"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Blogger sekolahkan ulama Pas, Mokhtar Senik

WFAUZDIN NS

Sebelum saya menjawab hujah Mokhtar anak Senik, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin.

Saya merujuk kepada status dan penulisan yang digelar Ketua Dewan Ulamak dari parti lebai. Saya salin semula apa yang lebai ini sebut, kemudian saya akan menjawabnya.

Mokhtar anak Senik berkata;

1. Mokhtar anak Senik: Jangan mencari kemenangan melalui fitnah seperti kemenangan PH dlm pru 14 yang lalu. Kerana kemenangan yang diraih melalui jalan yang hina akhinya akan kecundang penuh hina pula.

Saya jawab:

Sepanjang kempen PH sebelum PRU14 yang lalu kami banyak dedahkan tentang rompakan wang rakyat melalui skandal 1MDB. Adakah ini cerita fitnah?

Bukankah wang rompakan ini sedikit demi sedikit telah dikembalikan kepada kerajaan oleh DOJ? Duit apa yang DOJ itu kembalikan kalau bukan wang rakyat Malaysia? Bodoh sangatkah Amerika mahu pulangkan duit kalau MO1 dan Jho Low tidak merompaknya? Boleh Mokhtar anak Senik beritahu duit apa yang DOJ pulangkan itu?

PH tidak menfitnah, sebab itu sebaik saja kita menjadi kerajaan kita telah menyeret mereka yang terlibat ke mahkamah dan kini sedang dibicarakan. Fitnahkah PH bila kita dedahkan skandal Tabung Haji dan penyelewengan felda. Kita tidak cakap kosong, kita dakwa mereka yang terlibat seperti Azeez Rahim dan Isa Samad. Zahid Hamidi pun kita bawa ke mahkamah.*

Sebaliknya, lebai yang banyak buat fitnah terhadap kerajaan PH. Mereka tuduh Dap jual aset Tabung Haji. PH jual aset khazanah dan macam-macam lagi, tetapi bila parti lebai ini berada dalam kerajaan pintu belakang sekarang, tiada seorang pun menteri dari PH yang telah didakwa. Cakap saja berdegar-degar.

Waktu kerajaan PH dulu, sepantas kilat kita heret mereka yang menyeleweng ke mahkamah. Di era kerajaan pintu belakang, mereka sekadar sembang dan buat fitnah sahaja.

Mokhtar anak Senik kata, kerajaan PH jatuh dengan hina. Kesihan, orang yang dikatakan ulamak ini tidak boleh bezakan mana satu lebih hina, kerajaan yang mendapat rakyat atau kerajaan yang terdiri hasil dari pengkhianatan.

Adakah kerajaan negeri Perak di bawah Pas di era MB Nizar yang dijatuhkan pada tahun 2009 dulu hasil pengkhianatan, boleh dianggap kerajaan Pas jatuh dengan hina? Kerajaan Pas Terengganu pernah jatuh pada tahun 1961, adakah jatuhnya hina?

Paling hina adalah ulamak yang bersekongkol dengan pengkhianat demi kerana jawatan dunia. Mereka sanggup jual agama kerana kepentingan perut masing-masing.

2. Mokhtar anak Senik: Selepas memperolehi kemenangan jgn sombong seperti PH. Jgn lupa diri seperti mereka. Sehingga keangkuhan dan kesombongan itu tidak terlindung lagi krluar dari mulut mereka saban hari. Allah tidak suka org yang sombong. Kesombongan adalah pakaian Allah.

Saya jawab:

Mengapa Mokhtar anak Senik tidak beri satu contoh kesombongan kerajaan PH? Apakah sombong kerajaan PH bila kita tidak melantik semua ahli politik pegang jawatan di dalam GLC seperti yang kerajaan pintu belakang lakukan sekarang?

Sombongkah kita bila kita jadikan media kerajaan yang bebas sehingga muktamar Pas dan Perhimpunan Agung Umno pun media kerajaan waktu itu beri liputan meluas? Sombongkah kerajaan PH apabila hanyak melantik sekitar 50 jawatan menteri berbanding 70 jawatan politik, tidak termasuk duta khas bertaraf menteri di bawah kerajaan pintu belakang sekarang?
Sombongkah kerajaan PH apabila kita melantik Pengerusi PAC itu dari kalangan Pembangkang waktu itu yang tidak pernah berlaku di era kerajaan Umno/Bn. Bahkan, kerajaan pintu belakang sekarang pun tidak melantik Pembangkang sebagai Pengerusi PAC. Di mana sombongnya? Siapa yang sombong sebenarnya?

