SITI NUR ZAWANI MISCON
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu membidas dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya Pakatan Harapan (PH) tidak mempedulikan pelarian Rohingya dalam pentadbiran lalu.
Mohamad berkata, beliau sentiasa mengutarakan isu penindasan umat Islam Rohingya setiap kali menghadiri mesyuarat antara Menteri-Menteri Pertahanan Asean atau di antara Negara-Negara dalam Asean.
Malah, beliau sebagai Menteri Pertahanan ketika itu tegas menimbulkan isu Rohingya agar jalan penyelesaian terbaik dicapai untuk menyelamatkan etnik tersebut yang dihalau keluar dari tanah air mereka.
“Jika Hadi Awang mengatakan bahawa kerajaan PH tidak mempedulikan hal Rohingya, (ianya) adalah satu fitnah dan pembohongan yang cukup besar.
“Sewaktu bertemu dengan Menteri Pertahanan Qatar, kami membincangkan supaya Qatar memainkan peranan lebih hebat, menghulurkan bantuan lebih tinggi kepada rakyat Rohingya khasnya membantu hospital Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hadi dalam kenyataannya semalam, turut mendakwa hanya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu Rohingya dalam persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), namun pemimpin lain sibuk menghadapi krisis dalaman menanti peletakan jawatan Mahathir.
Mohamad menegaskan, beliau sendiri membincangkan isu pelarian Rohingya semasa pertemuannya bersama Setiausaha Pertahanan Amerika, Menteri Pertahanan UK, Perancis, Jerman, Australia, New Zealand, Russia, termasuk juga Menteri Pertahanan China.
Dalam masa sama, Mohamad membangkitkan isu kapal pelarian Rohingya yang dihalau dari Malaysia sehingga kemudiannya hampir 30 orang maut di perairan negara.
“(ianya) berlaku semasa pemerintahan Perikatan Nasional (PN) di mana Hadi Awang bersamanya.
“Mengapa Hadi Awang sanggup berbohong di atas isu Rohingya sedangkan saya sebagai Menteri Pertahanan termasuk Tun Mahathir selaku Perdana Menteri amat lantang menyuarakan pembelaan terhadap umat Islam Rohingya dan pelarian Rohingya secara amnya yang ditindas oleh kerajaan zalim Myanmar pimpinan Aung San Suu Kyi,” tegasnya.
Pada 16 April lalu, usaha bersepadu antara TUDM, TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menghalang kemasukan bot dipenuhi kira-kira 200 pelarian Rohingya yang berhajat memasuki perairan negara.
Kapal itu mulanya dikesan oleh tentera udara di sekitar Pulau Langkawi kemudiannya dipintas dua kapal tentera laut dibantu helikopter.
Pihak berkuasa memberikan makanan kepada kumpulan itu sebelum mengawal mereka untuk keluar dari perairan negara.
Terdahulu, terdapat lebih 200 pelarian Rohingya mendarat dengan menaiki bot di kawasan peranginan berdekatan Pantai Teluk Nibong di Langkawi pada 4 April lepas.
Sejak awal tahun 1990-an lagi, etnik Rohingya telah lari ke Malaysia secara berperingkat ekoran konflik dan penindasan dilakukan kerajaan Myanmar.
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Timbalan menteri kesihatan, exco didenda maksimum
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di Gerik hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri satu jamuan dua minggu lepas.
Turut dikenakan denda sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria serta 13 individu lain.
Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibacakan secara serentak oleh jurubahasa mahkamah.
Kesemua mereka membayar denda itu.
-Bernama

MP boleh hilang kerusi jika gagal hadir sidang 18 Mei
Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Anthony Loke memberi amaran bahawa ahli parlimen boleh kehilangan kerusi masing-masing sekiranya mereka tidak menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini.
Oleh itu, ketua whip parlimen DAP itu berkata, beliau menjangkakan semua wakil rakyat akan hadir.
"Pertama, saya ingin ingatkan kepada semua ahli parlimen, terutama dari DAP dan Pakatan Harapan, bahawa mereka mesti hadir sidang Parlimen.
"Bukan hanya Parlimen mesti bersidang setiap enam bulan, tetapi ahli parlimen juga mesti hadir secara fizikal setiap enam bulan.
"Jika mereka tidak hadir sidang ini, kerusi mereka mungkin diisytihar kosong dan mungkin ada pilihan raya kecil," katanya dalam rancangan bual bicara dalam talian dengan ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.
Beliau secara berseloroh mengingatkan Sim, yang merupakan ahli parlimen Bukit Mertajam, supaya menghadiri sidang Parlimen itu atau akan berdepan pilihan raya kecil di kawasannya.
Persidangan 18 Mei ini diadakan untuk mengelakkan tempoh enam bulan berlalu tanpa sebarang mesyuarat, tetapi hanya akan berlangsung selama satu hari susulan penularan pandemik Covid-19.
Dewan Rakyat dijadualkan bersidang pada 9 Mac lalu tetapi ini ditunda oleh kerajaan baru Perikatan Nasional (PN).
Di bawah perlembagaan persekutuan, Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam bulan di antara persidangan yang lalu dalam penggal terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.
Mesyuarat terakhir adalah pada 5 Disember tahun lalu.
Begitu juga, perlembagaan persekutuan menghendaki setiap ahli parlimen menghadiri Parlimen sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan, kecuali jika diberi kebenaran untuk tidak berbuat demikian.
Perkara 52 (1) perlembagaan persekutuan menyatakan: "Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen tidak hadir pada tiap-tiap sidang Majlis Parlimen selama tempoh enam bulan tanpa kebenaran Majlis Parlimen itu, maka Majlis Parlimen itu boleh mengisytiharkan bahawa kerusinya kosong.”

Langgan:
Catatan (Atom)