"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Model Playboy: Jilbab Membebaskan Saya
"Saya merasakan perlindungan, kebahagiaan, dan keselamatan semasa memakai tudung," kata Yeap, seorang model asal Malaysia, seperti dikutip dari onislam.net, Sabtu (14/12).
Yeap bukan seorang Muslimah. Setelah mengambil kerjaya modeling sejak 2011, ia biasa tampil dengan pose mencabar di majalah Playboy Filipina . Selama dua tahun itu pula, hatinya kerap meratap lantaran merasa tubuhnya hanya dijadikan pemuas mata lelaki hidung belang.
Sekarang, dia merasa aman, bahagia, dan dilindungi setiap kali memakai tudung. Islam sendiri sesungguhnya melihat tudung sebagai sebahagian dari kewajiban berpakaian layak bagi para wanita, bukan simbol agama yang menampilkan sekutu seseorang .
Malangnya, status perempuan dalam Islam sering menjadi sasaran serangan di media sekular. Banyak di antara mereka yang menuding busana Muslimah sebagai contoh rendahnya kedudukan perempuan di bawah syariat Islam. Akan tetapi, fakta berkata lain. Sejak 1400 tahun yang lalu, agama ini telah mengakui hak-hak perempuan dengan cara memberikan mereka penghormatan dan perlindungan secara maksimum.
Walaupun sejauh ini Yeap belum lagi memeluk agama Islam, namun ia sudah mulai melepaskan diri dari pekerjaan yang biasa menyerlahkan kemolekan tubuhnya sebagai sasaran kamera. "Saya bercadang mengurangkan pose-pose semacam itu dan cuba sekuat mungkin untuk mengelakkan ia. Sekarang saya hanya mengabulkan sekitar 30 peratus daripada permintaan (modeling) yang saya dapatkan," katanya.
Adakah ini bakal suami Linda Onn?
Adakah ini bakal suami Linda Onn?
SECARA eksklusif, Media Hiburan Online berkongsi wajah yang dikhabarkan sebagai bakal suami kepada penyampai radio terkenal, Linda Onn.
Menurut sumber, bakal suami Linda adalah berketurunan kerabat bernama Ungku Azhar, berusia dalam lingkungan 40an.
MH telah cuba menghubungi Linda Onn untuk mengesahkan perkara ini tetapi gagal.
Namun, menerusi laporan dalam sebuah akhbar, Linda mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini dan akan mengadakan majlis secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Sebelum ini, Linda juga dipercayai telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru.
Langgan:
Catatan (Atom)