"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video Pasangan Lakukan Seks Di Balkoni Apartmen Di Bangsar Menjadi Viral

Balcony-sex_polis_600_1
PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat insiden membabitkan pasangan tidak dikenali yang dikesan melakukan hubungan seks di balkoni sebuah unit apartmen di Bangsar South, Kuala Lumpur.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan insiden tersebut dalam siasatan dan polis masih mengumpul bahan bukti.

Laporan dan video pasangan yang tidak dikenali melakukan hubungan seks pada waktu siang di balkoni sebuah apartmen di Bangsar South menjadi viral pada Selasa.
Insiden selama 30 minit itu dirakamkan oleh seorang penyewa di apartmen lain yang menghadap balkoni tersebut.

Penyewa tersebut yang mengkritik tindakan biadap pasangan tersebut tidak menyatakan tarikh video dan gambar tersebut diambil.

Ketika dihubungi, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong turut membidas tindakan pasangan tersebut.

Chong menggesa penyewa tersebut supaya memfailkan aduan kepada polis atau pihak pengurusan apartmen itu supaya tindakan boleh diambil terhadap pasangan terbabit.
-mstar-

Beginikah wajah pegawai penguatkuasa yang ada di Malaysia sekarang?

Inspektor Minta Wanita Buat Seks, Wang Ditahan
SEREMBAN: Seorang inspektor polis ditangkap selepas didakwa meminta melakukan hubungan seks dan rasuah daripada seorang wanita untuk membebaskan tiga rakannya yang ditahan di dalam lokap.

Pegawai tersebut ditahan bersama dua yang lain termasuk seorang pegawai penguatkuasa majlis tempatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Suspek berusia antara 21 dan 31 tahun.

Difahamkan pegawai SPRM pada mulanya menahan dua suspek selepas mereka meminta RM1,000 daripada seorang lagi rakan kepada tiga individu yang ditahan itu.

Ketiga-tiga individu itu ditahan kerana terlibat dalam insiden pergaduhan.
Inspektor tersebut ditahan selepas didakwa meminta wang dan melakukan hubungan seks daripada rakan kepada ketiga-tiga wanita berkenaan.

Ketua SPRM negeri, Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan tersebut.

Suspek ditahan reman sehingga Jumaat untuk membantu siasatan.
-mstar-

Barack Obama Tipu Dunia Mengenai Pembunuhan Osama


SEORANG wartawan penyiasat mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menipu seluruh dunia mengenai pembunuhan pemimpin utama al-Qaeda, Osama bin Laden.

Seymour Hersh mendakwa Obama menipu dunia mengenai pembunuhan Osama untuk memenangi populariti menjelang pilihan raya 2012.

Hersh juga menjelaskan kerajaan Amerika Syarikat telah membuat pembohongan, kenyataan salah serta pengkhianatan untuk menyembunyikan kebenaran.

Menurut artikel yang diterbitkan dalam 'London Review of Books', Hersh mendakwa tiada kes tembak-menembak berlaku di sebuah rumah di Abbottabad, Pakistan yang dikatakan telah diserbu tentera Amerika Syarikat.
Bangunan yang didakwa kediaman Osama ketika ditahan.
Wartawan tersebut juga mendakwa pentadbiran Obama telah berunding dengan kerajaan Pakistan yang berjaya menahan Osama bertahun-tahun sebelum ini.

Hersh juga menyatakan, tentera Pakistan telah diarah untuk menyerahkan Osama kepada Tentera Laut SEAL di kawasan kejadian.

Dalam karyanya, wartawan tersebut melabelkan kejadian tersebut sebagai pembunuhan dengan niat.

Laporan tersebut juga menerangkan, satu-satunya peluru yang dilepaskan adalah untuk membunuh Osama.

Penulis itu berpendapat Obama menyimpan kebenaran itu selama setahun sebelum pilihan raya 2012 untuk meningkatkan kempen dan memenangi pilihan raya tersebut.

Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai 'Pegawai kanan risikan yang telah bersara' digunakan oleh Hersh dalam artikelnya menerangkan, pihak White House terpaksa memberi gambaran bahawa misi penangkapan Osama merupakan operasi yang penting.

"Kenapa perlu membunuh Osama?

"Kisah mengenai pemimpin al-Qaeda dibuat oleh beberapa rangkaian berita untuk menunjukkan bahawa Osama merupakan isu penting negara itu.

"Pasukan SEAL sepatutnya sudah menjangkakan isu ini merupakan rekaan politik kerana ia merupakan isu menarik bagi ahli politik," kata bekas pegawai kanan itu.

Terdapat dakwaan yang menyatakan mayat Osama tidak dikebumikan di laut sebaliknya dihantar ke Afghanistan.

Dakwaan Hersh bagaimanapun telah dinafikan oleh jurucakap pihak White House.

Jurucakap Keselamatan Negara di White House, Ned Price, berkata terdapat banyak dakwaan yang tidak berasas dan tidak tepat dalam artikel tersebut.

"Seperti yang telah kami jelaskan, maklumat mengenai operasi ini disebar terhad kepada pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat sahaja.

"Presiden telah membuat keputusan awal untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana kerajaan lain termasuk Pakistan yang hanya mengetahui tentang operasi itu setelah serbuan itu dilakukan," kata Price.
-mstar-