3. Mokhtar anak Senik: Jangan cenderung kepada keinginan kehendak orang-orang kafir hingga membelakangkan agama seperti PH. Jangan kerana nak jaga hati DAP, mereka sangup pula membiarkan Islam di ganyang oleh musuh-musuh Allah. Ingat.. Orang yang tidak menjaga agama Allah, maka Allah tidak akan memberi pertolongan kepadanya.

Saya jawab:

Seperti biasa, lebai memang fobia dengan Dap, tetapi tidak dengan MCA. Lebai ini tuduh kerajaan PH ini ikut telunjuk Dap, tetapi satu buktikan lebai ini gagal kemukakan.

Adakah kerajaan PH menolak ICERD itu adalah kerana ikut telunjuk Dap? Adakah kerajaan PH memberi tambahan peruntukan kepada perkembangan Islam seperti peruntukan kepada sekolah-sekolah agama dan pondok itu adalah kerana ikut arahan Dap?

Meningkatkan elaun guru KAFA dan bercadang untuk menjadikan guru KAFA sebagai guru tetap, adakah itu mengikut telunjuk Dap? Menghapuskan kuota dan keistimewaan kepada menteri-menteri untuk menunaikan haji agar beri peluang kepada rakyat biasa mengikut giliran, adakah itu kehendak Dap juga?

Kerajaan PH memberikan royalti minyak kepada negeri lebai Kelantan dan Terengganu yang dinafikan oleh kerajaan Umno/Bn dahulu, adakah itu mengikut telunjuk Dap? Kerajaan PH bertegas tidak memulangkan pendakwah Zakir Naik ke negara asalnya India, adakah itu membuktikan kerajaan PH ikut arahan Dap? Sayang sekali, ramai ulamak lebai ini yang membutakan mata mereka. Apabila MCA bercakap, lebai ini terkedu kerana MCA itu pasangan ‘kelamin’nya.*

4. Mokhtar anak Senik: Jangan abaikan rakyat seperti yang telah dilakukan oleh PH. Kebajikan rakyat adalah keutamaan. Jangan zalimi rakyat sendiri, kerana doa orang-orang yang dizalimi itu adalah doa-doa yang tidak dihijab oleh Allah. Sekali rakyat yang dizalimi menadah tangan kepada Allah, maka sekuat mana pun sebuah kerajaan itu pasti akan runtuh.

Saya jawab:

Kezaliman? Sekali lagi lebai Al Maunah ini kemukakan satu saja bukti kezaliman kerajaan PH. Adakah dengan tindakan kerajaan mengadakan skim KWSP kepada suri rumah yang tidak bekerja itu satu kezaliman?
Skim MySalam, Peka40, untuk bekas tentera yang layak terima PJM juga dapat “one off” dan kerajaan PH bercadang untuk berikan elaun tetap kepada mereka, dab banyak lagi dasar yang diumumkan untuk kepentingan rakyat yang sengaja lebai butakan mata atau memang lebai tidak tahu.
Dasar subsidi minyak petrol yang mengikut harga pasaran dunia tetapi dihadkan agar tidak terlalu tinggi yang jauh murah berbanding di era kerajaan Umno/Bn sebelum itu, adakah itu satu kezaliman? Bahkan, dengan dasar itulah sekarang ini rakyat dapat harga minyak yang murah akibat kejatuhan harga minyak dunia.

Mana dasar subsidi minyak kerajaan pintu belakang sekarang? Tiada kan? Tiada lagi protokol keterlaluan dan hadiah untuk menteri di dalam mana-mana program jabatan atau kenenterian, kecuali menteri boleh terima cenderahati seperti buah-buah atau cenderahati yang tidak bernilai tinggi, adakah itu satu kezaliman? Guru-guru dilarang membuat tugas tambahan yang membebankan seperti membuat tugas kerani, adakah itu satu kezaliman? Tunjuk lah apa yang lebai maksudkan dengan kezaliman itu. Jangan guna air liur sahaja.

5. Mokhtar anak Senik: Jangan khianati Institusi Raja-raja sebagai ulil amri, bangsa dan negara sendiri seperti yang telah dilakukan oleh PH. Kerana tonggak kekuatan ummat ini diperkukuhkan oleh ketiga-tiga eliment tersebut.

Saya jawab:

Lebai Mokhtar anak Senik terus berhujah tanpa fakta. Sebutlah kes mana satu kerajaan PH khianati raja-raja. Adakah kerajaan PH pernah berguling depan istana seperti yang puak-puak lebai pernah lakukan sewaktu kerajaan negeri Perak bawah Nizar jatuh dahulu?

Siapa yang menderhaka kepada raja-raja melayu sehingga tercetusnya peristiwa pembunuhan di Memali dulu? Siapa yang menabalkan sultan di bawah pokok dahulu? Bukankah mereka ini berada di dalam kerajaan pintu belakang bersama parti lebai sekarang?

Yang angkat banner di depan istana Terengganu dulu tertulis ” Kami mahu Deris, Natang” , siapa orangnya? Buankah puak itu juga berada dalam kerajaan pintu belakang bersama lebai sekarang?

6. Mohtar anak Senik: Jangan berjanji itu dan ini kepada rakyat sedangkan sudah tahu tidak mampu melaksanakannya seperti yang telah dijanjikan oleh PH dlm manifesto mereka. Sengaja membohongi rakyat adalah jenayah moral yang sangat jijik. Akhirnya menimbulkan kemarahan rakyat.

Saya jawab:

PH tidak pernah menarik balik janji-janji di dalam manifestonya. Apa yang dapat ditunaikan segera, seperti pemansuhan GST kita telah tunaikan. Banyak lagi yang kita telah janjikan telah kita tunaikan, cuma ada beberapa janji yang terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan di mana kerajaan PH perlu utamakan yang lebih penting lagi.

Ada janji yang tidak dapat dipenuhi sepenuhnya tetapi diusahakan secara berperingkat-peringkat seperti penghapusan tol, kita usahakan dahulu dengan mengurangkan kadar tol di samping menghapuskan beberapa tol untuk permulaan.

Hutang PTPTPN juga kita belum dapat dilaksanakan janji sepenuhnya, namun ada usaha untuk melonggarkan sedikit bebanan peminjam. Di era kerajaan Umno/Bn peminjam yang gagal bayar pinjaman mereka di senarai hitamkan dari ke luar negara.

Kerajaan PH hapuskan peraturan ini. Kerajaan PH yakin manifesto yang gagal dilaksanakan sepenuhnya itu akan dapat dilaksanakan sebelum habis penggal. Pemberian royalti yang memberi manafaat kepada kerajaan negeri Kelantan Dan Terengganu adalah di antara janji-janji kita di dalam manifesto dan kita berjaya tunaikan. Yang ini lebai tak nampak.

Adakah semua manifesto kerajaan lebai di Kelantan dan Terengganu telah tertunai? Jangan cuba sorokkan janji-janji kamu tetapi mencari silap orang lain. Kerajaan itu boleh dianggap tidak tunaikan janji apabila mereka gagal laksanakan setelah sepenggal mereka menjadi kerajaan. Tidak masuk akal untuk menuduh kerajaan PH gagal tunaikan janji hanya menilai tempuh tidak sampai dua tahun.

Kerajaan Pas di Kelantan sudah banyak penggal menjadi kerajaan dan bermacam-macam janji diberikan kepada rakyat. Usahkan Hudud, masalah air paip yang seperti teh tarik itu pun masih gagal diatasi walaupun negeri itu tiada Dap.

Jelas di sini, kejatuhan kerajaan PH bukan kerana rakyat tolak akibat apa yang lebai Mokhtar anak Senik sebut di atas. Rakyat tolak hanya melalui Pilihanraya seperti rakyat tolak Umno/Bn dan Pas pada PRU14 yang lalu. Pengkhianat yang belot kepada parti dan mandat rakyat, sepatutnya malu untuk berkata inilah kerajaan yang rakyat kehendaki.

