"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Pemilik spa cedera disimbah asid

ROHANA MOHD. NAWI
Lokasi premis mangsa yang disimbah asid di pekan Beris Kubor Besar, Bachok semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAWI
BACHOK – Seorang pemilik sebuah spa dan salun kecantikan cedera pada lengan selepas disimbah cecair yang dipercayai asid oleh tiga individu termasuk dua wanita yang tidak dikenali semasa berada di tingkat atas premisnya di pekan Beris Kubor Besar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an masih memakai telekung selepas menunai solat maghrib berada di dalam kedainya bersama seorang anak.

Saksi kejadian yang merupakan peniaga berhampiran kawasan itu, Izati Aziz, 20, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar beberapa kali jeritan mangsa meminta pertolongan supaya memanggil polis.

“Saya bergegas keluar dan mendapati mangsa masih memakai telekung solat dan menjerit meminta tolong sambil memimpin tangan anaknya.

“Peniaga pasar malam berhampiran premis mangsa terus membantu menghubungi pihak polis,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Izati memberitahu, dia melihat pemilik spa itu terus berlari ke klinik untuk mendapatkan rawatan.-KOSMO! ONLINE

Rafizi: Ini pertandingan atas padang tak sama rata

Malaysiakini

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendakwa pertembungan antaranya dengan Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR berlaku di atas padang yang tidak sama rata.

Penyandang kerusi timbalan presiden PKR itu mendakwa dia bertembung Nurul Izzah dalam keadaan segalanya disusun bagi memenangkan anak kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu.

Katanya, titik persamaan antaranya dengan PKR Sarawak ketika ini ialah masuk pertanding pasti kalah.

"Isyarat itu telah jelas, keseluruhan parti telah digerakkan agar saya kalah dengan Nurul Izzah...memang jelaslah, tak ada masalah.

"Saya datang (Sarawak) bukan nak kata tolonglah bagi saya menang, itu hak masing-masing. Saya masuk (pemilihan) saya menerima hakikat kalau saya menang, dunia akan kiamat.

"Gila ke apa kau menang...dalam keadaan segala-galanya telah disusun, ini sebenarnya pertandingan atas padang tak sama rata," katanya dalam ceramah siri jelajah Hiruk di Sarawak, malam tadi.

Sebelum ini, Rafizi menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi jika gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan PKR kali ini.

Mengakui dia sebenarnya agak lega dengan kemungkinan itu, menteri ekonomi itu berkata dia akan mempunyai lebih banyak masa dan lebih bebas bersuara dalam pelbagai isu.

Sementara itu Rafizi semalam berkata keputusan bertanding dalam pemilihan kali ini adalah "berani mati" dalam keadaan dia tahu akan kalah berdepan Nurul Izzah.

Malah, katanya kenyataan pemimpin PKR yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah sebelum ini adalah bertujuan melemahkannya supaya dia menarik diri daripada menyertai pertandingan itu.

Namun kata Rafizi dia seorang yang keras kepala dan tidak akan beri kemenangan percuma kepada lawannya.

"Saya ingat awal itu, isyarat yang digerakkan supaya saya kononnya patah hati tak apalah saya tak bertanding, jadi (NUrul Izzah) menang tanpa bertanding. Jadi masalah kerana saya keras kepala.

"Saya tahu masuk pertandingan ini berani mati, tak ubah macam saudara-saudari dekat Sarawak. Masuk bertanding menang belum tentu, kalah confirm," katanya lagi.

Wanita warga emas maut, kereta terbabas tepi longkang

NOR AINNA HAMZAH
Seorang warga emas perempuan maut apabila kereta yang dipandunya terbabas ke kanan jalan di Jalan Kuala Pilah - Tampin, berdekatan Masjid Undang Kamat petang tadi
KUALA PILAH – Seorang wanita warga emas berusia 68 tahun maut apabila kereta dipandunya terbabas ke kanan jalan di Jalan Kuala Pilah – Tampin, berdekatan Masjid Undang Kamat, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa memandu kereta jenis Perodua Kelisa dalam perjalanan dari arah Air Mawang hendak menghala ke Johol.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa telah hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan. Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) bagi proses bedah siasat dan kes di buka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.