"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peragut Teruk Dibelasah Kerana Menikam Muka Mangsa (video)

Patutlah orang ramai marah dan memukul peragut semalam kerana peragut berkenaan telah menikam mangsa ragutnya seorang perempuan di muka. Video sambungan daripada kes semalam telah membuktikan kemarahan orang ramai terhadap peragut berkenaan.
Walau bagaimanapun dalam memukul peragut emosi kena kawal kerana apa pun ia tetap salah. 
-tranungkite-

Hangat!!! Diplomat Malaysia di New Zealand terlibat dengan kes rogol

Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.
Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika diminta mengesahkannya,
memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa sidang akhbar mengenainya akan diadakan esok.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak.
-malaysiakini-

Kera baca surah Yasin di Masjid Gadong, Rembau?

rozmal
Ramadhan pertama 1435 H, Alhamdulillah disamping dapat ziarah pusara abah, dapat melawat makcik sebelah emak di Gadong dan makcik sebelah abah di Tanjong. Sempat juga solat jemaah Asar di Masjid Kariah Kg Gadong.
Bila nak solat, imam ialah yang tukang azan, makmum saya, dan ada seorang anak kecil lelaki yang masih tadika rasanya, anak tukang azan. Selesai azan saya tanya tukang azan, dia Imam, Bilal atau Siak ke. Dia kata dia ahli kariah saja.

Di veranda masjid kelihatan bungkusan surah Yasin telah dibuka dan beberapa surah bersepah sedikit, tetapi tidak koyak, masih elok.

Ahli kariah masjid tadi kata, ini kerja kera-kera yang ada di kampung tersebut.
Kerusi pun sedikit tidak tersusun dengan beberapa putik rambutan, mungkin angkara kera.

Apakah senario yang sama juga berlaku di masjid-masjid lain di Rembau dan kampung-kampung lain di Negeri Sembilan?

Apabila manusia, orang Melayu, orang Islam tidak mahu lagi berjemaah di masjid di bulan Ramadhan ini, ALLAH kirimkan kera-kera sebagai peringatan.

Sebelum buka puasa ini, marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh masjid di Negeri Sembilan ini makmur dengan solat jemaah pada setiap waktu dan makmur dengan majlis ilmu.

Alhamdulillah, insyaAllah selepas ini berbuka puasa dengan emak pula.
Selamat Berbuka Puasa