"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sepanduk sambut menteri, timbalan bazir wang kerajaan

ZOLKHARNAIN ABIDIN

Tidak payahlah buat sepanduk sambut menteri atau timbalan menteri lagi dalam suasana sekarang.

Buat sepanduk sebegitu membazir wang kerajaan sebab sepanduk itu dibuang sahaja selepas tamat acara.

Jika mahu beri projek kepada peniaga atau kontraktor terlibat, buatlah sepanduk yang lebih bermanfaat daripada sepanduk sebegitu.

Arahan patut dikeluarkan kepada semua agensi kerajaan berkaitan hal ini. Pegawai kerajaan pula janganlah guna wang kerajaan tanpa berfikir panjang.

Sepanduk sebegitu boleh diganti dengan pancaran menggunakan projektor ke skrin putih yang lebih jimat dan mesra alam sekitar.

Gambar yang disertakan sekadar contoh supaya isu ini lebih mudah difahami.

Patutnya cerdik, awat tak cerdik ya?

HANIPA MAIDIN

Jika kita membaca sejarah Islam, kita boleh melihat betapa ramainya ulama’ islam yang amat geliga sungguh otak mereka dalam pelbagai disiplin ilmu. Sebagai Muslim, saya rasa bangga.

Kita lihat sebagai contoh dlm ilmu teologi atau disebut juga ilmu kalam. Saya amat tertarik melihat dialog lejen antara Imam ابو الحسن الاشعري dengan tokoh besar mu’tazilah iaitu ابو علي الجباءي.

Cara imam Abu Hassan Al -‘Asya’ari رحمه الله mematahkan hujah lawan beliau amat amat mengagumkan.

Jika kita baca kitab “fiqh al-sunnah” karangan Sayid Sabiq, pengarang ada membawa dialog antara Imam Al-Syafiee رضي الله عنه dan Imam Malik رضي الله عنه mengenai hukum ke atas orang yang meninggalkan solat. Menarik hujah imam Al-Syafiee.

Sebab itu, jujurnya, maaf cakap, saya agak keliru bila lihat ada para ostad zaman la ni yang nampak sgt, dengan hormat, dilihat tak cerdik.

Letak tepi dulu soal penguasaan bahasa arab depa, berhujah dlm bahasa melayu pun selalu ke laut.

Menteri Agama berharap dijaga dari golongan yang dengki

MALAYSIA DATELINE

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agma) yakin “selama mana seorang itu ikhlas berkhidmat, maka ia akan bahagia kerana Allah akan menjaganya daripada keburukan orang yang hasad dengki.”

Namun catatan dhuha beliau semalam dijawab oleh rakan-rakan beliau agar beliau sebagai menteri agama berusaha untuk membolehkan solat di masjid semula selepas kerajaan membenarkan Langkawi dikunjungi semula oleh pelancong bukan mendakwa orang dengki kepada beliau.

Dalam pilihan raya umum lalu Idris tewas di Parlimen Bukit Gantang apabila mendapat hanya 16,052 iaitu ditempat ketiga berbanding dua calon lagi yang mendapat undi lebih banyak dari beliau.

Namun beliau kemudiannya dilantik sebagai senator dan seterusnya menjadi menteri.

Reedzm Abdullah menulis, “Tak kesahlah ikhlas ke tak, Allah lebih mengetahui.. umat Islam nak tengok apa tindakan menteri untuk melonggarkan sop masjid supaya mudah umat Islam beribadat.”

Halim Sp pula menulis panjang kepada Naib Presiden Pas itu selepas kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan membenarkan pelancong ke Langkawi.

“Flight 159 orang vs Masjid 100 orang. Aku berharap kerajaan Pak Long Ismail mengkaji semula SOP masjid.

“Ia sangat kontradik dengan SOP lain yang tidak berkaitan dengan ibadah org Islam.

“Tolong lah.. solat adalah kekuatan ummah, runtuhnya institusi masjid dan jemaah akan runtuhlah agama dan iman umat Islam. Tolonglah!!!!

“Sebagai contoh, dalam kapal terbang boleh pula 159 orang tapi dalam masjid yang besar hanya 100 orang.

“Dalam kapal terbang boleh duduk bersebelahan tapi dalam masjid 1 meter lebih.

“Waktu makan di tempat orang ramai atau di restoran tak perlu tutup mulut tapi nak solat di masjid perlu tutup mulut.

“Fikir-fikirlah adakah apa yang dikata Nabi tidak sesuai dengan zaman atau keadaan.  Wallahualam,” tulis beliau dalam catatan itu.

Ska King pula menyindir beliau dengan berkata, hanya beliau sahaja yang ikhlas sedangkan yang lain semuanya dengki kepada beliau yang berjaya menjadi menteri walaupun kalah dalam pilihan raya.

“Yelah ko sorang je ikhlas…orang lain mane ikhlas,” tulis beliau.