"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Subky Latif: Politik silap pertikai fatwa haram SIS, SIS lebih teruk dari kumpulan Anti Hadis

SUBKY ABDUL LATIF 
SELANGOR telah bertindak mengharamkan Sisters In Islam, suatu yang tidak terdaya dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain badan Islam dan dakwah yang masing-masing mengira NGO itu tidak bergiat selaras dengan ajaran Islam baik mengikut apa jua mazhab sunnah wal jamaah.

Tetapi keputusan Fatwa Selangor itu dipertikai oleh beberapa Empi PAS. Saya harap ia tidak dikira sebagai pandangan rasmi PAS tetapi adalah pendirian beberapa orang pemimpin itu saja.

Saya tidak bercadang untuk melihat pandangan itu dari sudut akidah tetapi lebih tertarik tentang kepintaran berpolitik. Pada saya ia bukanlah tindakan politik yang pintar.

Masyarakat Islam dan pihak berkuasa sudah ada pandangan dan sikap tentang orang dan golongan ani hadis. Dan SIS ini boleh dikira lebih laju dari anti hadis, malah lebih mengerikan boleh melanggar ajaran al-Quran. Setahu saya PAS ada sikap tentang pertubuhan itu.

Meskipun PAS saya tidak ingat ada membuat penegasan seperti fatwa Selangor itu tetapi saya kira fatwa itu telah memenuhi kemahuan masyarakat umum umat Islam tidak kira mereka terdiri dari mereka yang tinggi taqwanya atau sekadar orang awam. Maka fatwa itu sepatutnya boleh menyenangkan PAS.

Jika tidak mahu menambah atmofera panas dalam PAS sekarang ia boleh diam kerana kerjanya sudah dipenuhi oleh fatwa itu.

Apabila masyarakat umum Islam mengira fatwa itu adalah wajar, maka kita suasana sudah elok. SIS boleh jadi barang yang boleh dilupakan. Jika PAS diam atas perkembangan itu ia tidak akan mendapat sebarang kerugian politik.

Apabila masyaraka umum mengira sesuau tindakkan itu wajar, apabila ia dipertikai pula, maka ia sudah tidak selari dengan kemahuan mudah mereka. Masyarakat umum itu adalah pengundi. Maka apa jua alasan takwil itu boleh menyebabkan pengundi tidak selesa dan boleh meletakkan PAS dalam suasana yang payah bagi meraih undi mereka.

Pengundi yang sudah penat dan bosan dengan UMNO yang sudah mengira untuk tidak memberi lagi sokongan kepada UMNO boleh memikir semula sikap hendak meninggalkan UMNO itu. UMNO menggunakan pandangan terbuka beberapa MP PAS itu sebagai sikap PAS dan boleh mengarahkan sekalian ala popagandanya bagi memutar belitkannya dengan mengatakan PAS membela golongan sesat dan sebagainya.

Jika PAS marah Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung UMNO menempelak PAS sesat, PAS marah tetapi jika Tengku Adnan menggunakan takwil MP atas fatwa Sselangor itu sebagai satu alasan lagi kononnya PAS benar-benar sesat, maka mnjadi kerja payah lagi bagi PAS untuk keluar dari perangkap samar Tengku Adnan itu.

Sekalipun UMNO itu tidak peduli sangat tentang pasang surutnya Islam di negara ini, tetapi ia bolh menjadikan orang Islam yang disilapmatakannya terus silap mata, PAS dikira membela SIS yang tiada apa untung pada Islam itu.

Jangan fikir sokongan terhadap PAS tidak jejas atas sikap hendak terbuka sangat! Ia bukadar ia boleh menjadikan PAS hilang peluang mendapat sokongan baru, bahkan ia boleh menghilangkan sokongan sedia ada dari kalangan orang atas pagar. Undi atas pagar yang sudah dapat itu bukanlah undi tetap tetapi ia undi terapung. Mereka boleh lari jika terasa fatwa yang mereka boleh terima dikatakan ditolak PAS?

Bukan sikap terbuka itu mesti meluahkan semua yang hendak diluahkan. Politik pintar boleh luahkan apa yang menguntungkan politik, tetapi silap besar meluahkan apa yang merugikan. Ada masanya diam adalah lebih pintar dari berkata-kata.

Lazimnya berdarah biji mata PAS untuk mendapatkan satu undi, maka jangan buat kerja yang mudah menghilangkan beribu undi.

Video Baharu MH17 Ditembak Jatuh


SATU video baharu mengenai suasana dramatik sebaik sahaja pesawat MH17 ditembak jatuh di Donetsk, pada 17 Julai lalu, dimuat naik ke YouTube dan menjadi antara topik utama media England.

Rakaman itu memaparkan suasana panik penduduk berdekatan lokasi nahas apabila mengesan satu objek jatuh dari langit dan terbakar.

Mereka juga kelihatan berlari ke arah lokasi cebisan pesawat yang mengorbankan 298 penumpang termasuk anak kapal.

Kelihatan asap hitam di awan seperti yang tertera dalam video sebelum ini.

Pada Ahad, kerja-kerja mengalihkan bangkai pesawat MH17 dari wilayah pemberontak di timur Ukraine dimulakan selepas empat bulan berlalu.

Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh.
-mstar-

Lampu Ini Boleh Menyala Beribu-Ribu Tahun

Selatanonline
Seperti sukar untuk diterima akal apabila sekumpulan penyelidik menemui sebuah lampu yang masih lagi menyala di makam milik seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno.

Penemuan ini dianggap misteri kerana, tempat itu baru sahaja ditemui sejak 1500 tahun yang lalu.

Itu yang membuatkan para penyelidik cuba mencari jawapan bagi mendapatkan kepastian mengenai misteri ini.

Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.

Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.

Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.

Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?