"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Konspirasi bekas KPN Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail didedah

'Polis upah peguam sebab AG enggan bertindak'
Bekas pengarah bahagian jenayah komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusof mendakwa di Mahkamah Tingi Kuala Lumpur bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menuduh Rosli Dahlan sehari sebelum hari raya pada 2007 untuk mengelakkan peguam itu membantunya.
Memberi keterangan semasa pemeriksaan semula peguam Chethan Jethwani, Ramli berkata sudah jelas bahawa bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail cuba menganiayanya.

musa-hassan-gani-patail-rosli-dahlan, ramli yusoffKatanya pihak polis menemui Rosli setelah Jabatan Peguam Negara tidak mahu memfailkan draf afidavit beliau dan enam lagi pegawai polis terhadap ketua kongsi gelap Goh Cheng Poh.
Ramli berkata Rosli membantu memfailkan afidavit untuk menentang permohonan habeas corpus Goh.
“Mereka cuba elak Rosli daripada bantu saya dan itu sebabnya mereka dakwa dia dulu. Saya sebenarnya suspek, bukan Rosli.

“Saya saksi utama (kes pengisytiharan aset). Mereka patut tuduh saya di mahkamah sejak awal lagi,” kata bekas pegawai kanan polis itu lagi.
-malaysiakini-

Saksi dedah Taib Mahmud Miliki Pesawat Peribadi Berharga RM86 Juta

Tranungkite
Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

Mohamed Asharat Ramzan Ali 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri".

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

Pengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu,” katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.

Heboh diperkatakan Datuk Siti Nurhaliza bercerai

Siti NurhalizaSETELAH timbul khabar angin tersebar baru-baru ini menyebut rumah tangga pasangan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, hari ini mereka tampil membidas penyebaran berita itu melalui sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial, Instagram.
Malah, melalui kapsyen yang ditulis Siti, aksi suaminya atau lebih dikenali dengan nama Datuk K dikatakan ditujukan buat blogger yang menulis artikel tersebut.

“Bila tak sedia inilah jadinya. Suami saya pula sempat buat ‘pose’ untuk ‘blogger tak sekolah’ itu.

“Terima kasih semua yang prihatin pada kami berdua. Doakan yang baik-baik buat kami kerana doa yang baik itu akan kembali kepada kalian semua,” tulisnya.

Gambar yang dimuat naik pagi tadi itu menunjukkan Siti dan Datuk K berpegangan tangan sambil ketawa gembira.

Melalui kapsyen itu juga, Siti mengajak semua orang menginsafi diri sempena datangnya bulan Ramadan.

“Bulan Ramadan pun semakin dekat. sama-samalah menginsafi diri dan memohon petunjuk hidayah kepada ALLAH SWT.

“...Kita hambaNYA yang lemah dan tak sempurna,” katanya lagi.

Sebelum ini, Siti melahirkan kekesalan dengan berita yang disebarkan itu dengan berdoa supaya penyebar fitnah itu diberi hukuman sebaik-baiknya oleh ALLAH.

“Ya ALLAH, hanya dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dikau berilah hukuman sebaik-baiknya buat pemfitnah yang menyebarkan firnah ini.

“Semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Amin Ya Rabb... #taktakutkekenapanahpetir,” tulisnya.
-sinarharian-