"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Himpunan yang dikatakan untuk menyuarakan isu kos sara hidup rakyat, berakhir dengan kutipan derma daripada rakyat

Pas kutip derma ketika himpunan di Kedah cetus pertikaian

SITI NUR ZAWANI

Ketika ramai penyokong berhimpun dalam program “Turun Anwar” di Kedah kelmarin, tindakan Pas menggerakkan tabung derma menjadi perhatian.

Kutipan itu dimulakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang meminta orang ramai untuk menderma sebagai tanda perjuangan.

Katanya, amalan kutipan derma sudah menjadi kebiasaan dalam majlis-majlis ceramah umum yang parti itu adakan.

Salah seorang hos berkata, ia adalah satu cara untuk membantu perjuangan mereka.

Beberapa rakaman video turut berlegar di media sosial. Himpunan yang dikatakan untuk menyuarakan isu kos sara hidup rakyat, berakhir dengan kutipan derma daripada rakyat.

Tindakan itu mengundang kritikan beberapa pihak yang mempersoalkan sama ada himpunan tersebut benar-benar berfokus kepada isu rakyat, atau lebih menjurus kepada agenda politik pembangkang.

Syarikat penerbangan nafi buang najis tandas pada bagasi penumpang

KOSMO!
NEW YORK – Syarikat penerbangan Virgin Atlantic mengulas mengenai insiden tular di mana bagasi penumpang dikotori bahan seperti tahi, sambil menegaskan bahawa kotoran tersebut bukan najis dan tidak berasal daripada pesawatnya.

Seorang penumpang memuat naik video dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy (JFK) dan mendakwa bahawa Virgin Atlantic mengosongkan tandas pesawat ke atas bagasi.

Penumpang itu berkata, terdapat bau busuk di kawasan karpus bagasi sebelum beg-beg tersebut muncul.

Beberapa beg dari penerbangan Heathrow di London ke JFK kelihatan dicemari kotoran berwarna coklat muda

“Saya benar-benar terkejut. Saya tidak percaya apa yang saya lihat dan bau,” katanya dalam keterangan klinik video tersebut.

Dia mendakwa syarikat penerbangan itu tidak membuat pengumuman rasmi mengenai apa yang berlaku dan ada kanak-kanak yang terkena tahi pada badan mereka.

Seorang lagi penumpang meluahkan kemarahan berhubung perkara itu.

“Bagaimana semua beg ini boleh terkena najis manusia? Kakitangan lapangan terbang berkata bahawa mereka tidak boleh sediakan tisu, beg baharu atau sanitizer. Semua pakaian rosak kerana beg saya diperbuat daripada kain!” katanya.

Virgin Atlantic bagaimanapun menafikan bahan itu adalah najis manusia atau berasal dari pesawat.

“Kami sedar tentang kegagalan sistem di JFK yang menjejaskan bagasi sebilangan kecil pelanggan pada 14 Julai lalu.

“Kami bekerjasama dengan pihak JFK dan pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan masalah ini. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan,” kata seorang jurucakapnya kepada akhbar Daily Mail semalam.

Syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa bahan tersebut adalah minyak/gris daripada paip yang rosak di terminal. – AGENSI

Pemuda PAS cabut 'gear undur' dari presiden

Siti Rohana Idris
Afnan Hamimi selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan. - Foto NSTP/Siti Rohana Idris
Afnan Hamimi selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan. - Foto NSTP/Siti Rohana Idris
KOTA BHARU: Pemuda PAS menegaskan pergerakan itu sudah memuktamadkan keputusan untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti.

Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, memberi perumpamaan sudah mencabut 'gear undur' yang membawa maksud keputusan itu sudah tidak boleh diubah.

"Kita Pemuda (PAS) sudah cabut 'gear undur' dari Presiden (Abdul Hadi), tiada lagi gear berundur hanya ke hadapan terus," katanya ketika ditanya mengenai pemilihan jawatan tertinggi sempena Muktamar PAS yang akan berlangsung pada 15 September hingga 16 September ini.

Mengenai jawatan yang sedang disandangnya, Afnan Hamimi, berkata beliau menyerahkan kepada perwakilan sama ada untuk mengekalkannya atau digantikan dengan calon lain.

Beliau berkata, parti itu bersifat matang dalam berdepan dengan pemilihan malah tidak diajar untuk memburu jawatan sebaliknya menyerahkan kepada suara jemaah perwakilan.

Menurutnya terlalu ramai calon yang dianggap sesuai namun untuk menggalas jawatan memerlukan seseorang yang berani dan lantang dalam menyuarakan isu serta membangkitkan suara anak muda.

"Saya serah kepada perwakilan. Dalam PAS kita tak diajar untuk memburu jawatan jadi saya serah kepada perwakilan biar jemaah tentukan macam mana.

"Duduk di mana pun saya (tetap) berkhidmat, tiada masalah. Siapa pun yang akan mengundi (Ketua) Pemuda kena berjiwa muda, memahami bahasa Gen Z dan kena berani kerana era ini perlu kepada kepemimpinan yang lantang dan berani untuk menyuarakan isu, membangkitkan suara anak muda dan menegur perkara yang tak betul dilakukan oleh pihak kerajaan," katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini.