"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mariah Carey tayang punggung di Malaysia?

DIVA Pop antarabangsa, Mariah Carey tayang punggung ketika beraksi dalam konsert 'The Elusive Chanteuse Show" Tour in Malaysia 2014'? Biar betul!?

Bintang barat itu dikatakan menarik perhatian penonton membuat beberapa ‘pose’ atau aksi nakal yang mendedahkan punggungnya kepada peminat.

Dengan hanya mengenakan jaket hitam pendek paras punggung, aksi-aksinya dikatakan menggamatkan lagi kehangatan konsert yang berlangsung di Dataran Merdeka malam semalam.

Setiap kali bintang ini membuat aksi tersebut, stadium dikatakan gegak gempita dengan sorakan peminatnya.

Konsert Carey dilapor bermula pada jam 9.15 malam semalam.

Bagi membuka tirai persembahan, Carey memilih untuk mendendangkan singlenya yang bertajuk ‘'Fantasy', 'Touch My Body' dan 'Shake It Off'.

Namun kehangatan konsert terhenti dan bertukar suasana panik akibat kebakaran kecil di pentas stadium.

Menurut sumber, kebakaran tersebut terjadi ekoran percikan bunga api yang menyambar bahagian bawah tirai yang melatari pentas.

Kebakaran tersebut disedari oleh kru dan segera dipadamkan sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Menurut laporan, insiden tersebut berlaku sebaik Mariah Carey menamatkan alunan single ‘Hero’.

"Oh, ada kebakaran rupanya di situ? (sambil menunjukkan ke arah tirai yang terbakar itu)".

"Ini berereti konsert saya pada malam ini bukan saja diterangi cahaya gemerlapan (spotlight, percikan bunga api), hujan tapi... juga ada kebakaran. Tak mengapa..., apa pun yang berlaku persembahan harus diteruskan juga", katanya dengan tenang.
-sinarharian-

Muhdalena, wanita amuk di Putrajaya lari dari hospital

JOHOR BAHARU: Muhdalena Ahmad, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas, melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pada Khamis.
Muhdalena, 30, yang dimasukkan ke HSA pada Ahad lepas kerana bersalin, didapati hilang pada kira-kira 9 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan dalam kenyataan di sini berkata polis giat mencari Muhdalena, yang merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi.

Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.
Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.

Hasnan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis di talian 07-2212999. 
-Bernama-

Anjing dipakai serban, jubah cubaan hina ulama

Datuk Mohamad Tamyes Abdul WahidKUALA NERUS: Perbuatan memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.
Beliau berkata, gambar anjing berserban serta berjubah kini disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama para ulama di negara ini.

"Para ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

"Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati para ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa' Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini.

Mohamad Tamyes berkata, umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.

"Tetapi kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing," katanya. 
-Bernama-