"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda beli daging babi untuk ibu berbuka di azab setiap maghrib


Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan , dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.

Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.

Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.

Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

Lelaki 30 an meneruskan cerita.Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.

Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.

Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini
Sumber link

Penyampai televisyen ditahan disyaki menjadi bapa ayam kepada artis dan model

Surabaya: Sejumlah model dan artis terkenal Indonesia diyakini terbabit dalam sindiket pelacuran yang mengenakan bayaran antara Rp15 juta (RM4,000) hingga Rp25 juta (RM6,680)

Kegiatan itu terbongkar selepas polis Jawa Timur menahan seorang model berasal dari Surabaya di sebuah bilik hotel empat bintang.

Jurucakap polis berkata, model berusia 25 tahun itu mengenakan bayaran Rp15 juta sebelum bersetuju melayan kehendak seorang lelaki tempatan.

“Selepas ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, model itu mengaku tidak beroperasi sendirian, malah ada ejen yang mencari pelanggan,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata, ejen terbabit juga bukan sembarangan, sebaliknya seorang penyampai televisyen dan pengelola majlis keraian.

Hasil maklumat berkenaan, katanya, penyampai televisyen itu juga ditangkap.

Selain suspek, polis juga merampas pelbagai barang bukti, termasuk wang tunai, dua telefon BlackBerry dan kondom terpakai.

Kata jurucakap terbabit, penyampai televisyen itu mendakwa model yang ditangkap itu bukan satu-satunya selebriti yang ditawarkan untuk ditiduri.

“Dia mengaku ada stok model dan artis yang boleh dibayar untuk memuaskan nafsu.

“Sekurang-kurangnya ada 25 selebriti yang boleh disewa melalui penyampai televisyen berkenaan,” katanya.

Pegawai kanan polis Jawa Timur, Heru Purnomo pula berkata, kes berkenaan sedang diteliti.

“Kami masih cuba mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui sejauh mana aktiviti ini beroperasi,” katanya.

Sumber pula berkata, kegiatan penyampai televisyen itu sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, sebahagian besar pelanggan mereka ialah lelaki golongan atasan atau ahli perniagaan.

“Kebanyakan urusan mereka berjalan melalui Facebook atau telefon, termasuk penetapan harga dan lokasi,” katanya.
-Agensi-

Pekerja restoran melampau ditahan polis

Gambar dipercayai suspek dengan tangan bergari mula disebarkan di Facebook.
Gambar dipercayai suspek dengan tangan bergari mula disebarkan di Facebook.
SEREMBAN: Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu.

Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.

Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun.

“Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.

“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,” katanya.

Malah katanya, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya.

Berang dengan keadaan itu, dia membunyikan hon kereta beberapa kali sebagai tanda amaran sebelum pekerja terbabit melarikan diri dan bersembunyi di bahagian belakang kedai.

“Saya turun berjumpa dengan penyelia restoran terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kurang sopan tersebut.

“Tapi dia memujuk saya agar tidak membesarkan hal itu dan meminta maaf mewakili pekerjanya. Saya memang bengang sangat sebab dia berani usik anak perempuan saya macam itu. Memang dia masih kanak-kanak tapi janganlah sesuka hati mahu memeluk dan mengusik anak orang,” katanya.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Senawang.

Sementara itu, Sinar Harian mendapati, gambar dua lelaki warga asing dengan tangan bergari dipercayai suspek mula disebarkan di laman Facebook, sejak Khamis lalu.

Malah ia turut mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang ternyata sangat terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku.