"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ular sawa kekenyangan selepas baham tiga kambing ditangkap abang bomba

BERNAMA
ANGGOTA bomba menangkap ular sawa yang membaham kambing di Kampung Ngangah hari ini. FOTO Ihsan Jabatan JBPM
ANGGOTA bomba menangkap ular sawa yang membaham kambing di Kampung Ngangah hari ini. FOTO Ihsan Jabatan JBPM
Kuala Krai: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menangkap seekor ular sawa batik dianggarkan sepanjang tujuh meter dan seberat 240 kilogram (kg) selepas membaham seekor ibu dan dua anak kambing milik penduduk Kampung Ngangah di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penternak mengenai kejadian itu pada pukul 7.15 pagi tadi memaklumkan reptilia itu berada di dalam kandang kambing di tepi rumah miliknya dan telah menelan ibu serta dua anak kambing terbabit.

"Sebaik menerima laporan, tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela Guchil dan tujuh anggota BBP Kuala Krai dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menangkap ular berkenaan.

"Pasukan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap haiwan itu yang kekenyangan kerana menelan ibu serta dua anak kambing," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, ular itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Krai untuk tindakan lanjut

Tular video ‘Mat saleh’ angkat kereta ganggu jalan

KOSMO!
Tangkap layar memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat kereta yang ganggu jalan.
PETALING JAYA – Sekumpulan lelaki yang merupakan penumpang sebuah bas bertindak mengangkat dan mengalihkan kereta kerana menghalang laluan bas tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok @Zul Shoib, sekumpulan individu itu yang merupakan pelancong luar negara dilihat cuba mengalihkan beberapa buah kereta yang diletakkan di kiri dan kanan jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Tindakan penumpang itu menerima pujian ramai kerana membantu melancarkan perjalanan bas dan kenderaan lain yang ‘tersangkut’ akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Orang ramai juga memuji kegagahan dan kerjasama mereka yang mengangkat kereta itu dengan mudah.

“Weh kuatnya tergaman tengok,” kata syiraLaoshi.

“Macam angkat beg bagasi jer,” kata Izzati.

“Kerja gila ni tapi memang terbaik,’ komen entahsiapa.

Ada juga yang mengingatkan agar parkir kereta ditempat yang sepatutnya supaya tidak menyusahkan pengguna yang lain.

“Korang kalau ‘parking’ ingatlah orang lain. Bila kita permudahkan urusan orang Insya-Allah akan dipermudahkan urusan kita,” kata Muhammad Afendy Aqasyah.

“Dari semalam tau dia orang ‘parking’ kiri dan kanan jalan, ingatkan sebab jem, rupanya memang parkir macam tu. Tak tahu bila pemikiran semua ini nak berubah,” kata amel. – KOSMO! ONLINE

Lori terbabas bawa 18,700 paket minyak masak untuk seludup

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
Lori yang terbabas ditinggalkan di kawasan pengkalan haram di Kampung Terusan. (Foto kecil) minyak masak untuk diseludup ditemukan dalam lori terbabit. - Foto ihsan PGA
Lori yang terbabas ditinggalkan di kawasan pengkalan haram di Kampung Terusan. (Foto kecil) minyak masak untuk diseludup ditemukan dalam lori terbabit. - Foto ihsan PGA
RANTAU PANJANG: Misteri sebuah lori yang terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan terjawab apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui 18,700 paket minyak masak dalam kenderaan terbabit dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Rampasan dilakukan kira-kira jam 4 petang menerusi Op Taring Wawasan di Pengkalan Ayam, sebuah pengkalan ayam di Kampung Terusan, di sini.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pihaknya memeriksa sebuah pengkalan haram atas maklumat berlakunya aktiviti penyeludupan minyak masak.

"Ketika pasukannya bersama KPDN tiba di lokasi, sebuah lori jenis Nissan ditemukan terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan tanpa pemandu.

"Hasil pemeriksaan mendapati ratusan kotak mengandungi 18,700 paket minyak masak ditemui dalam lori terbabit tanpa dokumen yang sah.

"Minyak masak itu dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran. Anggaran rampasan kenderaan bernilai RM160,000, manakala minyak masak bernilai RM46,750.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Barang rampasan dibawa ke Balai Polis Jelawat, Bachok untuk tindakan selanjutnya.