"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akibat Tidak Menghormati Azan

Pelbagai pengalaman misteri meguji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita ini adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang dikongsikan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.

Permainan golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan laju.

Marsyal itu menjawab: “Datuk, flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.

Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.

Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa akan terjadi.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.

“Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.

“Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah,” katanya.

Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.

Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya ‘sesat’ apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12.

“Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak. ”

Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang,” katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.

Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’ (out-bound).

Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.

“Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ,” katanya yang terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.

Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia ‘tercampak’ semula ke arah fairway.

Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.

Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?

Jawab Zubaidah, “Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

“Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”

Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk ‘Kisah misteri alam roh beri pengajaran berguna.’

Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila koma.

Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: “Seorang kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya. Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia bercerita mengenai kejadian misteri. ”
Dia mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini,” katanya.

Wallahua’lam….

Mustafa Kamal Ataturk : Matinya Dalam Hina

FB Faie DeaLova
Gambar: ✻ MUSTAFA KAMAL ATATURK : M A T I N Y A . D A L A M . H I N A ! ! ! ✻  Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum – hukum Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama.   Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..  Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.  Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau..  Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.  Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.   Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.  Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :  1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.  2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).  3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.  4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”  5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.  6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.  7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.  8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.  9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.  10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.  11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.  12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.  13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.  14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.  15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.  16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.  17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.  18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.  Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!!  ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ  Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :   1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.  2. Sakit jantung.  3. Penyakit darah tinggi.  4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.  Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.  Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.  Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).  Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.  Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!  Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!  ILMU YANG BERMANFAAT, SILA SHARE UNTUK TATAPAN SEMUA
Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum – hukum Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama.

Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.

Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!!

ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

ILMU YANG BERMANFAAT, SILA SHARE UNTUK TATAPAN SEMUA

Analogi mudah kenaikan harga minyak

Dr Azman Ibrahim
Izinkan saya membuat analogi mudah.Sepasang suami isteri yang telah agak berusia serta bergelar datuk dan nenek memiliki satu kawasan kebun rambutan. Kebetulan tahun ini rambutan naik harga dan laris sekali di pasaran.

Musim cuti sekolah sebagaimana biasa pulanglah anak cucu ke rumah dan tentunya rambutan atuk dan nenek akan menjadi sasaran mereka.

Tahun ini disebabkan harga rambutan yang meningkat di pasaran, sebelum anak cucu balik, awal-awal lagi atuk ini telah memasang strategi.

Kebun rambutan itu dipagar. Di pintu pagar siap diletakkan tanda berapa harga sekilo rambutan mengikut harga pasaran semasa. Penimbang juga disediakan.

Sampai saja anak-anak cucu di kampung, terus mereka serbu pokok rambutan atuk. Atuk yang berfikiran kapitalis ini hanya tersenyum sambil menunggu di pintu pagar kebunnya.

“Wahai anak-anak dan cucu kesayanganku, selepas petik rambutan itu, sebelum kamu semua makan, pastikan rambutan itu ditimbang dan dibayar harganya mengikut tanda harga di pintu pagar ini,” kata atuk.

Terkejut beruklah semua anak cucu dengan karenah baru atuk mereka.
Biasanya atuk amat pemurah dan tak pernah berkira dengan cucu-cucu. Lebih teruk lagi, harga yang dipamerkan pula sama dengan harga rambutan di pasar.

“Ala atuk, tak kan dengan anak cucu pun nak berkira, mahal pulak tu harga rambutan atuk ni,” rayu seorang cucunya.

“Mahal kamu kata! Cuba kamu pergi check harga rambutan di Singapura dan di Jepun, tengok berapa harganya!” tegas saja nada suara atuk.

“Betul lah di Singapura dan Jepun harga rambutan mahal, mereka mana ada pokok…” seorang anak lelaki atuk mencelah.

“Harga rambutan atuk ini, mengikut harga semasa pasaran, bukannya atuk pandai-pandai buat naik harga sendiri. Sebelum ni sudah banyak atuk tanggung subsidi dengan bagi rambutan percuma pada kamu semua. Dari mana duit atuk nak dapat untuk beli baja, nak beli racun rumput, nak buat pagar, nak upah orang petik dan bla… bla.. bla,” atuk terus membebel.

“Betul dah tu atuk, memang rambutan dah naik harga. Tapi atuk juallah kepada orang luar mengikut harga pasaran, dengan kami anak cucu tak kan lah atuk nak berkira. Tak kan sampai atuk nak suruh kami bandingkan harga rambutan atuk dengan harga rambutan di Singapura… Lagipun kebun rambutan ini memang hak atuk. Atuk pun tak perlu tanggung bayar subsidi harga kepada sesiapa. Pelik juga kalau kebun ini milik atuk, tapi tiba-tiba Atuk kata, atuk kena tanggung subsidi, isshh!! Kepada siapa pula subsidi ni dibayar?” jawab seorang lagi cucu atuk yang kebetulan belajar ekonomi di sebuah universiti tempatan secara panjang lebar.

“Walau apa-pun kamu cakap, atuk tetap bertegas. Harga tetap tak diturunkan. Kamu semua sepatutnya bersyukur. Masih boleh balik ke rumah atuk dengan aman, kampung kita pun masih aman. Makan pakai semua cukup. Kerja makan gaji . Semua pakai kereta besar. Tandanya kamu semua mampu. Tak kan lah nak bayar harga rambutan sikit pun sudah bising!” atuk membuat keputusan muktamad.