"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penasihat MAS  belanja lebih RM300,000, bersukaria di Melbourne? Tak kisah pun tragedi MH17 dan MH370

Walaupun hampir semua rakyat Malaysia menyambut Hari Raya tahun ini dengan cara sederhana berikutan tumpang bersedih dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan kerajaan juga membatalkan banyak majlis rumah terbuka sebagai tanda turut bersimpati, tetapi Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan penasihat MAS seolah-olah tidak terkesan apa-apa dengannya.

Beliau yang juga bekas perdana menteri bersama isterinya, Tun Jeanne Abdullah, anak menantu, anak tiri serta kaum keluarga terdekatnya pun berlepas ke Melbourne untuk bercuti dan menyambut Hari Raya di sana.

Beliau yang dipercayai berada di Melbourne selama lebih seminggu itu nampaknya tidak bersedia menangguh atau membatalkan percutiannya di ketika seluruh rakyat Malaysia dan dunia seolah-olah sedang berkabung ketika ini.

Meskipun jawatannya di syarikat penerbangan milik kerajaan itu tidak mempunyai apa kuasa eksekutif, tetapi sebagai penasihat apatah lagi sebagai bekas perdana menteri yang terkenal dengan imej Islam dan popular dengan gelaran "Mr Clean", Pak Lah sekurang-kurangnya wajar menunjukkan sedikit rasa simpati dan prihatinnya kepada keluarga mangsa MH17 ketika ini.

Lebih lagi ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan rasa prihatin yang boleh dipuji dengan membatalkan jamuan rumah terbukanya dan diikuti oleh kerajaan negeri yang membuat keputusan yang sama, tindakan Pak Lah meneruskan percutian dan sambutan Hari Rayanya di luar negara seperti beliau sudah terasing daripada rasa kekitaan dan kebersamaan dengan keputusan kerajaan.

Sudahlah tidak melawat dan mengunjungi keluarga mangsa untuk mengucapkan takziah, tindakannya meneruskan percutian dan berhari raya di luar negara ini juga langsung tidak kena dengan masanya.

Atas tragedi yang menimpa MH17 ini, Najib bukan saja membatalkan sambutan rumah terbukanya dan meminta semua rakyat Malaysia menyambut Hari Raya tahun ini dengan cara paling sederhana, bahkan beliau juga difahamkan menangguhkan semua percutiannya pada tahun ini sehingga semua isu mengenai mangsa dan keluarga mereka dapat dibereskan dengan sebaik-baiknya.

Lebih memilukan lagi ialah percutian Pak Lah dan keluarganya ini yang dianggarkan menelan belanja lebih RM300,000, termasuk kononnya mengadakan jamuan Hari Raya dengan rakyat Malaysia di Melbourne, adalah ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Dalam masa yang sama, ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga merupakan menantu Pak Lah yang kini sedang menghadiri Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, dipercayai akan turut terbang ke Melbourne untuk bersama-sama menyambut Hari Raya bersama ahli keluarga mertuanya itu.

Dalam hal ini, Khairy seolah-olah terheret sama bercuti dan bergembira di luar negara serta dilihat berbeza dengan pendirian yang diambil oleh Najib dan lain-lain anggota kabinet.

Tindakan Pak Lah tidak menunjukkan keprihatinan dalam tragedi malang yang menimpa negara bukanlah kali pertama sebenarnya.

Ketika isu kehilangan pesawat MH370 sedang diperkatakan empat bulan lalu, sebagaimana yang didedahkan oleh portal Free Malaysia Today, Pak Lah juga didapati bercuti bersama ahli keluarganya di Sepanyol sambil bersiar-siar di lautan negara itu dengan sebuah kapal mewah yang disewa khas.

Ketika itu, ramai yang mempertikaikan tindakan Pak Lah itu dan menunjukkan beliau seolah-olah tidak turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa negara dan MAS yang mana beliau menjadi penasihatnya.

Tetapi dengan terus menunjukkan sikap yang yang serupa ketika berlakunya tragedi MH17 yang lebih dahsyat dan menyanyat hati, bahkan keluarga mangsa di negara ini dan di seluruh dunia ketika ini sedang berendam air mata menunggu ketibaan jasad mangsa yang tidak lagi sempurna atau mungkin hanya cebisan-cebisannya saja yang tiba, percutian dan bersukarianya beliau di luar negara ini tentunya menambahkan duka yang ada.

Apakah sebagai penasihat MAS dan bekas perdana menteri, tidak tercuit sedikit pun hati kecilnya atas petaka yang bertimpa-timpa ini? – shahbudindotcom.blogspot.com, 27 Julai, 2014.

