"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amanah bukan parti menumpang - Mat Sabu jawab Datuk TITM

Mohamad Sabu
TUMPAT: Parti Amanah Negara (Amanah) bukanlah parti yang menumpang Pas tegas presidennya, Mohamad Sabu.

Malah kejayaan Pas selama ini juga kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah atas usahanya kerana beliau bersama Pas dan membina parti Islam Pas itu selama 37 tahun.

“Kita tak tumpang Pas, kejayaan Pas selama ini kejayaan bersama.

"Saya baru tinggalkan Pas empat bulan, jadi selama ini 37 tahun saya telah bina Pas, kejayaan Pas selama ini kami yang buat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas program Santai Pagi Bersama Presiden di dataran Wakaf Bharu bersebelah Pasar Wakaf Bharu, pagi tadi.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini berikutan kenyataan Mat Sabu, Amanah sedia mengantikan Pas mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU 14.

Mengulas kesediaan Amanah menggantikan Pas, Mat Sabu berkata, ia bukan satu mimpi selepas melihat sokongan rakyat pada parti Amanah.

“Tak mimpi... tak mimpi… kami akan melihat perkembangan sokongan, setakat ini sokongan sangat hebat,” katanya.

Dalam ceramahnya di Pasir Mas kelmarin, Amanah mempertimbangkan untuk meletakkan calon PRU 14 di Kelantan sekaligus berusaha mengambil alih kepimpinan Pas Kelantan.

Hasrat itu bagi menyelamatkan Kelantan kerana mendakwa Pas negeri itu terpalit dengan pelbagai isu dan masalah.

------------------------

Amanah dilihat mahu ‘tumpang’ kejayaan Pas
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat ingin menumpang Pas yang telah berjaya meletakkan asas Islam dan membina negeri yang lebih baik di Kelantan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Amanah perlu fokus kepada negeri lain dan membina asas sendiri dari merampas Kelantan daripada Pas.

“Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini. Situasi di Kelantan sebenarnya sudah sangat baik. Tiada keperluan untuk tukar kerajaan baharu.

“Saya fikir seeloknya mereka cuba fokus di negeri lain yang masih teruk dan perbetulkan polisi dasar supaya menepati kehendak Islam,” katanya, semalam.

Kelmarin, Amanah melalui Presidennya Mohamad Sabu berkata sedia menggantikan Pas mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14.

Kata Tuan Ibrahim lagi, kenyataan Mohamad itu juga telah menyebabkan matlamat asal penubuhan Amanah telah tersasar.

“Mereka perlu ingat asas mereka pada awal penubuhan Amanah dahulu ingin menewaskan Umno bukan menyerang Pas.

"Mereka sudah lari matlamat asal mereka dan parti tersebut hanya cakap tak serupa bikin,” katanya, semalam.

Namun kata Tuan Ibrahim, Pas tidak pernah gentar dengan kenyataan Amanah tersebut dan yakin rakyat di Kelantan masih menerima Parti itu.

“Semua orang boleh mendakwa bahawa parti mereka mendapat sambutan. Tetapi Pas sememangnya masih kukuh dan kuat di Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas menyerahkan keputusan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud dibentangkan di Dewan Rakyat setelah mahkamah membenarkannya.

“Pandikar perlu menjadikan keputusan mahkamah itu sebagai satu rujukan dan memberikan laluan kepada pembentangan RUU itu,” katanya.
-sinarharian-

Dewan Ulama usir Husam dari PAS?

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yang mengkritik Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka baru-baru ini, disarankan meninggalkan parti Islam itu, lapor Sinar Harian hari ini. 

Susulan kelantangan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengkritik Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan beliau meninggalkan parti Islam itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Mencadangkan Husam lebih sesuai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfodz melontarkan soalan adakah tindakan Husam itu berkait dengan kegagalannya dalam pemilihan muktamar sebelum ini.

Ini kerana, katanya, kelantangan Husam mengkritik PAS secara langsung itu tidak mendukung kepimpinan presiden dan menunjukkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu tiada hati dengan parti itu lagi.

“Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan kalah dalam muktamar baru-baru ini?," katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

“Kita tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti. Lebih baik tinggalkan parti dan sertai rakan-rakannya dalam Amanah,” katanya merujuk parti serpihan PAS yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Sambil mendakwa Husam merupakan salah seorang ahli G18 yang ditubuhkan golongan progresif itu selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu, Sinar Harian melaporkan Mahfodz mempertikaikan agenda Husam.

“Mereka itu bekas pemimpin yang kalah pada pemilihan. Dan hari ini, mereka menubuhkan parti.

“Saya tidak tahu mengapa Husam tidak sertai rakannya dalam Amanah dan tidak tahu strateginya terus berada dalam PAS,” katanya.

Mahfodz dilaporkan mendakwa, Husam sengaja melakukan huru-hara dalam parti itu dengan harapan PAS akan mengambil tindakan terhadapnya.

Katanya, kenyataan terbuka dan gesaan supaya Hadi melepaskan jawatan, seperti yang dibuat Husam, tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun, katanya, jika dakwaan Husam terhadap Hadi itu berasas, termasuk mengatakan Hadi pernah mencadangkan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Selangor, beliau sewajarnya menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pandangannya.

“Jika sekarang ini beliau tidak mempunyai jawatan dalam parti, beri sokongan kepada tuan presiden untuk mentadbir parti. Bukan dengan cara meminta supaya (presiden) melepaskan jawatan,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga berkata, Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan, bukan dengan membuat kritikan terbuka terhadap presiden parti.
-malaysianinsider-

'Cuma dosa ringan je...'


TARIAN bogel yang menjadi tarikan golongan lelaki warga emas berkunjung ke Betong.
Betong: Purata umur sudah menjangkau 70-an. Namun jiwa muda segelintir lelaki warga emas menyebabkan ‘Kelab Tarian Bogel’ di pekan Betong, Thailand, di sini, tidak pernah sunyi dari dikunjungi golongan ini.

Bahkan kewujudan Masjid Jamek Al Mahadi yang terletak kurang 200 meter dari pusat maksiat itu tidak sedikit pun mencetuskan rasa malu dalam kalangan pengunjung Islam.

Kumpulan lelaki warga emas yang datang berhibur didapati kerap memenuhi pusat hiburan sekitar Jalan Chayachawalit, Jalan Mongkolprachak dan Jalan Grand Villa 2 di sini, yang menawarkan tarian bogel serta joget tiang kepada pengunjung.

Pusat hiburan mendapat jolokan ‘kelab atuk nakal’ ini berbeza dari pusat tarian bogel di Hatyai atau Bangkok, Thailand berikutan membenarkan pelanggan menyaksikan tarian bogel pada jarak dekat dengan pentas atau tiang persembahan.

Suasana ini sekali gus dianggap istimewa berikutan pengunjung lelaki boleh menyentuh penari atau melihat persembahan dari jarak dekat.
-hmetro-