"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak masih ingat peristiwa semasa dalam kandungan

 

JAKARTA: Seorang kanak-kanak menggemparkan media sosial selepas menceritakan peristiwa ketika berada di dalam kandungan ibunya.

Lapor Suara.com, rakaman video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @nyinyir_update_official semalam. 

Pada awalnya, ibu kanak-kanak itu cuba bertanyakan soalan kepada anaknya.

“Dulu dalam perut ibu bagaimana ya? Masih ingat?” soalnya.

Budak perempuan itu mengaku dirinya masih mengingati peristiwa ketika berada di dalam kandungan ibunya.

“Ibu minum air teh saya hisap, ibu ambil makanan ringan, saya hisap juga,” jawabnya.

Kanak-kanak itu turut memberitahu dia makan apa sahaja yang dimakan ibunya sepanjang berada di dalam perut ibunya seperti ais krim, susu dan gula-gula.

Selanjutnya, budak itu bercerita, di dalam kandungan suasananya begitu gelap.

-utusan 

Suami sanggup ‘jual isteri’ untuk layanan bertiga

JAWA TIMUR: Seorang suami berusia 35 tahun diberkas pihak polis selepas didapati terlibat perjudian dalam talian dengan menjual isterinya sendiri.

Lapor Tribunnews, lelaki itu tergamak menawarkan pasangannya kepada lelaki hidung belang menerusi Twitter.

Bahkan, lelaki dikenali dengan YW menyediakan perkhidmatan layanan ‘main’ bertiga.

Suspek diberkas di sebuah hotel di Trenggalek dan ketika itu, isterinya sedang melayani pelanggan secara bertiga.

Ketua Polis Trenggalek, Heru Dwi Purnomo berkata, pasangan suami isteri itu mempunyai kelainan orientasi dalam hubungan intim.

Katanya, suspek mengenakan caj sebanyak 1.5 juta rupiah (RM440) bagi setiap sesi dan menuju ke kota atau lokasi terdekat pelanggan.

“Dia senang melihat isterinya bersetubuh secara tidak normal iaitu hubungan dengan tiga orang serentak,” katanya.

-utusan

Kantoi rakam video model tanpa seurat benang

Agensi

NEIL Corbel. FOTO Agensi

London: Seorang lelaki yang juga bekas pegawai polis unit antikeganasan mengaku membuat rakaman video puluhan model tanpa seurat benang dengan menggunakan kamera secara rahsia.

Metro UK melaporkan Neil Corbel 40, menyembunyikan peranti itu di tempat strategik seperti kotak tisu, pengecas telefon, penyegar udara dan gelas.

Modus operandinya adalah dengan menyamar sebagai juruterbang sebelum menyewa hotel, flat dan Airbnb untuk mengadakan sesi penggambaran dengan model yang dikenalinya di internet.

Helahnya terbongkar selepas seorang daripada wanita berkenaan yang setuju untuk mengambil gambar tanpa pakaian, curiga dengan satu jam digital sebelum mendapati ia adalah kamera pengintip.

Hasil siasatan lanjut, pegawai polis menemukan 51 gambar wanita di pemacu cakera keras milik Corbel.

Polis seterusnya mengenal pasti 19 mangsa yang bersedia memberi kenyataan terhadap lelaki berkenaan.

Corbel kemudian digantung daripada tugasnya di Polis Metropolitan London selepas mengaku bersalah atas 19 kesalahan di Mahkamah Majistret Westminster, pada Isnin.

Mahkamah bagaimanapun mendapati kesalahan itu tidak mempunyai kaitan dengan pekerjaannya sebagai polis.

Berdasarkan prosiding, tertuduh melakukan semua perbuatan berkenaan di London, Manchester dan Brighton, antara Januari 2017 hingga Februari tahun lalu.

Mahkamah diberitahu bahawa Corbel merakam video semua mangsa kecuali seorang wanita tanpa pengetahuan mereka.

Pendakwa raya, Babatunde Alabi berkata, secara umumnya semua mangsa adalah model.

"Seorang saja bersetuju untuk rakaman video, manakala yang lain tidak," katanya.

Difahamkan, dua daripada model berkenaan mempunyai hubungan dengan tertuduh.

Mahkamah diberitahu, Corbel ketika disoal siasat oleh pihak polis mengakui menggunakan peranti untuk merakam video mangsa secara sembunyi untuk kepuasan seksualnya sendiri semata-mata.

Dalam pada itu, Polis Metropolitan London akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Corbel.