"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najis manusia mengalir seperti sungai di jalan raya

KOSMO
Kumbahan yang mengalir keluar ke jalan raya. - Leigh Hawkins
LONDON – Penduduk sebuah kejiranan baharu di Kent, England dibelenggu pemandangan menjijikkan apabila sisa kumbahan manusia mengalir keluar ke jalan raya tanpa henti, lapor saluran Mail Online kelmarin. 

Rakaman kejadian menunjukkan beberapa jalan dipenuhi tisu kotor dan najis manusia yang mengalir keluar seperti sungai. 

Lebih teruk, banyak tikus berkeliaran di sepanjang jalan kerana tertarik dengan bau busuk itu. 

Lelaki yang merakam kejadian itu, Leigh Hawkins, 42, berkata, dia ‘dihalang’ oleh aliran najis dan kumbahan semasa dalam perjalanan ke rumah rakannya di St Luke Close. 

“Keadaan ini menjijikkan. Banyak ketulan najis manusia dan tisu di jalan raya dan baunya sangat busuk. 

“Saya tinggal di sini selama 12 tahun dan situasi ini tidak pernah berlaku sehinggalah kawasan ini didiami oleh ramai orang.

Menurutnya, masalah itu melanda penduduk sejak syarikat pemaju Hyde Homes memulakan kerja pembinaan pada 2019.

“Namun, Hyde Homes menyalahkan penduduk setempat kerana membuang lampin bayi, produk sanitari serta tisu sewenang-wenangnya, menyebabkan salur kumbahan tersumbat,” tambahnya. – AGENSI

‘Hati-hati melancong ke Kuala Terengganu’

KOSMO!
Tangkap layar yang menunjukkan seorang lelaki meminta bantuan wang kepada dua orang wanita.
PETALING JAYA – Tular seorang lelaki yang didakwa menipu orang ramai dengan menggunakan modus operandi sama sejak beberapa tahun dengan menyasarkan orang luar iaitu yang menggunakan nombor plat kereta dari luar Terengganu.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial memaparkan seorang lelaki bermodalkan muka kesian dan ayat sedih meminta bantuan wang sebanyak RM40 kepada dua orang wanita untuk membayar bilik hotel.

Lelaki itu memberitahu dia menginap di sebuah hotel bajet bersama isteri dan anak. Mereka sedang menunggunya di hotel tersebut.

“Dengan izin Allah boleh tak tolong saya? Isteri dan anak saya ada kat hotel bajet. saya memerlukan RM40 untuk membanyar penginapan. Saya sekarang ada RM1.

“Saya bukan pengemis, saya tak paksa orang tapi kalau tak keberatan saya nak minta tolonglah,” katanya.

Simpati dengan rayuan lelaki itu, kedua-dua wanita itu yang berada di dalam sebuah kerera kelihatan memberikan sejumlah wang kepadanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendedahkan penipuan lelaki itu dan meminta orang ramai agar jangan terpedaya.

“Kepada pelancong yang datang ke Kuala Terengganu, Elakkanlah bagi derma kat abang ni. Dia ni ‘kaki barang’, dapat duit beli ‘barang’. Elok sedekah kat orang yang betul-betul memerlukan,” kata h4kim3.

“Pernah kena dengan dia. Masa tu dia guna cerita yang sama macam ni. Kita sedih pula bagilah duit dan beli makanan untuk dia dan keluarga. Haha rupanya kena tipu,” Kongsi QueenRaaa.

“Aku pernah kena dengan orang tua ni kat depan Pasar Payang Terengganu. Ayat dia kau cairlah. Siap guna nama Allah,” kata Ayum. – KOSMO! ONLINE

Ahli farmasi dari Malaysia maut ditikam bertubi-tubi gelandangan di Melbourne

Agensi
LEONG ditemui maut dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh gelandangan di blok pangsapuri Bellfield di timur laut Melbourne, Rabu lalu. FOTO Nine
LEONG ditemui maut dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh gelandangan di blok pangsapuri Bellfield di timur laut Melbourne, Rabu lalu. FOTO Nine
Kuala Lumpur: Seorang ahli farmasi dari Malaysia, Leong 'KC' Kum Chuan, 29, ditemui maut dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh gelandangan di blok pangsapuri Bellfield di timur laut Melbourne, Rabu lalu.

Media asing melaporkan, polis menemui mayat Leong sekitar tengah hari selepas dia tidak datang bekerja sebaik mendapat laporan dari rakan sekerjanya.

Hasil siasatan polis mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki yang menghidap skizofrenia yang juga gelandangan dalang di sebalik pembunuhan itu.

Leong yang berkhidmat dengan Jabatan Kesihatan Timur Melbourne sejak 2021, digambarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Eastern Health, David Plunkett sebagai 'pemimpin dan berbakat' sebagai ahli farmasi muda.

Plunkett berkata, Leong akan dikenang kerana semangat, kebaikan dan dedikasinya kepada pasukannya dan komuniti yang lebih luas serta menganggap kematiannya sebagai tragedi yang akan dirasai oleh semua orang.

Difahamkan, Leong baru saja membeli dan berpindah ke rumah itu kira-kira enam bulan lalu.

Keluarga Leong tiba dari Malaysia pada Khamis lalu untuk bertemu dengan polis dan membincangkan kes itu dengan lebih lanjut.

Sementara itu, suspek, Simon Hunter, 54, didakwa di mahkamah di Melbourne atas pertuduhan membunuh ahli farmasi muda itu, Khamis lalu.

Bagaimanapun, prosiding terpaksa ditangguhkan kerana suspek berada dalam emosi tidak stabil dan peguamnya mengesahkan anak guamnya tidak mengambil ubat skizofrenia selama dua minggu.

Suspek dijangka akan menghadapi pertuduhan mahkamah pada Januari depan.

Dalam pada itu, penduduk terdengar kekecohan berhampiran rumah itu 12 jam sebelum mayat ditemui.