Inilah yang terjadi apabila kanak2 berumur 3 tahun cuba memandu kenderaan

DUA anggota bomba memeriksa kerosakan pada dinding sebuah rumah yang dilanggar sebuah jip yang dipandu oleh seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Myrtle Creek, Oregon.
MYRTLE CREEK, Oregon: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan memandu sebuah jip sebelum melanggar dinding rumah dan kemudian bergegas masuk ke rumahnya untuk menonton rancangan kartun di televisyen.

Pihak polis berkata, kanak-kanak itu yang cuma memakai lampin dilihat memanjat jip berkenaan dan menekan gear kenderaan tersebut.

Beberapa saksi berkata, jip itu meluncur ke jalan raya melalui satu persimpangan.

Kenderaan itu kemudian merempuh sebuah rumah menyebabkan rumah berkenaan mengalami kerosakan kecil.

Sebuah stesen televisyen, KPTV berkata, seorang pegawai yang melakukan siasatan menemui kanak-kanak itu berada di atas kerusi panjang sambil menonton televisyen.

Pegawai itu berkata, kedua ibu bapanya tidak berada di rumah ketika kejadian, manakala saudara-mara yang lain sedang tidur.

Polis kemudian membuat satu laporan ke atas seorang lelaki, Brennan Pennington yang berusia 22 tahun kerana gagal menyelia seorang kanak-kanak. - AP/kosmo-

Apabila Besi Terbang bawa tong arak.......

tokpepijat

Puluhan tahun MAS terbang di serata dunia sejak tahun 50an hingga kini. Bahkan "besi terbang" ini lebih dahulu terbang berbanding Musabaqah Tilawah Al Quran dianjurkan selepas merdeka.

MAS terus terbang ke seluruh destinasi serata dunia. Pernah dinobatkan sebagai antara syarikat penerbangan terbaik dunia.

Semasa MAS berada di tampuk kegemilangan tiada suara terbanyak mempersoalkan tentang MAS membawa kru "telanjang dan arak". Kalau adapun segelintir sahaja seperti PAS danKesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam).

Tiada diketahui sejak bila Nufam bersuara untuk menyeru MAS membenarkan kru memakai pakaian sempurna Islam.

Malangnya semua teguran dan nasihat dibakul sampahkan. Sedihnya, kerana MAS banyak dikemudikan oleh orang Islam.

MAS mula merundum sejak zaman Mahathir. Kerugian demi kerugian ditanggung. Skandal demi skandal terpalit.

MAS tetap bawa krunya yang "telanjang" sambil tuang arak kepada penumpang. Lucunya, MAS bersih dari kru "telanjang dan arak" hanya untuk destinasi ke Mekah!

Alhamdulillah mutakhir ini ada kru MAS yang mula ada kesedaran agama sanggup letak jawatan kerana mula sedar kejahilan mereka. Bagi mereka bumi ini luas untuk mencari rezeki yang halal lagi berkat tanpa "telanjang" dan tuang arak. Syabas diucapkan.

Semua agensi kerajaan telahpun membenarkan kakitangannya berpakaian ikut Islam. Yang terakhir PDRM dan jururawat Hospital.

MAS tetap bebal walaupun diterajui oleh orang Islam dan Menteri Islam.

Akhirnya sejak tragedi MH370 hilang, Hishamudin Hussien pemangku Menteri Pengangkutan memberi jawapan kepada Parlimen iaitu kerajaan membenarkan kru MAS "tidak telanjang" lagi di udara. Tetapi jawapannya tentang arak amat mendukacitakan. Kerajaan benarkan kerana meraikan penumpang bukan Islam!

Satu jawapan yang memalukan bagi Menteri Islam di negara Islam seperti Malaysia. Bukankah kerajaan mempunyai kuasa tentang hal ini. Mengapa begitu meraikan penumpang?

Berapa juta RM MAS kerugian jika terbang tanpa hidangan arak? Sedangkan dengan bertong-tong arak pun dalam pesawat, MAS mengalami kerugian dan di ambang bangkrap!

Sejak tragedi MH 370 dan terkini MH17, isu "telanjang dan arak" kembali bergema dengan lebih kuat lagi. Semua orang mula melihat keberkatan.

Malangnya PM dan Menterinya masih "bebal dan jahil" tentang hal ini. Suara mufti, Menteri Agama tiada kelihatan.

Barangkali Pak Menteri kabinet PMNajib tidak mahu serius sangat tentang "telanjang dan arak" ini kerana terkena atas batang hidung mereka sendiri!

Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus !

Semoga Ramadhan ini membawa MAS mula membawa perubahan. Tanpa arak dan semua kru Islam (pramugari) yang berpakaian Islam. Berubahnya MAS bukan kerana tragedi MH370 dan MH 17 tetapi keinsafan dan kesedaran.

Kita semua sayangkan MAS.