DALIA ISMAIL
Presiden Pakatan Harapan (PH ) Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dengan barisan jawatankuasa jentera pilihan raya yang akan memimpin kempen di seluruh negari bag memastikan calon PH Dr S Stream menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau.
Katanya , pendekatan yang akan digunakan oleh jawatankuasa jentera pilihan raya untuk menarik pengundi di Rantau, lebih menekankan kepada pendekatan untuk rakyat berbanding calon BN yang pastinya memainkan isu kaum dan agama.
” PH akan melakukan sedaya upaya untuk memastikan kemenangan,
“Kebimbangan Melayu kita sedar. Tapi masalah lebih besar ialah kemiskinan, pengabaian dan golongan miskin India dan Cina.
“Bagi saya adalah lebih munasabah kita bagi pendekatan untuk rakyat yang tersisih, terbiar dan miskin daripada pendekatan kaum yang kita sudah lakukan empat hingga lima puluh tahun tetapi telah memberi manfaat hanya kepada kelompok kecil rakyat,” ujarnya ketika ditanya media sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.
Melihat kepada Rantau beliau berkata untuk menjadikan kayu ukur kemenangan PH Dun Rantau kali ini, adalah di Parlimen Port Dickson dalam PRU14 lalu bukannya pada kekalahan PH pada dua PRK di Cameron Highlands atau Semenyih lepas.
Dalam sidang media sama , Anwar turut memaklumkan menerusi Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 9 Mac lalu, beliau diberikan mandat untuk mengumumkan jawatankuasa kerja pilihanan raya bagi PRK Dun Rantau.
Beliau berkata menerusi hasil mesyuarat itu PH mahu jentera pilihan raya lebih merupakan jentera PH.
Pengarah Pilihan Raya adalah Menteri Besar merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Presiden PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.
Di peringkat Pusat akan dikelolakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Manakala di peringkat negeri akan melibatkan secara langsung Naib Presiden PKR Tian Chua, Setiausaha DAP Johor Anthony Loke, Naib Presiden DAP M. Kulasegaran, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 April ini sebagai hari mengundi bagi PRK Dun Rantau.
Hari penamaan calon pada 30 Mac sementara hari mengundi awal pada 9 April.
Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam pada 12 April ini.
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Umno-PAS cuba pisahkan Melayu dan kaum lain, kata Dr M
Mohamad Fadli
KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Umno dan PAS cuba memisahkan orang Melayu daripada kaum lain, tidak baik untuk negara berbilang kaum.
Perdana menteri berkata, Pakatan Harapan juga prihatin terhadap kepentingan dan perpaduan orang Melayu.
“Kita turut menjaga kepentingan orang Melayu, tetapi kami tak laungkan,” katanya selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal ke-2 Parlimen ke-14 hari ini.
“Kami mahu memastikan ia bukan saja sama rata, tetapi adil. Hubungan kita perlu adil dan setara, bukan hanya sama, tetapi tidak adil.
“Jadi, kami akan menjaga kepentingan orang Melayu dan kami sudah katakan kami mahu pembahagian kekayaan yang adil dalam negara ini.”
Minggu lalu, Umno mengumumkan kerjasama rasmi dengan PAS di peringkat Parlimen dan pilihan raya kecil, selepas meneliti hala tuju kedua-dua parti serta senario politik tempatan.
Susulan itu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, 2 parti itu sedang membincangkan pembentukan kerajaan campuran di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis.
Hari ini, Mahathir berkata, terpulang kepada Umno-PAS untuk melakukan apa yang mereka mahu kerana Malaysia ialah negara bebas.
“Kalau dia nak bersatu, dia bersatulah. Dia nak kahwin, dia kahwinlah.
“Negara kita bebas, dia nak kahwin dengan lelaki tak boleh lagi. Dia nak kahwin dengan yang lain boleh.”
Anggota Kabinet
Mahathir mengakui kebanyakan menteri dan timbalan menteri masih baru dan ada yang mengeluarkan kenyataan memberi kesan buruk kepada kerajaan atas provokasi media.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat memberi masa kepada anggota Kabinetnya yang berkhidmat tidak sampai setahun.
“Mereka (Barisan Nasional) mempunyai kepimpinan selama 60 tahun berbanding dengan kami yang belum sampai setahun.
“Saya tidak fikir setiap orang dalam Barisan Nasional ialah pakar. Ada di kalangan mereka yang melakukan kesalahan mengarut, termasuk bekas perdana menteri.”
Ucapan Agong
Mahathir menyifatkan ucapan Yang di-Pertuan Agong komprehentif yang merangkumi semua aspek, termasuk ekonomi, perpaduan dan tidak menyalah tafsir agama.
Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan
Mahathir berkata, China ialah kuasa besar dan Putrajaya perlu mempertimbangkan dasarnya dan bagaimana mendapat manfaat daripadanya.
“Bukan semua dasarnya tidak baik bagi kita. Ada yang sangat baik. Terpulang kepada kita untuk mencari apa yang baik bagi kita dan memanfaatkannya.”
TMJ bukan wakil rakyat
Mengenai dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang Putrajaya tidak merujuk Majlis Raja-raja Melayu ketika memutuskan untuk menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Mahathir berkata: “Dia bukan wakil rakyat, dia cakap untuk diri dia.”

Pendekatan ‘rahmatan lil alamin’ dan maqasid syariah sesuai untuk model Malaysia, titah YDP Agong
MALAYSIADATELINE
Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang dipraktiskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut baginda, usaha kerajaanPH untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan rahmatan-lil-alamin dilihat sesuai dengan konsep negara negara Islam berbilang kaum.
“Beta amat menyokong usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan rahmatan-lil-alamin dan maqasid syariah berdasarkan ajaran Islam yang sebenar yang diterjemahkan melalui tingkah laku dan keperibadian unggul rakyat Malaysia.
“Seterusnya menjadi model Malaysia iaitu model negara Islam berbilang kaum yang boleh dicontohi dunia luar,” titah Baginda dalam perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kedua Parlimen Ke-14, sebentar tadi.
Konsep ‘rahmatan lil alamin’ telah dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran melalui ayat 107, Surah al-Anbiya’ yang bermaksud: “Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”.
Ulas baginda lagi, seruan-seruan perpaduan hendaklah tidak tinggal sebagai slogan semata-mata, sebaliknya, semangat perpaduan dan usaha perlu benar-benar disuburkan dengan ikhlas dan dihargai.
“Beta menyeru semua pihak untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, terutamanya yang menyentuh sistem demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai serta bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan,” titah baginda lagi.
Malah titah baginda, tindakan tegas hendaklah diambil terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

Langgan:
Catatan (Atom)