"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon wanita ini dikecam gara-gara berselfie dengan anjing (Gambar)

fazura-doggie
PETALING JAYA: Gambar selebriti jelita, Fazura, berselfie bersama seekor anjing yang dimuat naik di laman sosial Instagram telah mengundang pelbagai reaksi peminatnya.

Ada peminat yang mencemuhnya tetapi ada juga yang mempertahankan tindakan Fazura kerana dia bergambar tanpa menyentuh haiwan itu.

Malah, Fazura sendiri mempertahankan tindakannya itu kerana selfie itu diambil semata-mata bagi menunjukkan dia menyayangi mahkluk ciptaan Allah SWT.

Gambar itu dipercayai diambil semasa Fazura menghadiri satu majlis kutipan dana untuk sebuah badan amal menjaga kebajikan haiwan, Furry Friends Farm.

“Saya berasa sangat gembira dan yakin dengan pegangan agama saya. Terlalu banyak kasih sayang saya terhadap kewujudan Allah SWT. Biar yang bodoh, kekal jahil,” balas Fazura dalam Instagram kepada mereka yang mengutuk tindakan itu.

Fazura mempersoalkan adakah mereka yang mengutuk perbuatannya itu bena-benar mempraktis Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Sehingga berita ini ditulis, gambar tersebut telah menerima 9,851 like di Instagram Fazura, ‘missfazura’.
-fmt-

Dua menteri dan tiga timbalan menteri akan letak jawatan? - MSO

Tindakan Najib Razak yang memberi kata dua kepada menteri yang tidak bersamanya, umpama beliau sedang mencangkul tanah untuk membina lubang bagi mengambus dirinya sendiri.

Kata dua Najib itu dilihat sebagai satu lagi tindakan Najib makin hilang sabar dan ketidaktentuan hala apabila sebelum ini beliau menjawab kritik-kritikan Dr Mahathir Mohamad terhadapnya yang sangat ditunggu-tunggu oleh bekas PM 22 tahun itu.

Ketika mesyuarat kabinet Jumaat lalu Najib dilaporkan memberi kata dua kepada mana-mana menteri yang tidak bersamanya dalam berdepan dengan kritikan kelemahan pengurusannya terutama mengenai 1MDB, agar mengundurkan diri.

Kata dua itu sekaligus menggambarkan Najib sudah mengenal pasti beberapa menteri yang tidak bersamanya untuk menangkis serangan Dr Mahatahir dan juga pembangkang. Najib juga mungkin tahu bahawa agenda Dr Mahathir sudah hampir sampai ke klimeksnya.Jun adalah bulan "sakit" bagi Najib?

Kata dua yang diberikan Najib itu sudah tentu diambil perhatian oleh menteri yang terlibat.

Selepas memberi kata dua itu, elok kalau Najib bersiap sedia untuk kehilangan beberapa anggota kabinet secara serentak. Sekiranya tiga atau lima menteri kabinet berundur ia memberi pukulan hebat kepada Najib yang akhirnya membawa kepada PM itu juga akan berundur.

Walaupun masih ada ahli parlimen untuk mengganti menteri yang berundur itu tetapi reputasi dan maruah Najib sebagai PM sudah hancur. Pengunduran tiga atau lima menteri sudah cukup menggambarkan yang Najib sudah hilang kepercayaan oleh kabinetnya sendiri.

Jika ini berlaku Najib dan Malaysia mencatat sejarah pertama kali seorang PM berundur kerana hilang kepercayaan kabientnya sendiri.

Dalam pada itu satu maklumat menyebut sekurang-kurang dua menteri dan tiga timbalan menteri akan menyahut cabaran Najib? A ding ding ... [wm.kl.10:09 am 01/06/15]

Tan Sri Muhammad Muhd Taib: Saya sedih Pas nak sembelih cerdik pandai

Muhammad Muhd TaibKUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib kesal apabila Pas didakwa giat melakukan usaha pembersihan golongan profesional dari parti itu.
Beliau berkata, tindakan itu disifatkan sebagai cubaan untuk menyembelih golongan cerdik pandai dalam Pas yang mahu menjatuhkan kepimpinan ulama khususnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tertarik kepada Pas kerana saya tengok Pas mempunyai golongan yang cerdik pandai.

"Tetapi hari ini dia nak sembelih orang cerdik pandai ini, bila diracunkan, racun ini bila tuba ikan mati semua, tuba ini tak boleh main-main," katanya pada forum bertajuk “Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad juga mengingatkan perwakilan Pas agar tidak memilih pemimpin Pas yang mempertahankan pemimpin Umno yang dibenci oleh ahli partinya sendiri.

"Pas perlu diberi kebebasan, kena ambil pemimpin terbaik, pemimpin yang boleh mentadbir, pemimpin yang boleh meningkatkan (parti).

"Janganlah ambil pemimpin yang Umno nak tumbang itu, yang kata kita kena sokong Datuk Najib, orang Umno pun tak nak Datuk Najib sudah," ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad juga mendakwa pemilihan Pas kali ini diganggu oleh pihak luar yang mahu menggagalkan usaha PR untuk mentadbir negara.

"Jadi ada group kacau di sini, ada group kacau sana, mana pernah Pas begini. Pas tertib, ulama-ulama tertib, ulama yang baca kitab tertib.

"Sekarang sudah ada satu usaha untuk memecahbelahkan Pas, saya berharap ahli-ahli Pas tidak sesekali terpengaruh dengan usaha pihak-pihak luar cuba merosakkan kepimpinan Pas," katanya.

Tambah Muhammad, jika Pas terus bergelumang dengan masalah dalaman, kelak sokongan rakyat akan beralih kepada ‘third force’ yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

"Masyarakat umum dia nak tengok negara ini baik, sudahlah Umno macam itu, Umno macam tunggang-langgang.

"Kalau Pas pula tunggang langgang, kalau PR tunggang-langgang, saya fikir (rakyat) akan lebih (sokongan) kepada kumpulan ‘the third force’ macam Adam, dia tak kira, Umno..Pas.. atau PKR ke tak betul dia gasak saja, kumpulan ini akan bersuara," katanya lagi.
-sinarharian-