"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lepas ini buat program "Lets Race a Dog"

Tranungkite
Ini satu lagi budaya di Arab yang kalau kita lihat pada gambar kita rasa rimas. Pakaian tu pakaian harian mereka. Tapi kalau di Malaysia yang pakai macam tu di kata "ORANG MASJID" atau orang surau.

Islam dirobek sedikit demi sedikit.... kita harus sedar dan menginsafi diri kita.

Sentuh Anjing Ulama Berbunyi... TAPI Adegan Berpeluk Dlm Lakonan Mereka Membisu

Iqbal
Inilah dia melayu. Orang dah ke bulan, kebintang. Buat roket dan macam2 hasil ciptaan canggih, melayu sibuk bergasak tentang perkara remeh temeh. Masyarakat diajak mengikuti pertelingkahan pendapat. Sedangkan Islam adalah agama yang meraikan pendapat, TETAPI di malaysia tidak begitu.

Sebenarnya ada masalah dan perkara yanfg lebih besar yang perlu disedarkan kepada umat Islam melayu.

Apa yang cuba dipropogandakan ialah kononnya masyarakat Islam di Malaysia (melayu) adalah masyarakt yang SANGAT ISLAMIK.

Pokok pangkal isu sentuh anjing ialah "isu HARAM". Maknanya mereka yang riuh dan marah2 dengan program sentuh anjing cuba menunjukkan kepada masyarakat non Muslim di Malaysia (khususnya) dan diantarabangsa (amnya) bahwa orang Islam melayu TIDAK BUAT PERKARA2 YANG HARAM DALAM KEHIDUPAN. Betulkah begitu?

Apakah kumpulan + ulama2 yang tumpang semangkuk menjadikan isu sentuh anjing riuh menyangka masyarakat bukan Islam tidak tahu langsung tentang larangan2 (hukum-hakam) dalam Islam?

Program sentuh anjing itu hanya sekali saja berlangsung. Baik lah kitas akui hanya haram dalam dalam mazhab Shafie .

Bagaimana pula perkara yang haram yang hari-hari dilakukan oleh orang melayu di malaysia ? Dilakukan terang-terang oleh orang MELAYU Islam.

Sebagai contoh dalam lakonan. Lihat saja pelakon bukan muhrim berpegang tangan....berpeluk. Malah berlakon tidur diatas katil sebagai suami isteri. MANA LEBIH BESAR HARAM PERBUATAN INI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PROGRAM SENTUH ANJING ?

Bab sentuh anjing bukan main pekanya ulama2 ini. Macam2 komen...kononnya usaha untuk merosakkan akidah umat islam Malaysia...kononnya usaha untuk menyerapkan fahaman LIBERAL dikalangan umat Islam di Malaysia.

Tidak membantahnya ulama2 tentang pelakuan PELAKON dalam lakonan ITULAH SEBENARNYA penyemaian FAHAMAN LIBERAL.

Kenapa majlis fatwa boleh berkompromi dengan pelakon yang TERANG2 DIHARAMKAN OLEH ALLAH DALAM AL QURAN.

Sedangkan isu sentuh anjing adalah SEKADAR perbezaan pendapat para IMAM.

Kalu di universiti ramainya professor kangkung...begitu juga dengan mereka yang syok dengan dipanggil ulama. Di malaysia banyaknya ulama2 kangkung.

Benar seperti yang dikatakan oleh Dr. MAZA . Ulama yang tidak berani berkata tentang kebenaran ibarat ANJING YANG MENJELIRKAN LIDAH.

'Tempayan harta karun' tertanam 1000 tahun ditemui di Kedah

Dr Wan Shamsudin (empat, kanan) bersama sebahagian ahli PSMCK dan penduduk melihat keadaan relau besi yang ditemui di Kampung Chichar. 
Dr Wan Shamsudin (empat, kanan) bersama sebahagian ahli PSMCK dan penduduk melihat keadaan relau besi yang ditemui di Kampung Chichar.
ALOR SETAR: Penemuan terbaru khazanah purba di Kampung Chichar, Jeneri, dekat sini, dilihat terus membuktikan kehebatan industri pembuatan besi awal abad masihi di Kedah.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata, artifak sejarah ini dikenal pasti sebagai relau besi.

“Melalui kaji selidik dilakukan PSMCK, kami dapati dua struktur yang mulanya disangka penduduk adalah tempayan besar sebenarnya relau besi.

“Malah, objek terbenam dalam tanah berkenaan didapati memiliki nilai sejarah tinggi. Ia menyerupai relau ditemui berhampiran Sungai Batu, Lembah Bujang,” katanya.

Lebih mengagumkan, menurutnya, melalui pemerhatian, relau besi baru ditemui berkenaan dianggarkan berusia 1,000 tahun.

Dr Wan Shamsudin berkata, faktor relau berbentuk bulat digunakan untuk melebur besi yang masih lengkap dilihat membuktikan kehebatan pembuatan besi Kedah.

Oleh itu, katanya, mereka mengharapkan sokongan semua pihak khususnya kerajaan negeri dalam kaji selidik dilakukan demi menjejaki warisan tersembunyi Kedah.

Malah, katanya, penemuan artifak sejarah sedemikian dilihat berpotensi dijadikan produk pelancongan dan tarikan terbaru negeri ini.

Sebelum ini, penemuan terbaru khazanah purba dalam tanah dianggarkan berusia ratusan tahun mengejutkan rata-rata penduduk Kampung Chichar, Jeneri.

Difahamkan, tujuh relau besi di Kampung Gading, Jeniang, kira-kira 17 kilometer (km) dari tapak penemuan lokasi terbaru diletakkan di bawah tapak tanah bersejarah Jabatan Warisan Negara.
-sinarharian-