"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selebriti muda jadi isteri keempat VVIP?

DIVA

CANTIK, berjaya dan digilai ramai namun difahamkan memilih seorang golongan bangsawan berstatus suami orang sebagai pasangan hidup.

Dalam erti kata lain lain, wanita popular yang berusia 31 tahun itu sudah bergelar isteri keempat kepada lelaki terbabit.

Tarikh pernikahan tidak pula sumber maklumkan, cuma paling pasti pasangan terbabit sebenarnya sudah lama menjalin cinta sebelum memutuskan untuk menghalalkan ikatan.

Si cantik itu juga nampaknya reda hidup bermadu apabila berlapang dada menerima lamaran si dia yang nyata lebih daripada mampu menguruskan empat isteri.

Nantilah kalau dapat peluang jumpa Diva nak tanyakan statusnya sebab sebelum ini tak terdengar pula selebriti terbabit mempunyai kekasih. Patutlah…

Pemandu lori ditahan bersabit kemalangan maut anggota polis

Bernama

IPOH – Pemandu lori yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan seorang anggota polis yang maut di Kilometer 94 Jalan Ipoh-Butterworth, berhadapan Taman Selinsing Indah dekat Bagan Serai pada Rabu lepas telah ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Jafri Md Zain berkata, lelaki berusia 64 tahun yang merupakan seorang peniaga itu ditahan di rumahnya di Bagan Serai kira-kira 6.30 petang hasil maklumat orang awam.

“Suspek tiada rekod jenayah lampau, ujian air kencing juga didapati negatif. Pagi tadi pun kita telah ambil sampel darah suspek untuk analisis bagi kandungan dadah atau alkohol.

“Kini kita tunggu siasatan selesai dan akan hantar laporan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rabu lepas, seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori di lokasi tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, Konstabel Muhammad Hakim Danial Ruhiman, 23, yang berkhidmat di Balai Polis Bagan Serai mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang dan kaki sebelum meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping. – Bernama

Tentera Israel serbu, bakar rumah penduduk Palestin

Buletin TV3 

RAMALLAH: Tentera Israel membakar sebuah rumah milik keluarga Palestin selepas menyerbu bandar Kafr Dan, barat Jenin, di Tebing Barat.

Menurut agensi berita Wafa yang memetik sumber tempatan, rumah keluarga Abu Sultan Abed dibakar selepas tentera Israel melakukan pemeriksaan.

Pasukan tentera turut mengepung bandar berkenaan dengan kenderaan perisai serta melepaskan tembakan peluru hidup ketika operasi dijalankan.

Serbuan itu meningkatkan ketegangan di kawasan utara Tebing Barat yang sejak kebelakangan ini menyaksikan peningkatan operasi ketenteraan rejim Israel terhadap penduduk Palestin. AL JAZEERA