"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kesihan Ibrahim Ali kena londeh oleh Isa Samad

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Isa Samad tidak yakin dengan kemampuan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, yang berhasrat untuk menggantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.

Katanya, tanggungjawab menjaga kepentingan Melayu yang digalas Umno selama ini bukan tugas yang mudah.

Malahan, PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan Umno selama ini, katanya.

"Ini cuma satu pandangan yang terlalu emosional. Nak ambil alih Umno bukan satu perkara yang mudah.

"Dia pun nasib dia, kita yang bela dan mereka banyak terima nikmat dari kita. Macam mana mereka nak ganti kita?," soalnya.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya pada sidang agung tahunan keempat pertubuhan itu semalam menawarkan untuk mengganti Umno dalam membela nasib orang Melayu.

Dalam ucapan yang sama Ibrahim turut menyatakan yang pertubuhan itu akan mengukur prestasi perdana menteri dan jemaah menteri dalam membela nasib orang Melayu dengan menetapkan beberapa penanda aras prestasi utama (KPI) bagi tujuan itu.

Mengulas perkara ini, Isa berkara sebarang KPI yang mahu dibuat oleh PERKASA perlulah dilakukan dengan teliti dan mengambil kira situasi ekonomi semasa dan sebarang peristiwa di luar jangkaan.

Tegasnya, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menggagaskan Wawasan 2020 menetapkan sasaran pertumbuhan Malaysia sebanyak enam ke tujuh peratus pada tahun 2020.

Namun katanya, Dr Mahathir sendiri tidak menjangka krisis ekonomi tahun 1997 akan melanda negara.

"Jadi yang hendak beri kita KPI kena faham perkara ini dahulu. Kita pun boleh beri KPI pada dia.

"Jadi nak beri KPI ini dia kena ada jawatankuasa dahulu untuk menelitinya. Jangan dalam ucapan dia tiba-tiba sahaja beri KPI pada kita," katanya.

Seorang guru jadi mangsa seksual anak sendiri

KOTA BHARU: Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun.

Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu.

Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri.

“Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek,” katanya kepada pemberita, semalam.

Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya.

“Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.

“Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian,” katanya.

Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Isteri2, jangan la buat macam ni....

mimpi-senja
Secara luarannya, saya kelihatan seperti lelaki dan suami lain. Kecuali isteri, orang lain tidak menyedari saya menderita hampir lapan bulan apabila ‘kelelakian’ saya langsung tidak berfungsi. Ini menyebabkan saya hilang keyakinan diri dan malu terhadap isteri tanpa menyedari ia sebenarnya berpunca daripada perbuatannya mengunci naf­su saya.

Semuanya berpunca daripada sikap cemburu buta Iza. Dia tidak mempercayai kesetiaan saya yang kerap terbang ke luar negara kerana bertugas sebagai pramugara sebuah syarikat penerbangan terkemuka.

Saya langsung tidak menyangka Iza tergamak meminta bantuan bomoh untuk menundukkan saya. Akibatnya saya langsung tiada perasaan terhadap wanita lain walaupun digoda kerana nafsu saya sudah dikunci sejak awal tahun ini.

Akibat perbuatannya yang tidak berfikir panjang, saya hilang sifat kelelakian termasuk ketika mahu ‘bersama’ dengannya walaupun sebelum itu saya lelaki normal.

Lebih menyeksakan, saya turut mengalami masalah lain seperti susah untuk membuang air kecil dan kadangkala me­ngalami sakit di kemaluan. Kesakitan itu lebih terasa pada waktu malam terutama ketika berada di luar negara.Perubahan mendadak itu menyebabkan saya sering tertanya-tanya apa kesalahan yang sudah dilakukan sehingga saya bagaikan bangkai bernyawa kerana langsung tidak mempunyai nafsu terhadap wanita.

Sejujurnya saya bukan jenis lelaki yang suka ‘makan luar’ walaupun sudah pasti kadangkala agak ghairah melihat wanita cantik berpakaian seksi.

Pada awal perubahan itu, saya hanya hilang ghairah terhadap wanita lain tetapi normal pada isteri. Bagaimanapun, dua minggu selepas itu saya turut tiada nafsu terhadap Iza menyebabkan saya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Saya cuba menyembunyikan masalah ini daripadanya kerana bimbang ia akan meretakkan rumah tangga kami.

Apabila diajak Iza untuk bersama, saya cuba mengelak dengan memberi alasan letih kerana menempuh perjalanan jauh dengan kapal terbang.

Pada waktu itu saya langsung tidak me­nyangka masalah itu berpunca daripada ‘buatan orang’ sebaliknya menganggap ia sebagai ketentuan Allah. Malah saya langsung tidak menceritakan masalah itu kepada Iza dan rakan-rakan kerana terlalu malu.

Bagaimanapun, akibat tidak tahan dengan penderitaan ditanggung selain rasa bersalah kerana mengabaikan nafkah batin terhadap isteri, saya akhirnya nekad berbincang masalah itu dengan Iza.

Pada awal perbincangan dengan Iza, saya dapat melihat perubah­an pada wajahnya yang kelihatan takut. Mungkin dia rasa bersalah kerana melakukan perbuatan itu terhadap saya.

Bagaimanapun, saya masih tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah pada beberapa malam kemudian, Iza mengajak saya berjumpa pengamal perubatan Islam bagi merawat masalah itu.

Pada awalnya saya menolak kerana menyang­ka masalah itu berpunca daripada saya sendiri dan mahu mendapatkan rawatan daripada pakar sakit tuan terlebih dulu tetapi Iza tetap beria-ia mengajak saya berjumpa pengamal perubatan Islam.

Melihat saya masih ragu-ragu, dia tiba-tiba menangis teresak-esak sebelum menceritakan perbuatannya menggunakan bomoh untuk mengunci nafsu kelelaki­an saya.

Sudah pasti saya terkejut mendengar pe­ngakuannya selain sedih dengan tindakannya yang tidak mempercayai suami sendiri hingga tergamak melakukan perbuatan menyalahi syariat Islam.

Ketika ditanya kenapa dia sanggup melakukan perbuatan itu, Iza mendakwa terlalu sayangkan saya dan bimbang saya melakukan hubungan terlarang dengan wanita lain kerana kami sering berjauhan.

Saya akui pada mulanya gagal mengawal perasaan tetapi selepas berfikir panjang, saya memaafkannya dan kini masih menjalani rawatan secara Islam untuk memulihkan masalah ini” - myMetro