"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu sempat keluar sebelum kereta masuk gaung, terbakar

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
BOMBA memadam kebakaran Volkswagen Golf Jalan Bukit Sebelah dekat Sik. FOTO Ihsan Bomba
BOMBA memadam kebakaran Volkswagen Golf Jalan Bukit Sebelah dekat Sik. FOTO Ihsan Bomba
Sik: Lelaki sempat menyelamatkan diri apabila keluar dari Volkswagen Golf yang dipandunya, sebelum kereta itu terjunam ke dalam gaung dan terbakar di Jalan Bukit Sebelah di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, lelaki berusia 36 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.53 pagi dan sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Soffuan Sabry tiba di lokasi bersama tujuh anggota.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai memandu kereta berkenaan dari Pekan Sik menuju ke Baling.

"Tindakan yang dilakukan bomba adalah memadam kebakaran hingga api dipadam sepenuhnya.

"Berdasarkan maklumat mangsa, kejadian berlaku apabila dia memandu dan nampak dengan jelas laluan itu jalan lurus, sedangkan ia adalah kawasan selekoh," katanya di sini, hari ini.

Zulkhairi berkata, Volkswagen Golf itu musnah dengan kira-kira 90 peratus daripadanya terbakar.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada pihak polis dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bagi tujuan siasatan lanjut.

ANGKARA KOMISYEN, JURUJUAL KERETA TERPAKAI BERGADUH, BAKAR LAMBORGHINI GALLARDO

Zhafirin Zulkifli
Kita semua pernah mengalami pertemuan yang boleh menyebabkan darah kita mendidih, tetapi seorang jurujual kereta terpakai di India bertindak melampau semasa pertemuan dengan jurujual lain, dilaporkan telah membakar Lamborghini Gallardo.

Insiden tersebut berlaku di Pahadi Shareef, pinggir bandar Hyderabad, pada hari Sabtu, 13 April. Berdasarkan rakaman video yang disiarkan ke pelbagai saluran di media sosial, kereta itu dibakar pada siang hari.

Bagaimanapun, seorang lelaki bernama Neeraj, pemilik Lamborghini berkenaan, memfailkan aduan mengenai kebakaran itu kepada polis tempatan, seperti dilaporkan oleh The Times of India.

Menurut Neeraj, dia bertemu dengan seorang lagi lelaki bernama Ahmed, yang didakwa membakar Lamborghini selepas pertikaian mereka memuncak.
Kedua-dua individu itu dikatakan sebagai jurujual kereta terpakai, dan mereka didakwa bertemu untuk menyelesaikan pertikaian yang telah berlaku sebelum pertemuan ini.

Pihak polis difahamkan bahawa terdapay perselisihan pendapat antara mereka mengenai cara membahagikan komisen daripada penjualan kereta sebelum ini.

Mengulas insiden itu, pemandu bernasib baik kerana terdapat ruang yang luas untuk bergerak di sekelilingnya sambil mengekalkan jarak yang selamat.

Rasa Raya Epik Bersama Prego
Ditaja oleh Prego MalaysiaSelanjutnya
Dalam video itu, nampaknya tiada sesiapa berada berhampiran kenderaan itu ketika ia terbakar, dan tidak ada kecederaan dilaporkan.

Ketika pihak bomba tiba di tempat kejadian, kereta itu terbakar sehingga tidak dapat diselamatkan dan lelaki yang didakwa membakar kereta itu bagaimanapun masih bebas.

Satu dunia pertahan moral, akhlak PM Anwar - ABD RAUF JAINULLAH

Harapandaily

ABD RAUF JAINULLAH

Bagi mereka yang mempertikaikan ‘moral dan akhlak’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, sila bandingkan pengetahuan anda dengan mereka yang mempertahankan ‘maruah’ Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti berikut:

Sejak bermula ‘Fitnah dan tuduhan yang direkayasa’ dengan maksud pembunuhan karakter ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 agar Dato Seri ‘berhenti berpolitik’ sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila masyarakat Melayu menunjukan undi protes pada PRU 1999 dengan swing votes sebanyak 36% kepada pembangkang.

Datuk Seri Najib sendiri di Parlimen Pekan hanya menang dengan majoriti 241 undi, akibat kemarahan masyarakat Melayu atas kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim.

Sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Datuk Seri yang mengetuai pembangkang pada PRU 2008 berjaya merobek keegoan Umno/Bn buat pertama kali apabila Umno/Bn kehilangan 5 negeri dan majoriti 2/3 di parlimen. Akibatnya Umno/Bn menjadi LUMPUH.

Majoriti rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRU 13 apabila Datuk Seri sekali lagi buat kali kedua merobek keegoan Umno/BN.

Umno/BN buat pertama kali kehilangan undi popular yang hanya mendapat 48% berbanding Pakatan yang mendapat 51% undi popular.

Akibatnya, Umno/BN ‘koma’ dan sepatutnya Anwar Ibrahim sudah dilantik sebagai Perdana Menteri.

Hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.

Seluruh dunia Islam khususnya negara-negara Arab, Indonesia, Turki dan Iran tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PMX dipilih dan dinobatkan sebagai seorang yang sangat berpengaruh bagi kategori ‘politik’ pada 2017 dan 2018 dua tahun berturut-turut melalui The Muslim 500 Magazine yang berpengkalan di Jordan, walau pun Anwar Ibrahim masih dalam penjara.

Masyarakat antarabangsa tetap mempertahakan moral dan maruah Anwar Ibrahim apabila Anwar dipilih sebagai penerima anugerah ‘Noble Peace Prize’ pada 2016 ketika beliau berada dalam penjara.

Masyarakat Barat tetap mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim apabila Anwar disenaraikan dalam kelompok 100 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam kategori ‘Politik’ oleh Majalah Time pada 2008.

Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Sheikh Dr.Yusuf Qaradhawi tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Intellectual Muslim’ yang dihormati oleh dunia barat.

Al Marhum Ustaz Dato Fadzil Noor bekas Presiden Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral,Akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Al Marhum Tuan Guru Harun Din bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Hj Hadi Awang Presiden Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Aiman Rais pemimpin Jemaah Muhammadiyah Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kiayi Hj. Maasum Bandawoso Jawa Timur,Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kiayi Hj.Ghafur Pondok Sunan Darajat,Gerisik Surabaya,Jawa Tengah,Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sheikh Abdul Razak Hafiz, Mallah Puram, Karallah, India memimpin himpunan setengah juta umat, zikir dan solat hajat untuk mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

BJ Habibie bekas Presiden Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Mustapha Charrick,Mufti Bosnia Harzigovina tetap mempertahankan Moral,Akhlak dan Maruah Anwar Ibrahim.

Maulana Ihsan Hendricks,Presiden Majlis Keadilan Islam dan Judicial Council Ulama Afrika,tetap memertahankan Moral,Akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

Sheikh Wahbah Az Zuhaily seorang Ulama terkenal dari Syaria tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

Maulana Muhammad Illias Ketua Ulama Afrika tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

Reccep Tayyip Erdogan Presiden Turki tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

Sheikh Abul Hassan Ali Nadwi seorang Ulama dari India tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

Khalid Meshaal Ketua Pejuang Hamas Palestin tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

Ekmeleddin Ihsanoglu Setiausaha Umum OIC tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

Dr. Umar Jamjum,University King Abdul Aziz Arab Saudi tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

Rashid Ghanoushi Penasihat dan Ketua Umum Parti Annadah Tunisia,tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

Sultan Muhammad V, Yang DiPertuan Agong ke 15 mempertahakan moral, akhlak dan tidak percaya Anwar Ibrahim melakukan perkara jijik.

Tuan Guru Haji Abdul Hamid Pendang,Kedah mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim.

Sheikh Dr. Ahmad Ar Raysuni Pengerusi Majlis Ulama Sedunia.

Sultan Brunei mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim.

Sultan Nazrin Shah mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim.

Nota:

Tulisan ini bukan bermaksud TAKSUB kepada DSAI, saya sedar DSAI hanyalah manusia biasa.

Matlamat tulisan ini adalah untuk mengekang,membendung dan melawan PEMBUNUHAN WATAK atau CHARACTER ASSASSINATION yang dilakukan ke atas DSAI oleh musuh-musuhnya dari sudut sains politik.

Pembunuhan watak adalah sebahagian dari sains politik dan harus dijawab dan dilawan.

Saya bekas pelajar DSAI di Yayasan Anda Akademik Kuala Lumpur dan juga bekas JEMAAH beliau dalam Pertubuhan Dakwah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ketika itu DSAI adalah Presiden saya.