"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dia seorang wanita 26 tahun, wardar penjara yang terlampau

Agensi

TINA Gonzalez. FOTO Fresno County Sheriff's Office

Los Angeles: Seorang wadar wanita di California dipenjara kerana melakukan hubungan seks dengan seorang banduan sambil ditonton 11 tahanan lain.

New York Post melaporkan Tina Gonzalez, 26, juga memotong seluar seragamnya untuk memudahkannya melakukan hubungan seks di penjara Fresno County, mahkamah dimaklumkan pada Selasa.

Bekas ketuanya, pembantu syerif, Steve McComas memberitahu mahkamah dia menyaksikan banyak 'perkara yang menjijikkan' selama 26 tahun bekerja.

Namun katanya, tiada yang lebih mengejutkan apabila mengetahui aksi seks Gonzalez ditonton banduan lain.

Gonzalez berhenti selepas ditangkap Mei tahun lalu juga membekalkan banduan sama dengan pisau cukur, telefon bimbit dan maklumat dalaman sebelum sel tahanan lelaki itu diperiksa, kata laporan berkenaan.

"Dia mengangkat sumpah untuk menggalas tanggungjawab itu tetapi (tindakannya) membahayakan nyawa rakan sekerjanya,

"Tetapi dia tidak menunjukkan penyesalan. Dia masih berhubung menerusi telefon dengan berbual lucah dengan lelaki berkenaan serta bangga dengan kejahatan dilakukannya," kata McComas.

April lalu, Gonzalez mengaku tidak bersalah melakukan aktiviti seksual dengan tahanan, memiliki dadah atau alkohol serta telefon bimbit yang mahu diberikan kepada banduan berkenaan.

Bekas ketuanya meminta wanita terbabit dihukum penjara maksimum tiga tahun lapan bulan.

Tetapi Hakim Michael Idiart meneliti pengakuan awal tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman tujuh bulan di penjara daerah diikuti tempoh percubaan selama dua tahun.

"Saya rasa apa yang anda buat itu dahsyat, bodoh dan anda sudah merosakkan karier anda," katanya kepada Gonzalez.

-hmetro 

Apa Itu Amalan Garfu Tala? Yang Dikatakan Syirik

 

Serupa tilik nasib

Muhammad Saufi Hassan

saufi@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Amalan 'garfu tala' mirip kepada perbuatan menilik nasib dan tindakan yang menyerupai amalan tilikan adalah dilarang di dalam Islam.

Menerusi siaran al-Afkar terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), ia menjelaskan bahawa hukum tenung nasib atau tilik nasib serta sebarang perbuatan yang menyerupai tindakan itu adalah diharamkan oleh Allah SWT. 

Amalan garfu tala itu sendiri menggunakan terjemahan ayat suci al-Quran untuk menilik sesuatu yang berlaku pada kehidupan harian seseorang individu.

Teknik amalan ini memerlukan pengikutnya atau individu membuka sebarang muka surat di dalam al-Quran mengikut gerak hati atau pemilihan rawak.

Selepas itu, setiap ayat terjemahan pada helaian yang dibuka oleh individu berkenaan akan diperhalusi dan memilih mana-mana ayat yang dirasakan 'kena' dengan kehidupan seseorang.

Tindakan itu juga mirip kepada perbuatan menilik turut mendapat perhatian daripada beberapa individu berstatus public figure yang dilihat menggunakan teknik sama.

Pada masa sama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam perbincangan dengan pihak berkaitan mencadangkan supaya amalan seumpama ini dibawa ke Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) untuk pandangan lanjut.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, pihaknya sedia maklum berhubung amalan garfu tala yang mencetuskan kegusaran awam.

"Walaupun menggunakan kitab suci al-Quran namun apa saja kaedah amalan yang mirip dengan amalan menilik nasib, maka ia adalah dilarang berdasarkan kepada dalil yang sahih.

"Jakim mengambil maklum tentang kegusaran awam terhadap satu amalan mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan mushaf al-Quran ataupun istikharah al-Quran.

