lagi dalam keadaan tergesa-gesa dan agak serentak itu?

Diharap ia dapat ditangguhkan sehingga rakyat bersedia dan pendapatan rakyat lebih terjamin lagi. Kalau sekiranya kita mampu berikan gaji sekurang-kurangnya sekali ganda apa yang pekerja dapat dinegara ini ketika ini silakan kerana ia bolehlah dikatakan seimbang tetapi kalau sebaliknya risiko untuk ikat perut sampai terjerut itu berpotensi sangatlah.