"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga asing ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Anggota polis menjalankan ujian pernafasan menggunakan alat EBA ll terhadap kedua-dua individu berkenaan. FOTO Ihsan IPD Ampang Jaya
Anggota polis menjalankan ujian pernafasan menggunakan alat EBA ll terhadap kedua-dua individu berkenaan. FOTO Ihsan IPD Ampang Jaya
Ampang: Seorang warga asing antara dua lelaki yang ditahan menerusi Ops Mabuk sempena Ops Selamat 21 di sekitar daerah ini, semalam kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi itu dijalankan bermula jam 9 hingga 11 malam sempena Tahun Baharu China 2024.

"Sekatan jalan raya yang diadakan di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah itu berjaya menahan dua lelaki yang mana seorang daripadanya adalah warga Pakistan.

"Hasil ujian yang dijalankan menunjukkan tahap kandungan alkohol dalam darah individu yang ditahan melebihi had yang ditetapkan iaitu sebanyak 50/100 mililiter sahaja had yang dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan milik lelaki berusia 55 dan 65 tahun itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

"Kedua individu ini ditahan atas kesalahan memandu kenderaan bermotor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

"Individu yang didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen ini boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM 30,000," katanya.

Mohd Azam berkata, jika disabitkan kesalahan individu lesen memandu individu terbabit juga akan digantung bagi tempoh tidak lebih dua tahun.

"Orang awam dinasihatkan supaya tidak memandu kenderaan ketika di bawah pengaruh alkohol terutama di musim perayaan ini.

"Raikan perayaan dengan penuh suka tanpa duka dan pandulah dengan cermat serta berhati-hati, ingatlah orang yang tersayang," katanya.

Bukan hanya walaun, Mahiaddin pun jahil rupanya kes Nik Elin

Harapandaily

AHMAD MURSI

Bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Yassin mendakwa di Facebook, selepas keputusan Mahkamah Persekutuan, beberapa kesalahan syariah tidak lagi jadi kesalahan di Kelantan.

Kalau Mahiaddin berani, datanglah ke Kelantan dan langgar 16 kesalahan itu kerana di bawah Akta Sivil, sebahagiannya dia boleh dihukum lebih berat hingga 30 tahun penjara berbanding Enekmen Syariah 3 tahun maksimum.

Katanya dengan precedent Kes Nik Elin, Enekmen Jenayah Syariah di Negeri lain boleh juga dicabar.

Dia tak sedar ke precedent kes Iki Putra (2021) zamannya, pesalah dah boleh cabar undang-undang syariah yang ultravirus jika didakwa?

Kenapa Muhyiddin tak bertindak langsung? Sibuk agih projek runding terus Jana Wibawa 92.5Bil ke?

Hairan, jahil macam ini pun boleh jadi Perdana Menteri dan Calon PM Tebok Atap PAS. Aduhai.

Pas yang ‘sekularkan’ undang-undang negara

Isunya satu kesalahan yang sama, boleh dihukum dengan dua undang-undang berlainan, dua sistem keadilan berlainan.

‘Syariah’ sangat ke keadaan ini? Boleh capai keadilan yang Islam kehendaki ke?

Hal yang Pas dakwa ‘Syariah’ it upun hanyalah undang-undang takzir (EKJSK1) yang mana tiada dalil hukuman yang spesifik seperti Hudud dan Qisas (EKJSK2).

Hukuman Takzir ‘direka’ oleh pemerintah berdasarkan maslahah sama seperti majoriti undang-undang sivil.

Banyak undang-undang sivil yang jaga maslahah manusia dan penuhi kehendak syariah walaupun tidak dicop ‘syariah’ contohnya Akta berkait Rasuah, undang-undang jalan raya dan lain-lain.

Itu juga Takzir seperti maksud penghakiman mahkamah dalam kes Nik Elin.

Sebelum Nik Elin cabar 16 sekysen EKJSK1 itu pun, berita-berita di Kelantan melaporkan kadar jenayah sedang meningkat naik:

Kes HIV dalam kalangan homoseksual di Kelantan meningkat (17/11/2022)
Kes dadah, pornografi, punca sumbang mahram tinggi di Kelantan (24/01/2023)
Kes seksual di Kelantan meningkat (31/01/2024)
Kes rogol, bunuh, dan curi kereta di Kelantan meningkat (05/11/2023).
Syariah ini bukan hal undang-undang sahaja.

Buat polisi untuk mencapai kesejahteraan masyarakat melalui pembangunan, ekonomi, pendidikan, pembinaan sosial juga syariah.

Lelaki pandu kapal terbang balik kampung, elak ‘trafik jem’

KOSMO!
Wang dan anak perempuannya pulang ke kampung dengan menaiki pesawat sempena sambutan Tahun Baharu Cina. - Sanook
BEIJING – Seorang lelaki dan anak perempuannya tular di media sosial China selepas menaiki sebuah pesawat ringan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Tahun Baharu Cina.

Laman berita Thaiger melaporkan, Wang yang merupakan seorang penduduk di wilayah Anhui, memilih pengangkutan udara berbanding menempuh perjalanan  panjang dan sesak di jalan raya.

Wang berkongsi klip video memaparkan perjalanan dia dan anaknya pulang ke kampung.

Menurut Wang, tempoh perjalanan lebih tiga jam menaiki kereta berjaya dikurangkan kepada 50 minit dengan menaiki pesawat tersebut. Dua beranak itu juga dapat menikmati pemandangan indah dari udara.

Selepas rakaman itu tular, pelbagai persoalan diutarakan orang ramai mengenai pemanduan pesawat tersebut terutamanya mengenai kaedah pendaratan di kawasan luar bandar tanpa landasan.

Wang yang merupakan seorang juruterbang berpengalaman berkata, tiada had umur untuk penumpang jadi kehadiran anak perempuannya adalah sah sepenuhnya.

Selain itu, terdapat kawasan yang luas untuk mendarat di kampung halamannya. – AGENSI