"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Set kepala 'godam' otak manusia dicipta

Set kepala ini dikatakan boleh mendapatkan maklumat rahsia menerusi interaksi dengan komputer.
Set kepala ini dikatakan boleh mendapatkan maklumat rahsia menerusi interaksi dengan komputer.
LONDON: Ia mungkin kelihatan seperti ciptaan yang sering digunakan di dalam filem sains fiksyen.

Bagaimanapun, kumpulan saintis dari Universiti California, Oxford dan Geneva berjaya merealisasikannya ke dalam dunia realiti.

Menurut mereka, alat menyerupai set kepala itu mampu untuk 'menggodam' otak manusia untuk mendapatkan maklumat rahsia termasuk nombor pin mereka menerusi interaksi dengan komputer.

Ia akan menghantar isyarat khusus dikenali sebagai P300 yang berfungsi untuk mengesan maklumat di dalam otak.

Ivan Martinovic di Jabatan Sains Komputer Oxford menyatakan ciptaan tersebut juga boleh mengakses maklumat seperti diperoleh menerusi alat elektroensefalografi (EEG) yang berfungsi untuk mengukur gelombang otak.

Melalui P300, saintis dapat mengesan pelbagai maklumat termasuk aktiviti separa sedar yang tersimpan di dalam memori pengguna.

Walaupun ia mungkin akan disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab, ciptaan ini juga dikatakan amat sesuai digunakan dalam protokol soal siasat bagi mengesan butiran perbuatan jenayah yang dilakukan oleh suspek.

Bekas menteri lompat parti jika digugurkan jadi calon?

MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
Ahli Parlimen di Perlis
Ahli Parlimen di Perlis adalah,Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan Datuk Ismail Kassim (Arau).
KANGAR: Bekas menteri dan juga masih menjadi Ahli Parlimen di Perlis dikatakan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sekiranya beliau tidak dicalonkan semula kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau yang pernah dilantik menganggotai kabinet semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila memenangi PRU ke-11 pada 2004, kemudiannya digugurkan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil-alih pemerintahan.

Menurut laman Facebook pro-Umno Perlis, beliau juga dikatakan telah mengatur beberapa mesyuarat untuk menentukan nasibnya sekiranya tidak dicalonkan semula.

"Tidak sepatutnya mengugut kepimpinan dalam perjuangan BN, kena lihat apa juga sumbangan beliau semasa menjawat jawatan menteri. Apa yang beliau bawa kepada pembangunan Perlis?

"Umurnya pun sudah semakin meningkat, adalah wajar diberikan kepada pimpinan muda. Ini tidak, mengatur rancangan untuk berpaling tadah pula kepada BN," katanya dipetik Sinar Harian, semalam.

Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen milik BN dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dua daripadanya dimenangi pembangkang.

Ahli Parlimen di Perlis adalah, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan Datuk Ismail Kassim (Arau).

Menurut sumber lain, Ahli Parlimen berkenaan juga dikatakan sedang mengintai peluang bertanding kerusi DUN dan menjadi Menteri Besar sekiranya tidak dicalonkan di Parlimen.

Pejabat PKR diserang samseng pakai baju Umno

Harakahdaily
PETALING JAYA: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat PKR, Tropicana dekat sini tengahari tadi.

Menurut laporan Keadilandaily kumpulan samseng itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Portal itu yang memetik kenyataan Setiausaha Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata kumpulan samseng itu juga cuba bertindak ganas ke atas mereka yang cuba mengawal keadaan.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.