Kalau satu ketika nanti pemimpin kita khianat kepada negara ini dan menjualnya kepada negara asing sehingga negara ini diperintah oleh negara asing, jangan pula waktu itu kita masih bercakap rakyat memberi mandat kepada kuasa asing untuk memerintah negara ini. Jangan jual maruah rakyat semurah itu. Jika lebai mahu menjadi pelacur politik, silakan, tetapi jangan babitkan rakyat.

‘Penjawat awam terkandas di kampung boleh dibuang kerja’

Pejawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib, termasuk dibuang kerja jika tidak kembali ke pejabat selepas Aidilfitri, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Menurut beliau, alasan terperangkap di kampung, gara-gara melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak boleh diterima sama sekali.

"Sekiranya pegawai tidak boleh hadir bertugas, sama ada di pejabat atau bekerja di rumah, dia dianggap tidak hadir bertugas dan ada diperuntukkan hukuman tertentu dalam Perintah Am Bab D (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993).

"Dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Mac, pegawai mesti bekerja di pejabat atau dibenarkan bekerja di rumah mengikut arahan ketua jabatan.

"Pegawai bekerja di rumah boleh diarahkan untuk hadir di pejabat pada bila-bila masa namun jika tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti, boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing," katanya yang dipetik oleh Berita Harian Online, hari ini.

Mohd Khairul Adib berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang tidak dapat kembali bekerja kerana melanggar PKPB untuk pulang berhari raya di kampung.

Tegasnya, tindakan penjawat awam melanggar PKPB itu sendiri adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 ) dan mereka juga boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

"Kesalahan di bawah Akta 342 adalah kesalahan jenayah. Ada peruntukan di bawah Perintah Am yang memperuntukkan hukuman tertentu bergantung kepada dapatan dan hukuman mahkamah," katanya.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman tatatertib seperti amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata masih ramai ang merentas negeri dan berada di kampung masing-masing untuk meraikan Aidilfitri tanpa mematuhi PKPB.

Katanya, ini terbukti dengan 14 kompaun dikeluarkan kepada mereka yang ketika itu berada di kampung masing-masing.

Sambil mengingatkan semua pihak agar memandang serius pelaksanaan PKPB itu, Ismail Sabri berkata setakat ini, kerajaan masih kekal dengan keputusan tidak membenarkan rakyat untuk merentas negeri.

Kos £2.5juta (RM 13.3 juta) adalah real, kata bekas peguam Hadi


Hanipa pernah mewakili Hadi di London bagi menyaman akhbar Daily Mirror dan menang. Ketika itu Hadi diwakili peguam Adam Tudor dalam mahkamah di sana.Turut mengiringi Hadi di London adalah Dr Dzulkefly Ahmad, ketika itu adalah Pengarah Strategi Pas.

MOHAMED HANIPA MAIDIN

KOS RM13.3 juta yang perlu dibayar oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada peguamnya dalam kes saman terhadap Editor Sarawak Report adalah ‘real’ dan bukan anggaran semata-mata berdasarkan pengalaman bekas peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin.

Dalam tulisannya, Hanipa, bekas Menteri Undang-undang Malaysia itu berkata, kos peguam Carter Rock yang mengendalikan kes ini adalah tinggi di samping kemungkinan pendekatan yang diambil dalam mengendalikan kes ini akan menyebabkan kosnya sangat mahal.

Berikut adalah tulisan Hanipa sepenuhnya.

Isu kos £2.5juta ( RM 13.3juta ) – Nota YB Sepang

1. Saya mendengar “talkshow” antara seorang aktivis di negara ini dengan Editor Sarawak Report ( SR ). Ia berkisar isu saman kes fitnah ( a libel suit) yang difailkan oleh Presiden parti ehem ke atas editor SR itu di mahkamah di London.

2. Dari ” talkshow” itu, terpancar info baru yang didedahkan oleh editor SR tersebut tentang isu kos yang Presiden parti ehem @ duta khas PM “Kerajaan Tebuk Atap” kepada peguam beliau sendiri.

3 . Sebelum saya ulas tentang isu kos tersebut, izinkan saya membawa anda kepada perspektif sebenar kes ini dari kacamata undang-undang. InsyaAllah saya cuba gunakan bahasa semudah mungkin bagi membantu para pembaca memahami isu ini dengan betul walaupun, maaf kata, ianya tidaklah begitu mudah bagi saya.

