"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buru suspek kes gaduh di Bandar Sunway

Bernama

Akibat kejadian tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di hospital.
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan menyeluruh di tempat kejadian, rakam percakapan saksi dan peroleh rakaman kamera litar tertutup.
KUALA LUMPUR: Polis mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan dan merusuh yang mengakibatkan tiga lelaki cedera di sebuah kafe di Bandar Sunway awal pagi tadi.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada 6.16 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan kumpulan lelaki yang berada di lokasi itu sebelum tercetusnya pergaduhan.

“Akibat kejadian itu, tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan.

Wan Azlan berkata, polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh di tempat kejadian, merakam percakapan saksi kejadian serta memperoleh rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan insiden itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Dua sindiket transit PATI, 15 individu ditahan

HARRITH HISHAM
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi khas di Kuala Lumpur dan Selangor, kelmarin. IHSAN JIM
KUALA LUMPUR – Taktik menjadikan kondominium mewah sebagai rumah transit bagi menyembunyikan pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar menerusi dua operasi khas di sekitar ibu negara dan Selangor, kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi tersebut berjaya menahan seramai 15 individu berusia antara 23 hingga 43 tahun.

Menurutnya, dalam operasi pertama kira-kira pukul 12.30 tengah malam di Cap Square Centre, sepasukan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) menahan 10 warga Bangladesh termasuk dua lelaki yang dipercayai ‘penjaga premis’.

“Siasatan awal mendapati seorang daripada mereka memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara bagi sektor pembinaan, manakala dua wanita Bangladesh telah disenarai hitam oleh JIM tetapi dipercayai masuk semula ke negara ini melalui laluan tidak diwartakan.

“Individu lain pula didapati tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, turut disita tiga pasport Bangladesh milik individu lain serta wang tunai berjumlah RM1,595 yang dipercayai hasil kegiatan tersebut.

Katanya, siasatan mendapati premis kediaman mewah itu dijadikan rumah transit sementara bagi menempatkan warga asing yang memasuki negara ini secara haram sebelum dihantar ke destinasi masing-masing.

“Pemeriksaan mendapati warga asing dikenakan bayaran antara RM700 hingga RM1,500 seorang dan sindiket ini dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu,” ujarnya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Terminal Bersepadu Gombak, katanya, JIM menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai ‘transporter’ bersama empat lelaki warga India.

Jelasnya, semalam mendapati seorang daripada warga India itu pernah disenarai hitam oleh JIM namun dipercayai memasuki negara ini semula tanpa melalui pintu masuk yang diwartakan, manakala tiga lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Dalam serbuan itu, JIM menyita dua telefon bimbit, empat pasport India serta sebuah kereta Perodua Bezza yang dipercayai digunakan untuk mengangkut migran.

“Sindiket dipercayai membawa masuk warga asing terutama dari India melalui laluan haram sebelum mereka diambil di hentian bas dan dihantar ke lokasi yang ditetapkan dengan bayaran sekitar RM6,000 bagi setiap individu,” katanya.

Katanya, dua lelaki Bangladesh yang bertindak sebagai penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, manakala warga asing lain disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama.

Zakaria berkata, lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai transporter pula disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Beliau menambah, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

6 Rohingya diberkas terlibat kes samun acuan aluminium RM200,000

FMT Reporters

PETALING JAYA: Enam lelaki Rohingya diberkas selepas disyaki menyamun acuan aluminium dianggar RM200,000 di sebuah gudang penyimpanan barangan pembinaan di Sungai Udang, Melaka.

Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar, berkata semua suspek berusia 18 hingga 38 tahun yang melakukan samun berkumpulan itu ditahan dalam Op Kargo yang dilaksanakan pada 19 Jun, selepas memecah masuk premis tersebut pada 15 Jun.

“Kejadian samun berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira 2 pagi dengan modus operandi kumpulan berkenaan ialah mengikat tangan dan kaki pengawal keselamatan , sebelum melarikan acuan aluminium yang disimpan di gudang tersebut.

“Susulan kes itu, Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka telah melancarkan Ops Kargo di sekitar Kajang, Selangor dan berjaya menahan semua suspek terbabit,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, polis turut merampas dua lori, tiga guni berisi bongkah aluminium, dan dua salinan resit jualan barangan lusuh bernilai RM27,440 dan RM101,816.

Katanya, mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh esok untuk didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak berkumpulan.