"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN pada November depan - Khir Toyo

Abdul Khalid akan 'let go' DUN Pelabuhan Klang - Dr KhirKUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor November depan.
Katanya, Abdul Khalid yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu dilihat akan menggunakan strategi 'ponteng' sidang berkenaan dan jawatannya sebagai ADUN akan tergugur secara automatik.

"Dia (Abdul Khalid) tidak akan datang untuk lebih dua kali pada sidang depan. Dia akan 'let go' Pelabuhan Klang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Khir mengulas mengenai situasi Selangor kini selepas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 23 September lepas

Abdul Khalid dipecat kerana mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan selain ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Ia termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Exco dan ADUN Selangor.

Abdul Khalid sebelum ini pernah menimbulkan persoalan mengenai kedudukan sebagai ADUN Pelabuhan Klang yang akan diputuskannya pada sidang DUN Selangor, November ini.

Bagaimanapun, Abdul Khalid memberitahu dia akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai Anggota Parlimen Bandar Tun Razak walaupun tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Dr Khir merupakan Menteri Besar Selangor yang ke-13 sebelum diganti Abdul Khalid pada 13 Mac 2008.

Jawatan Abdul Khalid kemudiannya digantikan Azmin.

Ketika ditanya prestasi Azmin selepas hampir sebulan memerintah Selangor, Dr Khir menjelaskan;

"Masih belum nampak apa-apa dan belum boleh komen apa-apa. Dia masih baru dan belum buat sebarang keputusan besar."

Dalam pada itu, Dr Khir menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri masih belum berbuat apa-apa selepas isu pertukaran menteri besar.

Katanya, UMNO dan BN juga disifatkan masih senyap dan belum menampakkan 'taring' untuk menawan semula negeri itu.

"UMNO pun senyap, semua macam main sorok-sorok, semua buat hal masing-masing," jelasnya.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar menuduh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'gila kuasa' dan tidak memahami Perlembagaan Negeri dalam menentukan kedudukan menteri besar negeri itu.
-Astro-

28 Oktober ini siapa yang bakal sangkut, Haji Hadi atau Anwar

Adam Abu Bakar
Hadi Awang Anwar IbrahimPETALING JAYA: Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan tidak timbul isu diantara menyebelahi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 28 Oktober ini.
Anwar dan Hadi akan dihadapkan ke mahkamah pada tarikh yang sama namun tempat yang berbeza.

Menurutnya, kronologi kes di antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Presiden PAS adalah sangat berbeza.

“Kes Anwar ini sudah berlangsung selama bertahun-tahun, melibatkan isu-isu tentang keadilan, isu kehakiman dan juga isu pendakwaan yang terpilih.

“Maknanya tabiat kes Anwar ini cukup berliku dan ini berbeza dengan tabiat dan kes Presiden PAS,” katanya ketika dihubungi FMT.

Jelasnya, motif hukuman juga tidak sama.

“Anwar sudah sampai ke tahap rayuan yang merupakan jalan terakhir.

“Manakala Presiden saya, dia diminta hadir ke mahkamah mengenai pertuduhan yang dikatakan fitnah terhadapnya,” ujar beliau lagi.

Walaubagaimanapun, Mujahid tidak menafikan bahawa Anwar dan Hadi merupakan pemimpin besar di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mujahid turut membayangkan bahawa kemungkinan pemimpin PAS dari Pantai Timur akan turun ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu manakala pemimpin lain akan berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan di Parlimen dan juga memberi sokongan kepada Anwar.

Namun demikian Mujahid tidak menyatakan sama ada beliau akan menghadiri kes Anwar ataupun Hadi.

“Saya belum buat apa-apa keputusan. Implikasi di Kuala Lumpur dan di Terengganu juga berbeza. Kita kena faham.

“Saya berasakan saya kalau dapat hadiri di kedua-dua tempat adalah lebih baik. Tetapi apakan daya saya tidak boleh berada di dua tempat yang sama,” ujar beliau.

Pada 28 Oktober ini, Hadi akan menghadiri perbicaraan kes saman fitnah oleh calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada jam 9 pagi. Manakala Anwar akan menghadiri Mahkamah Tinggi Putrajaya bagi tuduhan liwatnya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyatakan beliau akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bagi mengiringi kes Presiden PAS pada tarikh tersebut. Manakala, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula menyatakan bahawa beliau akan hadir ke Putrajaya bagi memberi sokongan kepada keluarga Anwar Ibrahim.
-FMT-

TMJ - Khaleeda Selamat Diijab Kabul Pagi Tadi


JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabul dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, di Istana Bukit Serene dalam satu majlis tertutup di sini, Jumaat.

Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan permaisuri Raja Zarith Sofiah bersama-sama anakanda baginda turut hadir.

Selepas majlis itu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith dilihat meninggalkan kawasan istana sekitar pukul 11.45 pagi.

Lebih kurang 15 minit kemudian, Tunku Ismail, 30, dan Che Puan Khaleeda meninggalkan istana.

Mereka melambaikan tangan kepada wartawan yang menunggu di luar pintu gerbang istana.

Sebelum itu, pengantin lelaki tiba di pintu gerbang istana pada pukul 10 pagi menaiki kereta Rolls-Royce Phantom bersama polis pengiring.

Pemimpin negeri termasuk anggota exco Johor dan tetamu jemputan tiba di Istana Bukit Serene sekitar pukul 8 pagi.
-mstar-