"Kitab al-Quran diturunkan adalah sebagai pedoman serta diambil isi kandungannya sebagai panduan hidup," katanya kepada Metro Ahad.

Abdul Aziz berkata, ia bukanlah untuk dijadikan amalan yang tiada asas atau pun amalan baharu yang direka cipta dan bertentangan dengan ajaran al-Quran itu sendiri.

Kata Abdul Aziz, Jakim menyeru seluruh umat Islam agar mengelakkan diri daripada mempercayai serta mengamalkan ajaran yang tiada asas sumbernya daripada hukum syarak.

"Umat Islam diseru mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh melalui pegangan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana diajar Nabi Muhammad SAW melalui saluran yang betul dan guru yang diiktiraf keilmuannya," katanya.

Selepas kecoh ada MP dinikahkan imam Narathiwat, Hadi seru ikut pemimpin ke akhirat

FAZLI RADZI

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi ini tampil dengan artikel sarat terjemahan al-Quran ketika orang ramai kecoh memperkatakan seorang ahli parlimen partinya menambah isteri.

Menerusi Minda Presiden Pas kali ini bertajuk “Mengikut pemimpin sampai ke akhirat“, bekas Menteri Besar Terengganu sepenggal itu turut memetik Surah al-Hajj, ayat 41.

“Ayat di atas menjelaskan bahawa mereka yang diberikan amanah memimpin, syaratnya ialah kalangan yang erat hubungannya dengan Allah SWT, menegakkan ekonomi yang adil, melaksanakan amar ma‘ruf dan nahi munkar, serta berwawasan Hari Akhirat.

“Bukanlah dilantik pemimpin daripada kalangan mereka yang fasiq, pembohong yang menipu rakyat, tidak melakukan amar ma‘ruf dan nahi munkar, serta hanya berwawasan dunia tanpa mengambil kira perhitungan pada Hari Pembalasan di akhirat kelak,” kata Hadi menerusi Facebook miliknya.

Pemimpin yang terkenal dengan Amanat Haji Hadi sejak 40 tahun lalu itu turut menyelar golongan yang enggan melaksanakan Islam atas alasan tiada persediaan dan Islam tidak sesuai pada zaman kini.

“Namun sebaliknya, secara terus-menerus melaksanakan perkara selain daripada ajaran Islam yang dikatakan lebih baik, walaupun apa yang dilakukan itu gagal menyelesaikan masalah di negara penciptanya.

“Inilah alasan mereka yang melaksanakan agenda musuh Islam yang tidak memberikan tempat dan peluang kepada Islam, atau juga alasan mereka yang buta al-Quran dan jahil ilmunya.

“Allah SWT memberikan amaran agar jangan terpengaruh dengan golongan ini,” tegasnya diikuti dengan terjemahan Surah al-Ma’idah ayat 49 hingga 50.

Tambahnya lagi, manusia sedang menyaksikan kelemahan dan kegagalan ideologi, teori dan semua ajaran lain daripada Islam.

Sehubungan itu, Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri tersebut berkata, wajib bagi umat Islam kembali semula memimpin umatnya bersama ajaran Islam yang sempurna.

“Agama yang telah membuktikan kejayaannya pada zaman keemasan, sehingga ia menjadi teladan kepada seluruh manusia,” ujarnya lagi.

Sejak semalam, orang ramai heboh memperkatakan tentang seorang ahli parlimen Pas menambah isteri ketika rakyat sedang bergelut dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Majlis akad nikah pemimpin berasal dari Kelantan itu diadakan secara dalam talian dengan seorang imam dari Narathiwat, Thailand.

Tular video yang juga menunjukkan majlis nikah Timbalan Menteri itu turut dihadiri oleh dua saksi.

Berlangsung di masjid sebuah negeri di pantai timur pada 1 Julai lalu, wakil rakyat itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM11,111 kepada isteri mudanya yang dikatakan berasal dari Selangor.