"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hari-hari terakhir seorang perdana menteri

ZULKIFLI YAHAYA
LEPAS satu isu, muncul lagi isu yang lain. Deretan isu yang mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak benar-benar merimaskan rakyat. Isu yang berkaitan dengan dakwaan penyelewengan 1MDB yang melibatkan “kehilangan” RM42 bilion, sekalipun besar jumlahnya namun tidak menyebabkan semua rakyat jadi marah.

Di samping ramai yang tidak berminat dengan angka yang besarbesar, sebahagian rakyat tidak merasai bahawa duit itu keluar dari poket mereka.

Berbeza dengan isu terbaru melibatkan Tabung Haji. Tabung yang diamanahkan untuk menjaga wang umat Islam yang menyimpan untuk tujuan menunaikan rukun Islam kelima tiba-tiba dirobekkan untuk agenda menyelamatkan 1MDB yang dirundung pelbagai masalah. Tabung Haji dilaporkan membeli tanah seluas satu setengah ekar dari 1MDB dengan nilai RM188.5 juta. Tanah tersebut yang keseluruhannya seluas 70 ekar dibeli dari Tun Razak Exchange (TRX) dengan harga RM194.1 juta, bermakna untuk satu setengah ekar harganya cuma sekitar RM4.0 juta.
Untung besarlah 1MDB, modal cuma RM4 juta tetapi jual pada 1MDB RM188.5 juta – dapat bersih RM184.5 juta? Mengapa Tabung Haji sanggup beli dengan harga tersebut? Kata pepatah Inggeris, orang bijak berfikiran sama. Maka sebahagian besar rakyat Malaysia yang bijak-bijak bersetuju bahawa urusan jual beli antara 1MDB dengan Tabung Haji hanyalah seb-agai prosedur untuk menghalalkan pengalihan duit dari Tabung Haji kepada 1MDB yang sudah nazak.

Ramai melihat Tabung Haji dipaksa untuk menyelamat (bailout) 1MDB yang sedang bermasalah. 1MDB dan Tabung Haji, kedua-duanya di bawah naungan perdana menteri.

Perkara besar yang menyentuh sensitiviti umat Islam ialah wang yang disalahgunakan itu adalah caruman dari bakal haji. Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 antaranya bertujuan, membolehkan umat Islam menyimpan secara beransuransur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lainlain perbelanjaan bermanfaat.

Zaman dahulu tidak ramai umat Islam di negara ini yang berada. Harta bernilai yang ada cuma tanah.

Mereka menjual tanah untuk ke Makkah. Banyak tanah orang Melayu berpindah milik kepada bukan Islam melaluinya. Menunaikan haji adalah kewajipan tetapi jika kerananya umat Islam hilang hak, maka hal ini perlu dibetulkan.

Profesor Diraja Ungku Aziz antara pemikir yang mengambil inisiatif membetulkan keadaan.

Beliau membuat kertas kerja bertajuk Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-Bakal Haji pada tahun 1959 yang membawa kepada Perbadanan Wang Simpanan Bakal- Bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan mula beroperasi pada 30 September tahun 1963.

Hasil kesedaran yang ditanam, ramai yang menabung sejak usia muda di Tabung Haji. Kadangkala mengambil masa puluhan tahun baru cukup untuk ke tanah suci. Mereka bekerja keras membanting tulang untuk menabung sedikit demi sedikit. Malangnya pihak yang menjaga tabung tidak amanah. Harapkan pegar, pegar makan padi. Hikmah berlakunya kegawatan di Tabung Haji ini ialah orang Melayu, khususnya masyarakat bahawan mula pandai marah terhadap kerajaan.

Duit yang berkaitan dengan amal ibadat memang akan mencetuskan rasa sensitif yang tinggi dalam kalangan umat Islam jika disalahgunakan. Banyak terdapat kisah pencuri tabung masjid yang dibelasah oleh orang ramai. Tukang belasah kadang kala jarang pijak masjid pun untuk berjemaah tetapi marah bila duit masjid dicuri.

