"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri tikam alat sulit perempuan simpanan suami

Seorang wanita pekerja kedai kopi berusia 46 tahun ditahan kerana menikam bahagian kemaluan kekasih gelap suaminya dengan pisau selepas mereka bertiga mengadakan hubungan seks di sebuah rumah sewa di Jalan Lajong, di Sibu, malam semalam

Mangsa berusia wanita berusia 34 tahun itu dipercaya ditikam di bahagian sulitnya dengan pisau berukuran 22cm dalam bilik tidur pada jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadianitu pada jam 9.31 malam dan telah menahan suspek dan merampas pisau yang disyaki digunakan dalam insiden tersebut.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Polis ke-212 peringkat daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, hari ini.

“Suspek marah dengan hubungan sulit suaminya dengan mangsa yang mempunyai empat orang anak dan suaminya bekerja di kem pembalakan di Kepulauan Solomon. Suspek telah lama memerhatikan hubungan sulit suaminya,” katanya.

Stanley berkata siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai dendam dan cemburu.

Beliau berkata insiden itu dikatakan bermula apabila suspek meminta suaminya membawa pulang mangsa ke rumah mereka untuk berbincang secara baik serta mencari penyelesaian mengenai hubungan mereka bertiga.

Katanya, suami tersebut, seorang kelindan lori berusia 28 tahun, bersetuju dengan cadangan isterinya dengan syarat isterinya tidak menimbulkan sebarang masalah.

Selepas mangsa sampai ke rumah, mereka berbual-bual sambil meminum bir, arak dan minuman ringan dan mereka bertiga kemudian bersetuju untuk melakukan hubungan seks bersama di dalam bilik yang hanya diterangi cahaya daripada televisyen sahaja, katanya.

Stanely berkata selepas mengadakan seks, suspek keluar dan memberitahu suami bahawa dia mahu membuang air kecil dan suaminya kemudian turut melakukan seks dengan mangsa.

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu berhentikan melakukan seks dengan mangsa kerana tidak sedap hati dan berbaring di atas tilam di sebelah mangsa sambil mukanya menghadap ke arah dinding dan mahu tidur,.

“Sebelum melelapkan mata, lelaki itu terdengar mangsa mengerang sakit dan memberitahu dia ditikam dan pada masa sama, suspek terus keluar dari bilik dan melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata suami suspek segera keluar dan meminta bantuan abangnya yang berada di bahagian dapur rumah berkenaan untuk mengejar suspek dan mereka berjaya menahan wanita itu tidak jauh dari rumah.
-Bernama

Salahuddin soal Hadi: Siapa pemimpin PH itu?

Geraldine Tong

PARLIMEN | Presiden PAS Abdul Hadi Awang perlu mengumumkan nama "pemimpin dalam PH" yang berkata Amanah alat kepada DAP, gesa Salahuddin Ayub.

"Saya ambil tanggungjawab terhadap isu ini dan tidak mahu ia berterusan PAS berbohong kepada rakyat.

"Haji Hadi siapakah pemimpin Amanah itu?

"Saya harap dapat dilakukan segera untuk elak fitnah dan nama tidak baik kepada PAS," kata Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah kepada pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata MP Marang perlu bersedia untuk membuktikan dakwaannya apatah lagi Hadi cukup berani membuat kenyataan itu.

Sekiranya Hadi dapat membuktikan tuduhannya, maka kata Salahuddin, beliau dan partinya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengesahkan kebenaran hal itu.

"Kalau betul? Saya mahu ia dibuktikan terlebih dahulu, siapa nama pemimpin itu? Saya dan parti akan ambil langkah-langkah tertentu termasuk kaji atau lihat kebenaran kesahihah berita itu," katanya lagi.

Presiden PAS berkata semalam bahawa DAP tidak pernah berhenti berusaha mencari jalan mengekang pengaruh PAS kerana agenda parti itu adalah untuk menyekat kemaraan Islam di negara ini.

Kata Hadi lagi, Amanah sebenarnya diwujudkan semata-mata untuk menjadi alat kepada strategi DAP yang mahu menyekat pengaruh dan peluang PAS pada PRU-14.

"(Memandangkan) PKR bukan parti Islam, lalu mereka berusaha menubuhkan Amanah. Bukan untuk mempertahankan atau memperjuangkan Islam tetapi alat DAP untuk hadang pengaruh PAS.

"Ini bukan saya kata. Pemimpin dalam PH sendiri kata tapi saya tak nak sebut siapa nama dia.

"Pemimpin ini akui sendiri bahawa Amanah ini parti alat semata-mata," katanya dilaporkan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Ketereh di Kelantan malam tadi.

Mufti Perlis dakwa 'pengganas' bakar keretanya

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa 'pengganas' membakar keretanya pada pagi semalam.

"Selepas melihat CCTV (kamera litar tertutup), maka saya menyimpulkan ini merupakan perbuatan pengganas atau 'terrorist' yang boleh mengancam nyawa.

"Marilah kita berdoa agar dua individu yang disebutkan oleh Ketua Polis Perlis (Noor Mushar Mohd) yang dirakam oleh CCTV itu segera ditangkap.

"Sekali pun jika selepas ini saya akan menaiki (kereta Perodua) Kancil kerana kereta dibakar, tapi ini InsyaAllah, semoga Allah bantu, semangat saya tetap singa," katanya dalam satu kenyataan di dalam Facebook beliau hari ini.

Asri berkata, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bahawa tidak terdapat perbuatan sabotaj dan kebakaran tersebut berpunca dari bahagian dalam.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, punca kebakaran berkemungkinan dari bom petrol.

Semalam dilaporkan bahawa kenderaan Asri dipercayai dibakar pada bahagian bonnet dan cermin hadapan dipecahkan.

Kejadian itu berlaku di hadapan rumah Asri di Jalan Persiaran Wawasan di Kangar itu pada awal pagi.

Kes itu kini sedang disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan mengenai kesalahan jenayah khianat bakar, yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda jika disabit kesalahan.