"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dentuman kuat 4 pagi bongkar penemuan mayat lelaki

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
bhnews@bh.com.my
Keadaan kereta yang remuk selepas seorang lelaki terjatuh ke atasnya dari tingkat atas pangsapuri di Taman Sri Murni di ibu negara awal pagi tadi. - Foto ihsan penduduk
Keadaan kereta yang remuk selepas seorang lelaki terjatuh ke atasnya dari tingkat atas pangsapuri di Taman Sri Murni di ibu negara awal pagi tadi. - Foto ihsan penduduk
KUALA LUMPUR: Dentuman kuat kedengaran kira-kira jam 4 pagi tadi mengejutkan penghuni sebuah pangsapuri di Taman Sri Murni, di sini, sekali gus membongkar kewujudan mayat seorang lelaki.

Mayat lelaki warga India itu ditemukan di kawasan parkir pangsapuri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas, mengenai sebuah kereta milik penduduk yang diletakkan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata pihaknya menerima laporan jam 4.10 pagi tadi.

"Kejadian berlaku di kawasan pentadbiran Balai Polis Jinjang membabitkan seorang lelaki warganegara India yang berusia 48 tahun.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kematian mangsa terbabit ," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, mangsa yang juga seorang peniaga disahkan mati di lokasi kejadian dan siasatan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Apa yang menimpa jururawat wanita ini?

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
SEORANG jururawat wanita lengkap beruniform ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, di sini, malam tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
SEORANG jururawat wanita lengkap beruniform ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, di sini, malam tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
Kuala Pilah: Jururawat wanita lengkap beruniform ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 30-an ditemui tertiarap dan kasut tertanggal di luar keretanya dengan enjin masih hidup.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, berdasarkan laporan awal, mangsa mengalami luka pada kepala akibat dipukul.

"Pihak kami menerima laporan kira-kira jam 11 malam yang memaklumkan orang awam menemui seorang jururawat dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai dirompak.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk diberikan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, daripada siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di HTAN menuju ke arah Dangi, sebelum kejadian berlaku di lokasi.

"Buat masa ini mangsa masih dirawat dan kami masih mendapatkan keterangan lanjut daripadanya mengenai kejadian sebenar.

"Berdasarkan keterangan awal, mangsa memaklumkan tidak dirompak sebaliknya hanya dipukul di bahagian kepala. Malah siasatan di lokasi juga mendapati tiada barang peribadi mangsa yang hilang," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini kes dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang

Sinar Harian 
Kedua-dua itu sempat diselamatkan pihak berkuasa. - Foto: Agensi
Kedua-dua itu sempat diselamatkan pihak berkuasa. - Foto: Agensi
SINGAPURA - Seorang wanita di Singapura didenda S$2,000 (RM7,025) kerana membuang dua ekor itik peliharaannya yang didakwa akan membawa 'nasib malang'.

Ng Siok Hui, 61, dikenakan dua pertuduhan di bawah Akta Haiwan dan Burung serta dilarang memelihara haiwan selama 12 bulan.

Menurut dokumen mahkamah Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.

"Dia tinggal bersama anak lelakinya dan mereka turut memelihara sembilan ekor burung spesies lain.

"Wanita berkenaan mendakwa dia tiada pilihan lain selepas rakannya memberitahu dua ekor itik itu akan menyebabkan tuah tidak baik. Rakannya berulang kali memintanya berbuat demikian," jelas dokumen tersebut lagi.

Kakitangan taman Lembaga Taman Negara itu bagaimanapun menjumpai itik yang dibuang tersebut. - Agensi