Isu Tabung Haji akan terus dimainkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melakukan serangan bersiri terhadap Najib yang bertanggungjawab menaungi Tabung Haji dan 1MDB. “Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion ringgit,” ujar Tun yang sebelum ini keras mendesak najib melepaskan jawatan.

Isu Tabung Haji membangkitkan kemarahan sebahagian besar umat Islam di Malaysia. Mujur ia muncul selepas Pilihan Raya Kecil Rompin yang BN hilang separuh majoriti berbanding Pilihan Raya Umum ke-13. Jika tidak, kesan ditanggung BN lagi teruk.

Isu ini juga mampu menurunkan Najib dari persada kuasa. Maka ramailah yang mula berpaling tadah dari beliau dan mula berpayung pada pemimpin alternatif dari Umno. Najib menyedari hal tersebut, namun sebagai pejuang politik tidak mungkin beliau menyerah dengan mudah.

Setelah hilang sokongan di Semenanjung, Najib bergegas ke Sabah mengumpul kekuatan. Di Sabah buat pertama kali juga, Najib membalas serangan Tun secara terbuka. “Takkan suara seorang (Tun) boleh mengatasi suara rakyat yang memberi mandat kepada kita. Saya nak kata kepada semua bahawa saya takkan tunduk kepada mana-mana tekanan… saya cuma tunduk kepada ahli parti dan rakyat,” tegas Najib bagi menjawab desakan Tun supaya melepaskan jawatan.

Dalam Umno ramai pemimpin di atas berharap Najib berundur kerana masing-masing punyai peluang untuk “kenaikan pangkat.”

Tidak kurang yang mengidamkan jawatan perdana menteri.

Pemimpin biasa Umno pula mencongak siapa bakal perdana menteri untuk mula didampingi. Begitulah sifatnya parti yang dihuni para oportunis.

Mengikut kitaran masa, perang besar akan berlaku dalam Umno dan parti tua itu bakal hancur dalam masa terdekat. Sejauh mana Pakatan Rakyat mahu mengambil peluang?

Inilah dosa-dosa Dr Mursi yang menyebabkan dia dihukum bunuh?

Detikdaily
Dosa Morsi adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Morsi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat.
Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

Dosa Morsi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

Dosa Morsi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Morsi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

Dosa Morsi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

Dosa Morsi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

Dosa Morsi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan.
Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

Dosa Morsi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

Dosa Morsi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

Dosa Morsi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

Dosa Morsi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

Dosa Morsi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

Dosa Morsi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

Dosa Morsi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

Dosa Morsi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

Dosa Morsi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.

Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.

Kerana dosa-dosa itulah maka Morsi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik.

Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.
Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.
Itulah dosa insan bernama Morsi...

Siapa Dr. Mohd. Mursi?

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran

2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam

3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa

4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA

5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.

6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.

7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation

8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu
Perti Kebebasan dan Keadilan

9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.

10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

Pandikar buat saya ni macam pembohong, malulah saya - Mahathir (video)

Dr M: Pandikar memang mengaku tak puas hati
Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas bahawa speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memang menyatakan hasratnya untuk berundur ketika mereka berdua bertemu.

“Beliau mengaku (ketika) dia jumpa saya. Saya tak suruh. Dia jumpa saya dia kata tak puas hati dengan kerajaan.

“Dia kata nanti nak bersidang dia akan beritahu PM nak letak jawatan,” katanya.

Justeru, kata Mahthir, penafian Pandikar kemudiannya tentang perkara itu telah memalukan dirinya kerana beliau seolah-olah berbohong.

"Dia memalukan saya dengan kata dia tak letak jawatan. Sedangkan dia jumpa saya. Saya tak suruh dia datang jumpa pun.

"Dia kata dah bagi surat pada Najib. Saya cuma ulang apa dia kata. Dia kata saya ni macam bohong. Malulah saya," katanya pada sidang media selepas pelancaran buku jilid kedua “Surat Kepada Pemimpin Dunia” di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan menemui Pandikar selepas ini, Mahathir hanya berkata: "Tak tahulah."

-malaysiakini-