"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita warga asing maut jatuh bangunan di Setapak

BuletinTV3 

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga asing maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Setapak, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 12.10 tengah hari.

Menurutnya, mangsa berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRN Sabah: Pas tak diperlukan sebagai rakan - GRS

Harapandaily

Gabungan Rakyat Sabah tidak akan mempertimbangkan Pas sebagai rakan dalam pilihan raya negeri Sabah, kata setiausaha gabungan tersebut Datuk Seri Masidi Manjun.

“Tidak buat masa ini. Pas berada dalam Perikatan Nasional,” kata beliau dalam satu video yang disiarkan menerusi laman Facebook Sabah Media.

Beliau berkata demikian meskipun Pas menganggotai kerajaan negeri Sabah. Ketua Pas Sabah Aliakbar Gulasan ialah seorang Adun lantikan.

Dalam pada itu, Masidi juga mengulangi seruannya kepada Parti Progresif Sabah (SAPP) pimpinan Yong Teck Lee untuk mengambil pendirian sama ada ia mahu menganggotai PN atau GRS.

Saya telah membuat kenyataan ini dahulu. SAPP perlu memutuskan samada mahu berada di sebelah sini atau di sebelah sana. Ia tidak boleh berada di kedua-duanya.

Masidi bagaimanapun yakin perkara ini akan diselesaikan dengan cara baik.

Beliau mengakui rundingan kerusi GRS untuk pilihan raya negeri tahun hadapan belum dimulakan tetapi yakin ia tidaklah sukar.

GRS berharap dapat membentuk kerajaan negeri baharu.

Culik ahli perniagaan, seorang wanita dituduh esok

Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Seorang lagi suspek dalam kes penculikan ahli perniagaan membabitkan wang tebusan RM20 juta akan dituduh di mahkamah esok.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pertuduhan akan dibuat ke atas seorang wanita berusia 57 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, jam 8.30 pagi.

"Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan iaitu melakukan persubahatan menculik mangsa bersama tiga tertuduh lain.

"Di bawah seksyen itu, jika sabit kesalahan, hendaklah dihukum dengan penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan sebatan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pada 4 November lalu, seramai tiga lelaki termasuk dua warga asing berusia antara 29 hingga 49 tahun dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, di bawah pertuduhan yang sama.

Katanya, ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan jamin dan kes akan disebut semula pada 17 November ini.

Pada 13 Oktober lalu, seorang pemaju berusia 59 tahun dilaporkan diculik sekumpulan individu di hadapan rumahnya di bandar raya ini, kira-kira jam 5 pagi.

Mangsa hanya dibebaskan penculik selepas kira-kira tujuh jam, apabila ahli keluarga membayar wang tebusan bernilai RM20 juta seperti yang diminta.