"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

20 ‘mat rempit’ kepung, tendang Myvi diburu polis

FMT Reporters

Ketua Polis Serdang Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan dijalankan selepas mangsa buat laporan polis berhubung kejadian itu.
Tangkap layar video tular menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal mengekori dan mengepung sebuah kereta berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong.
PETALING JAYA: Polis memburu kira-kira 20 penunggang motosikal yang mengepung dan menendang sebuah kereta dalam satu kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan kejadian berlaku pada jam 4 pagi berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong melibatkan seorang pemandu kereta Perodua Myvi berusia 52 tahun dan sekumpulan penunggang motosikal.

Ketua Polis Serdang Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan dijalankan selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Dianggarkan kira-kira 20 penunggang motosikal terbabit dalam kes ini, dan usaha mengesan serta menahan semua mereka sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Farid berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Dalam video yang tular itu, sekumpulan penunggang motosikal dilihat mengekori dan mengepung sebuah kereta di lebuh raya berkenaan.

Seorang penunggang motosikal juga dilihat menumbuk tingkap dan menendang cermin sisi kenderaan itu hingga patah.

Ular sawa kekenyangan makan anak lembu

KOSMO
Tangkap layar video menunjukkan perut reptilia itu kembung selepas menelan seekor anak lembu. - Istimewa
JAKARTA – Penduduk di Mamasa, wilayah Sulawesi Barat terkejut apabila menemukan seekor ular sawa gergasi sepanjang 7 meter menelan anak lembu, lapor laman berita Detik. 

Penemuan itu berlaku sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) di kawasan hutan Desa Ralleanak Utara, Khamis lalu. 

Penghulu dikenali sebagai Dahrul berkata, penduduk tempatan melakukan pencarian selepas seorang penternak mengadu bahawa anak lembu miliknya hilang. 

“Anak lembu itu berusia lima bulan. Ia dipercayai ditelan seekor ular sawa. 

“Reptilia itu ditemui tidak lama kemudian di kawasan belukar. Perutnya yang kembung menyebabkan ia sukar untuk bergerak,” kara Dahrul. 

Penduduk kampung segera menangkap ular itu lalu membunuhnya. – AGENSI

FAM kenal pasti kesilapan teknikal proses serah dokumen

Malaysiakini 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan pihaknya akan menunggu keputusan penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) sebelum mengemukakan rayuan.

Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman berkata rayuan itu akan dikemukakan mengikut proses dan saluran undang-undang sedia ada.

“FAM ingin memaklumkan bahawa kami telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.

“FAM mengambil serius perkara ini. Walau bagaimanapun, FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah,” katanya pada kenyataan di Facebook hari ini.

Kelmarin, FAM dan tujuh pemain warisan kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC), berkaitan pemalsuan dokumen.

Pemain yang dikenakan tindakan itu ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Menurut kenyataan FIFA, FAM didapati menyerahkan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain, membolehkan mereka diturunkan dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lepas.

Sehubungan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.