"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penganalisis sokong trend bekas penjawat awam ceburi politik

Amirul Aiman
PN mencalonkan Dr Mazri Yahya, Jamil Salleh dan Haim Hilman Abdullah untuk bertanding bagi kerusi DUN.
PETALING JAYA: Penganalisis politik mengalu-alukan trend bekas penjawat awam semakin ramai diletakkan sebagai calon pilihan raya, dengan berkata mereka membawa banyak pandangan, kemahiran dan perspektif berharga ke dalam arena politik.

Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia (USM) memberitahu FMT, parti politik harus terus mempertimbangkan bekas penjawat awam sebagai calon pada masa akan datang.

Katanya, bekas penjawat awam mempunyai pengetahuan institusi dan kepakaran pentadbiran yang berharga dan banyak pengalaman untuk dikongsi, terutamanya dalam menangani isu lazim dihadapi rakyat marhaen.

Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini mencalonkan bekas pakar bedah kerajaan Dr Mazri Yahya pada PRK Simpang Jeram di Johor, hanya beberapa minggu selepas dua lagi bekas penjawat awam bertanding pada PRN.

Jamil Salleh, ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dan Haim Hilman Abdullah, bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia, menjadi calon PN untuk kerusi Dengkil (Selangor) dan Jitra (Kedah) pada Ogos.

Azmil berkata, pesara penjawat awam berpangkat tinggi cenderung sangat aktif dalam komuniti setempat mereka, dikenali ramai dan mempunyai pengaruh meluas, yang boleh menjadi aset penting bagi parti.

Asrul Hadi Abdullah Sani, seorang penganalisis dengan Bower Group Asia berkata, pihak yang mencalonkan bekas penjawat awam di kawasan luar bandar boleh memperoleh sokongan tambahan kerana kerjaya dalam perkhidmatan awam sangat dihormati dalam komuniti ini, tidak seperti di kawasan bandar.

“Bagi kebanyakan orang di kampung-kampung, memegang jawatan kerajaan yang tinggi dikira sebagai suatu kejayaan,” katanya.

Nandakumaran Kathirvaloo, yang menceburi bidang politik selepas 36 tahun menjadi pengetua sekolah berkata, beliau berbuat demikian kerana ingin lebih menyumbang kepada pembangunan negara.

Beliau menyertai PKR selepas bersara dan menjadi naib presiden cawangan Pahang parti itu sehingga 2021.

“Kami berhak menceburi politik selepas berkhidmat kepada negara sebagai penjawat awam,” katanya.

“Kekayaan pengalaman dan kematangan kami dalam mengendalikan urusan kerajaan boleh menjadi berguna kepada negara.”

Kemenangan PH: PN dakwa mahu tukar kerajaan semakin pudar dan semakin kurang dipercayai, kini dilihat politiking berlebihan

9,000 undi beralih papar sokongan PN meningkat, kata penganalisis
Azmi Hassan berkata peningkatan luar biasa undi terhadap PN berkemungkinan daripada pengundi Melayu yang sebelum ini memilih BN.

Joel Shasitiran

PETALING JAYA: Keputusan PRK Pulai semalam menyaksikan pertambahan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) di Johor di sebalik kemenangan Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis politik.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata terdapat peningkatan hampir 9,000 undi kepada calon PN, berbanding pada PRU tahun lalu.

“Ini luar biasa mereka meraih hampir 9,000 undi walaupun jumlah keluar undi lebih rendah berbanding pada November. Undi tambahan pastinya datang daripada pengundi Melayu di Pulai,” katanya kepada FMT.

“Besar kemungkinan, pengundi Melayu memilih Barisan Nasional pada PRU lalu kini mengundi PN.”

Azmi berkata, jumlah keluar undi rendah menjurus dua calon gabungan itu meraih undi lebih kecil, namun hanya PH dilihat mendapat bahagian undi menguncup kali ini.

Beliau berkata, pemimpin PH dan BN sepatutnya bimbang dengan jumlah undi diraih kerana menunjukkan penyokong Umno sudah beralih kepada PN, atau penyokong PH membuat undi protes terhadap kerjasama dengan Umno.

