"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak pengasuh ditahan kes liwat budak 4 tahun

Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my

Johor Bahru : Polis, semalam, menahan seorang lelaki berusia 23 tahun bagi membantu siasatan kes liwat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Suspek warga tempatan itu ditahan di kawasan Taman Perindustrian Tampoi Jaya di sini, 3.20 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Cawangan D9, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan selepas menerima maklumat.

"Siasatan awal mendapati suspek adalah anak kepada pengasuh kepada mangsa yang dijaga sejak dua tahun lalu.

"Mangsa diliwat sebanyak dua kali sekitar Oktober lalu. Keluarga mangsa menyedari berlaku perubahan pada diri mangsa," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek yang juga pekerja kilang itu negatif dadah.

Pada masa sama, Raub menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam memilih penjaga bagi anak-anak dan melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Beribu-ribu ikan meloncat ke darat

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan beribu-ribu ikan melompat keluar dari permukaan laut. - Instagram
JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan beribu-ribu ikan naik ke daratan di sebuah dermaga di Lampung, wilayah Sumatera Selatan, lapor portal berita INews Lampung semalam. 

Kejadian berlaku di Dermaga Pelabuhan Panjang, Bandar Lampung. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @trendinglampung menunjukkan beribu-ribu ikan melompat keluar dari permukaan laut secara tiba-tiba. 

Ikan-ikan tersebut dikenali sebagai Tanjan.

“Fenomena aneh ini dipercayai berlaku disebabkan air laut pasang besar,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 4.4 juta tontonan dan menimbulkan kekecohan di ruangan komen. 

“Ikan-ikan itu sedap dimakan!” komen seorang netizen. 

“Tanda-tanda bakal terjadinya tsunami atau banjir besar,” komen netizen lain. – AGENSI

MP PAS ini disaran jangan jadi seperti Pesuruhjaya PAS Perak yang boleh dianggap sebagai 'pemfitnah bersiri'

Mastura perlu amal apa diungkapkan

Iskandar Fareez

SURAT | Saya menyarankan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad agar tidak mengikut jejak langkah Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang boleh dianggap sebagai 'pemfitnah bersiri'.

Razman yang juga merupakan Adun Gunung Semanggol mempunyai rekod kalah saman fitnah sebanyak tiga kali sebelum ini, masing-masing kepada mantan Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin, Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng, dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pada 4 Dis lalu pula dia dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak selepas didakwa membuat kenyataan tidak benar dalam perbahasan sehari sebelum itu.

Bagi menghindari nasib yang sama, saya menasihatkan Mastura supaya mengamalkan apa yang dia ungkapkan baru-baru ini iaitu meneliti fakta sebelum berkata-kata.

Ketika mengulas keputusan mahkamah supaya membayar RM750,000 kepada tiga pemimpin DAP, Mastura memberitahu yang dia akan meneliti dahulu penghakiman penuh sebelum membuat tindakan lanjut.

Untuk konteks, Mastura telah diperintahkan untuk membayar RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 lagi Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa Kok.

Arahan itu dibuat mahkamah selepas dia kalah dalam kes saman fitnah yang dikenakan terhadapnya.

Sebagai pemimpin muda dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat, Mastura perlu menjadi contoh kepada orang ramai dengan menerajui usaha memerangi berita palsu.

Tidak sepatutnya Mastura menjadi wadah penyebar fitnah.

ISKANDAR FAREEZ ialah Naib Ketua Pemuda DAP Kebangsaan dan Ketua Pemuda DAP Bukit Bintang.