"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Video) Kapal penumpang terbakar: ‘Kami terbakar di tengah laut, kami perlu pertolongan segera’

KOSMO
Sebilangan penumpang terjun ke terjun dalam laut ketika kapal dijilat api yang marak. - Facebook
JAKARTA – Sejumlah penumpang berdepan detik cemas apabila kapal dinaiki mereka tiba-tiba terbakar ketika belayar di perairan wilayah Sulawesi Utara, lapor laman berita CNN hari ini. 

Kapal penumpang (KM) Gregorius Barcelona V terbakar di perairan Pulau Talise dekat Minahasa Utara. 

Kebakaran dilaporkan berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari (waktu tempatan).

Rakaman video kejadian menunjukkan kapal itu dijilat api yang marak dengan asap tebal menyelubungi udara. 

Sebilangan penumpang terjun ke dalam laut demi menyelamatkan diri, manakala sebilangan lain berpusu-pusu memakai jaket keselamatan. 

Seorang penumpang dikenali sebagai Abdul berkata dalam rakaman video tersebut: “Tolong, KM Barcelona V terbakar. Masih ramai orang di atas kapal. 

“Kami terbakar di tengah laut, kami perlukan pertolongan segera,” katanya dengan nada panik.

Telefon bimbit yang digunakan untuk merakam kejadian itu bergegar ketika api terus membakar KM Barcelona.

Ibu bapa pula memegang erat anak mereka di atas kapal sambil menunggu bantuan tiba. 

Penumpang terpaksa menunggu sehingga setengah jam sebelum bantuan tiba.

Dalam perkembangan sama, ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Manado, George Randang berkata, pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan KN Bim Sena Likupang diarah segera ke lokasi kejadian. Kapal Basarnas dan bot dari beberapa resort turut berada di lokasi,” kata George. – AGENSI

Kereta dipandu budak 11 tahun terbabas ke longkang

FMT Reporters

Polis berkata kanak-kanak itu bersama adik dan sepupunya tidak cedera, tetapi kereta dipandunya mengalami kerosakan kecil.
Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan Proton Saga berwarna kelabu dipercayai dipandu seorang kanak-kanak terbabas ke longkang di Jalan Telok Gong, Klang, semalam.
PETALING JAYA: Sebuah kereta dipandu seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun sejauh 2km sebelum hilang kawalan dan terbabas ke longkang di Jalan Telok Gong, Klang, semalam.

Ketua Polis Klang Selatan, Ramli Kasa, berkata kanak-kanak itu bersama adik dan sepupunya tidak cedera, tetapi Proton Saga dipandunya mengalami kerosakan kecil di bawah bonet depan sebelah kanan dalam kejadian kira-kira 10 pagi.

Bertindak atas maklumat, katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Klang Selatan berjaya mengesan kereta itu bersama pemiliknya dan tiga kanak-kanak dipercayai berada di dalamnya semasa kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta itu pada awalnya dipandu ibu kepada dua beradik terbabit dari Bandar Sultan Suleiman di Pelabuhan Utara Klang menuju rumah kakaknya di Telok Gong.

“Setibanya di rumah kakak, wanita terbabit yang juga pemegang kad UNHCR (Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) meninggalkan kenderaan sebentar untuk ke tandas,” katanya menurut Sinar Harian.

Ramli berkata, anak lelakinya kemudian mengambil kunci kereta lalu mengajak adiknya berusia tujuh tahun dan sepupu mereka ke kedai.

Ketika menghampiri kawasan kedai, katanya, kanak-kanak itu gagal mengawal kereta terbabit lalu terbabas ke longkang di bahu jalan.

Beliau berkata, dua beradik itu memiliki kad UNHCR, manakala sepupu mereka warga tempatan.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) dan 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Akta Kanak-kanak 2001 bagi mengenal pasti sebarang unsur pengabaian terhadap kanak-kanak.

Beliau mengingatkan ibu bapa dan penjaga lebih peka serta memantau pergerakan anak dengan tidak membiarkan mereka memandu atau menunggang kenderaan yang boleh mengundang risiko keselamatan.

Jemputan dihantar kepada kepemimpinan tinggi PAS namun tiada wakil yang hadir, dakwa BERSATU

Suzalina Halid

KUALA LUMPUR: BERSATU menafikan pimpinan PAS selaku rakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) tidak dijemput dalam pertemuan pemimpin daripada parti blok bukan kerajaan bagi membincangkan cadangan penubuhan sebuah barisan rentas parti.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata jemputan dihantar kepada kepemimpinan tinggi PAS namun tiada wakil yang hadir.

Beliau turut menjelaskan ia bagaimanapun bukan membabitkan pertemuan rasmi, sebaliknya hanya bersifat santai.

"PAS dijemput dengan jemputan dihantar kepada ketua parti sahaja.

"Tetapi ingin dijelaskan ia bukan sesuatu yang 'formal', hanya minum-minum sambil berbincang mendapatkan pandangan ketua parti bukan blok kerajaan yang lain," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Semalam, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan ketua parti blok bukan kerajaan bagi membincangkan cadangan penubuhan sebuah barisan rentas parti dalam kalangan parti pembangkang.

Selain wakil pemimpin BERSATU, parti lain yang hadir antaranya GERAKAN, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), PEJUANG, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan MUDA.

Namun, wakil daripada PAS tidak disenaraikan sebagai antara yang menyertai perjumpaan berkenaan walaupun parti itu antara komponen utama dalam PN.

Terdahulu Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, mengesahkan mereka tidak dijemput atau mengetahui mengenai pertemuan rentas parti terbabit.

Pada masa sama, Tun Faisal berkata, melalui hasil pertemuan itu, tiada keputusan yang mengikat diputuskan.

Sebaliknya, beliau berkata, ia hanyalah pengumpulan pandangan bernas mengenai bagaimana parti bukan blok kerajaan boleh memainkan peranan dan berjuang terhadap isu rakyat.