4. Jujurnya, saya tidak tahu kenapakah parti ehem, melalui Presiden mereka, nak sangat saman editior SR tersebut berkaitan isu tuduhan SR bahawa parti ehem ( bukannya presidennya ) terima wang dari Ummo?

5. Saya yakin ramai yang tahu saya pernah menjadi penasihat undang-undang parti ehem sebelum ini dan terlibat secara langsung dalam kes fitnah yang dibawa oleh presiden parti ehem ke atas akhbar Daily Mirror di UK. Ya, Presiden parti ehem guna khidmat firma guaman yang agak mahal di London dan agak cemerlang rekod mereka dalam mengendalikan kes saman fitnah di London dan di luar London. Pada masa itu, peguam firma yang kendalikan kes itu ialah seorang anak muda bernama Adam Tudor (bukan Adam Smith – seperti yang pernah disebut oleh seorang MP parti ehem satu waktu dahulu).

6. Dalam kes saman yang difailkan oleh presiden parti ehem ke atas akhbar Daily Mirror di UK sebelum ini, ya, benar, ia dimenangi oleh Presiden parti ehem apabila akhbar Daily Mirror bersetuju selesaikan kes itu di luar mahkamah dengan setuju membayar gantirugi (maaf saya tak akan sebut jumlahnya), mohon maaf dan membuat pernyataan maaf di dalam mahkamah. Ya, saya kebetulan ada di mahkamah di UK masa itu. Ya, saya sahaja yang “liased” secara rasmi dengan peguam Adam Tudor berkenaan kes itu pada masa itu.

7. Saya tak pasti adakah “kemenangan” kes saman fitnah ke atas akhbar Daily Mirror telah meyakinkan parti ehem dan presiden mereka untuk saman editor SR-wanita yang saya kagum dengan ketabahan beliau menentang kemungkaran!

8. Andaikata andaian saya itu adalah betul- bahawa kemenangan ke atas Daily Mirror itu meyakinkan mereka untuk saman editor SR dan mereka berharap akan dapat capai kemenangan untuk kali kedua- maaf, bagi saya, ia satu KESILAPAN yang besar dan fatal! Mengapa?

9. Jawapannya mudah. Kedua-dua kes itu tak sama dari segi faktanya. Kami-para peguam-selalu kata “the facts are poles apart!”.

10. Kes saman ke atas akhbar “the Daily Mirror” adalah kes yang jelas dan secara relatif, lebih mudah untuk menang! Semasa berada dalam parti ehem saya “strongly advised” parti ehem untuk saman Daily Mirror dan kena saman di UK. Dan pihak yang hendak menyaman @ Plaintif bagi kes itu mestilah Presiden parti ehem sendiri.

11. Akhbar Daily Mirror secara jelas memfitnah Presiden parti ehem bila mereka tuduh beliau adalah pemimpin No .3 Al-Qaedah yang ditahan di Guantanamo Bay. Nama presiden parti ehem disebut secara spesifik dan jika tak silap saya ada foto sekali. Justeru, kes itu, para lawyer kata,”was crystally clear!

12. Sedikit asas kes fitnah. Jika nak saman fitnah, antara elemen yang perlu diplidkan dalam saman dan perlu juga dibuktikan adalah kata-kata fitnah itu merujuk kepada orang yang nak menyaman! . Dalam kes saman ke atas Daily Mirror, elemen itu wujud dan mudah untuk dibuktikan!

13. Tetapi, kes ke atas editor SR amat berbeza. Seperti kata editor SR tersebut “dakwaan fitnah” ( the allegation of libel) SR tidak pernah sama sekali merujuk kepada Presiden parti ehem. SR hanya sebut nama parti ehem sahaja!

14. Pada hemat saya, dalam keadaan sebegitu, saya yakin dari awal, jika kes berakhir hingga ke perbicaraan penuh (a full-fledged trial) , kebarangkalian untuk Presiden parti ehem kalah adalah amat cerah dan amat tinggi.

15. Editor SR, bagi saya, betul bila dia kata di UK, parti politik tidak boleh saman kes fitnah. Apa yang saya tahu bapa editor SR adalah mantan seorang hakim!.