“Ini migrasi besar (kepada PN),” katanya.

Semalam, calon PN Zulkifli Jaafar mendapat 29,643 undi pada PRK Pulai berbanding pada November, calon PN dari Gerakan Loh Kah Yong, meraih 20,677 undi.

Calon PH, Suhaizan Kayat berjaya menang di kawasan itu apabila mendapat 48,283 undi. Secara perbandingan pada November, Salahuddin Ayub menang selepas meraih 64,900 undi.

Peratusan keluar undi di Pulai semalam adalah 47%, berbanding 71% pada PRU15.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, keputusan berkenaan menunjukkan peralihan pasti kepada PN, meskipun PH berjaya memperoleh kemenangan meyakinkan.

Katanya, peningkatan undi kepada calon PN berlaku hanya dalam tempoh kurang setahun. “Dalam tempoh empat tahun, jika kerajaan tidak berjaga-jaga Johor berkemungkinan menyaksikan gelombang lebih besar untuk PN,” katanya.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, berkata keputusan di Pulai menunjukkan kerjasama antara PH-BN diterima kalangan rakyat, walaupun PN cuba memainkan isu Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan.

Beliau berkata, kemenangan PH turut menunjukkan dakwaan PN mahu mengambil alih kerajaan semakin pudar dan semakin kurang dipercayai. “Kini, ia dilihat politiking berlebihan,” katanya.

Asrul, bekas mak nyah si pembuat batu nisan

Azneal Ishak
story-image
Tanpa diduga, kematian ibu tersayang pada 2016 menjadi detik perralhihan buat Muhammad Asrul Abdul Kadir setelah berbelas tahun dia terjebak dalam dunia mak nyah di ibu kota.

Selepas pulang ke kampung, Asrul memilih untuk kembali menjadi lelaki sebenar.

“Semasa berusia 20 tahun saya dipengaruhi oleh rakan untuk bekerja di Kuala Lumpur yang menawarkan pendapatan antara RM400 hingga RM500 setiap hari,” kata Asrul.

Kembali hidup dalam suasana kampung Asrul - yang mesra disapa sebagai Jun - mengakui ia tidak mudah terutama apabila perlu berdepan dengan masyarakat yang menganggap dirinya gila.

Namun demi mencari rezeki yang halal Asrul, 38, membulatkan tekad dan mengetepikan segala cabaran yang datang,

Kini dia lebih tenang meneruskan hidup sebagai pengusaha batu nisan.

Menceritakan pengalamannya, Asrul berkata ramai rakannya meninggal dunia ekoran pelbagai penyakit HIV ketika mereka masih bergelumang dalam dunia mak nyah.

Pada masa sama anak sulung kepada enam beradik itu berkata dia sudah pun membuat persediaan apabila detik ajalnya tiba. Dia sudah menyediakan keranda dan nisannya sendiri.

“Saya sudah lama siapkan keranda sendiri dan batu nisan, waris pun sudah saya bagitahu supaya mereka boleh bersedia bila-bila,” katanya.

Dia juga menyatakan kesyukuran yang amat besar serta mengakui bernasib baik kerana sudah kembali ke pangkal jalan.

Kepuk kubur dibersihkan di kedai Asrul di Alor Sempah, Kedah
Batu nisan yang ditempah dibersihkan sebelum diambil pelanggan
Setiap sepasang nisan dijual antara RM250 hingga RM2,000

Penampilan Asrul semasa dia dikenali sebagai Jun suatu ketika dulu
Asrul dan pembantunya menyusun batu nisan dan kepuk untuk dibawa ke tanah perkuburan
Ada antara batu nisan lama yang ditukar oleh waris
Asrul membantu menukar batu nisan lama

Kawasan tanah perkuburan di Alor Sempah
Asrul bertemu dengan waris si mati sebelum menukar batu nisan
Asrul sempat membersihkan kubur selepas selesai menukar batu nisan
Keranda yang disiapkan Asrul untuk dirinya apabila sampai masa nanti