16. Memandangkan di UK parti politik tidak boleh menyaman kes fitnah dan “dakwaan fitnah” kes tersebut pula hanya melibatkan parti politik dan bukannya presidennya, saman tersebut, bagi saya, akan berhadapan kesukaran yang amat sangat untuk menang dalam isu “locus standi” (a legal standing to sue). Ini, orang law kata, isu “threshold”. Jika isu ini pun dah gagal, yang lain tak perlu cakap lah.

17. Habis tu, kenapa dalam keadaan saman itu ada masalah dengan isu locus standi, masih nak saman juga? Maaf, saya kena buat spekulasi di sini, berdasarkan pada pengalaman pernah kendalikan kes saman fitnah. Saya agak-agak peguam Carter Ruck cuba guna teori “a group defamation” -parti ehem dianggap sebagai “a political group” dan presidennya adalah ahli kepada group itu, maka beliau ada locus standi untuk saman. Kes masyhur kes “Le Fanu” (based on my memory)-tuduhan fitnah ke atas factory!

18. Jika spekulasi saya itu diandaikan benar, teori itu ada risikonya jika tak berjaya. Jika kes tak dibicara, ia bawa risiko kepada pihak yang menyaman. Bagaimana?

19. Begini. Risikonya bila tiba waktu pihak yang saman terima bil guaman dari peguam dia sendiri. Ya, risiko isu kos!

Di UK, sistem pengenaan bil guaman mengikut jumlah waktu jam yang digunapakai (spent) oleh peguam. Ia dipangggil “billable hours”. Dan nilainya berbeza antara peguam junior, peguam senior, Queen Counsel, paralegal dsb. Pokoknya, ia mahal. Seandainya peguam pihak yang menyaman memilih untuk “explore” isu “group defamation”, maka, saya yakin banyak waktu telah dihabiskan untuk research, maka bil guaman, secara logik, akan meningkat!

20. Sejak dari awal saya telah menulis dan bercakap di public bahawa parti ehem tak akan teruskan saman tersebut. Terbukti betul.

21. Walaupun ada pihak tertentu dalam parti ehem yang cuba kelirukan orang ramai kononnya mereka telah menang saman di UK itu, pendedahan terbaru editor SR, orang kata “speaks for itself”. Dalam bahasa kampung, nak kata kamu menang macam mana, bicara pun tidak?

22. Bukan sahaja kes tidak pernah dibicarakan, pihak yang saman pun kena bayar pula pada Defendan -editor SR- RM 1.4 juta kerana tarik balik saman! Memang jika kita saman seseorang, lepas itu kita nak tarik balik, kita akan kena bayar kos ke pihak satu lagi melainkan pihak tersebut setuju untuk tidak minta sebarang kos.

Bayaran RM1.4 juta itu adalah contoh kos yang kena dibayar bila Presiden parti ehem tarik balik saman ke atas SR dan editornya.

23. Dalam “talkshow” itu, editor SR juga dedahkan bahawa peguam beliau “estimated” peguam Presiden parti ehem -Carter Ruck- kenakan bil guaman lebih kurang £2.5juta ( RM13.3 juta) kepada “client” atau anakguamnya -Presiden parti ehem.

24. Adakah angka RM13.3 juta itu hanya rekaan semata-mata? Dengan hormat, saya kata ia bukan rekaan. Ia “real”. Mungkin saja kosnya lebih tinggi lagi dari RM13.3 juta. والله اعلم

25. Kenapa saya kata jumlah RM13.3 juta yang mungkin Presiden parti ehem kena bayar pada peguam dia sendiri itu bukan rekaan, tapi ianya real?

Pertama, semua orang tahu saman kes di London memang telah sedia mahal.

Kedua, peguam Carter Ruck terkenal dengan mengenakan kos yang tinggi bagi mendapatkan khidmat mereka kerana firma itu dikatakan peguam terbaik bagi kes fitnah bukan sahaja di UK tapi juga di Eropah.

Ketiga, kes ini tidak dibicarakan dan Presiden parti ehem juga tidak menang. Maknanya, tak dapat sebarang gantirugi wang dari editor SR, so kos tak boleh nak tolak dari situ.

Keempat, jika spekulasi saya betul tentang teori “group defamation” yang mungkin peguam presiden parti ehem cuba kemukakan, ia ada kesan yang besar pada isu kos tersebut juga.

والله اعلم

YB Sepang.
24/5/2020
I Syawal 1441-1442